Showing posts with label Café. Show all posts
Showing posts with label Café. Show all posts

Friday, March 14, 2014

Breakfast Di ALOAF Café, Pavilion



Hi Korang,

Aku jarang breakfast kat tempat-tempat cam ni.

Yelah area The Mines ni ada apa lah sangat, setakat roti canai mamak dengan nasi lemak mahal kat bistro level bawah ni adalah.

So pagi tu ada keje luar, sepantas kilat aku ke KL. Kang lelambat makin jem teruk. 

Just ni time je aku sampai Pavilion before 9am.


Appointment kul 10, still ada masa untuk breakfast. Pusing-pusing ternampak ALOAF Café ke restaurant ni ek, nak classified kedai ni apa pun aku tak sure, ala lantak lah.

Orang tak ramai so pilih spot cantik sket, kot-kot mana tau ada mamat hensem nak breakfast tak de geng so boleh setable dengan aku. Ermm tup-tup mode gatal plak kuar ek. Giler ke!


Sudahnya order Potato Pan Cake.


Sedap gak tau. Kentang tu direbus sket dan aku rasa diorang sagat kot sebab tu nampak cantik je. Tambahan plak ada smoked salmon dan scramble eggs ermm memang terbaek uolls.


Minum pink guava juice sudah. Dahlah memang sedap kan. 

Hah licin ko walaupun makan tak berteman kan. Kalau berteman rasanya bertambah-tambah aku makan dibuatnya. 

Duduk dalam 40 minit cam tu sambil peratikan orang lalu lalang kat depan ni. Last-last terjumpa plak kawan lama yang masuk nak breakfast gak, so duduk lah semeja sambil borak-borak kan.

Punah harapan nak semeja dengan mamat comel ek..

Gatai ko kan Lily!



Thursday, January 2, 2014

Pagi Itu di Levain Boulangerie & Patisserie

Hi Korang,

Pagi tuh kalau tak silap aku ada event di Changkat Kia Peng.

Tambahan plak ada keje office sket kat area KLCC ni jumpa bos aku so sempat singgah ke Levain ni dulu sementara nak tunggu bos aku datang.


Alah bukan melantak apa pun sekadar mengalas perut yang kosong, kang kat event dapat makan sedap lagi.

Suasana dalam Levain pagi Jumaat yang berbahagia tuh.




Ermm sangat tenang bila berada dalam kedai kopi ni.

Kalau nak tengok gambar-gambo roti yang sedap menarik tertarik kau memang deboom, meh klik kat SINI sebelum ni aku pernah kemari untuk breakfast dengan kawan blogger Yuki.

So cuma order

secawan Americano

Chicken Cutlet Sandwich

Itu je.

feeling-feeling omputih sket la

nak minum pun sempat camwhore gak, perasan punye pompuan

Sambil makan so sambil camwhore sket untuk hilangkan rasa boring. Nak update social media ni malas plak.


Sedap-sedap tengah makan tuh, tup-tup dah kul 9 pagi. Bos call cancel appointment plak, adusss kene balik opis kejap ni sebelum pi event.

Terus berlari start enjin kereta, dasss berdesup pi office jap.

Kelam kabut betul pagi tuh, hilang mood omputih aku tau..



Friday, June 22, 2012

Makan Ala French @ Levain Boulangerie And Patisserie

Hi Korang,

Masa aku nak pulangkan Samsung SIII yang aku dapat buat review harituh kat blogger Yuki, ktorg dating kat Levain Boulangerie and Patisserie ni. Mulanya janji tempat lain tapi jumpa tempat lain.  


Teragak-agak jugak aku nak mencari tempat ni dan bila dah jumpa la rupanya dekat je kat jalan Tun Razak ni cuma dia terlindung sket di belakang Wisma Technip tuh.


First impression masa masuk ke café ni ermm macam kat French. Decoration memang totally ala French dari segi table arrangement, view, food counter dan memacam lagi lah.  Kat sini korang boleh having breakfast, lunch, hi tea dan dinner sekali coz semua menu ada anytime korang datang kan.


Yang best tu, diorg ni menjual segala jenis roti, kek, coklat, pastries, macarons yang di buat sendiri. Memang betul-betul homemade lah kan.

Chocolate PuddinG

Fresh bread

Macarons berwarna warni

CHocolatessssss

Mix Fruit Parfait

Pastries

Roti laGi

Salad segar yang yum yum yum

Borak-borak kejap pasal SIII dan a few women things dan the rest tuh aku duk bantai ambik gambar je sebab cam suka sangat café ni.

Anyway tak sempat nak breakfast pun sebenar coz dah lambat masuk office so aku tapau segala jenis roti, kek, macarons, sandwich, salad yang aku minat. Teruk kan, napsu membuak betul bila tengok segala yang indah dan nampak sedap untuk di makan.

Kalau korang tengok penuh meja pantry aku dengan makanan dari Levain ni tapi tak sempat nak amik coz semua aku melantak tak henggat kan.

Hah korang suka lah tu tengok menda makan yang sedap kan, meh check it out kat sini ek



Levain Boulangerie and Patisserie @ Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur

No. 7, Jalan Delima,
55100 Kuala Lumpur, 
Malaysia
Tel No.: 603-21426611
Business Hour: 7.30am-9pm

Itu lah dapat jamu mata je dulu, nanti bila weekend ada free time rasanya baru aku leh heret Mr Big ke sini. Dia memang suka makan roti-roti yang pelik tapi sedap ni.