Showing posts with label CORNINGWARE. Show all posts
Showing posts with label CORNINGWARE. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Koleksi Set Hidangan ‘ROSABELLE’ Dari Corelle dan Corningware Yang Menarik Hati

Hi Korang,


Orang pompuan kalau bab pinggan mangkuk ni memang no. 1.

Kalau boleh daripada sekecik-kecik mangkuk hingga ke besar-besar periuk semuanya nak yang tahan lama dan tak mudah pecah kan. 

Pernah dengar pinggan mangkuk jenama CORELLE?


Haruslah tau kan, mak-mak kita dulu suka benau collect set pinggan mangkuk dari jenama CORELLE ni. Maklumlah sejak dari 45 tahun lagi dah popular dan famous. Eh bukan setakat design yang cantik-cantik tapi 
  • tahan lasak dan tahan hentakan 
  • warna bunga yang tidak pudar 
  • ringan dan mudah dicuci 
  • corak kekal cantik dan selamat digunakan 
  • menjimatkan ruang 

Hah amik ko!

Segalanya yang penting mengenai pinggan mangkuk ni kan. Aku memang pengguna Corelle sejak dari zaman bujang lagi. Yelah pengaruh mak aku kan, cakap brand Corelle bagus kan. Terus je kumpul duit dan beli satu per satu. Tak pun main kutu, yelah sebab minat segalanya mungkin.

So baru-baru ni pihak World Kitchen membeli aku peluang untuk menggunakan set hidangan Rosabelle dan Corningware Rosabelle ini untuk menjamu ktorang sekeluarga, eleh macam ramai je bunyinya padahal berdua je hehehhehe

SET HIDANGAN ROSABELLE DARI CORELLE

Bagi meraikan ulangtahun ke 45 Corelle, World Kitchen telah memperkenalkan koleksi Rosabelle serba baru pada 10 Jun 2015. Selari dengan komitmen World Kitchen untuk menyedia, menginovasi serta memenuhi keperluan di rumah yang kian berkembang, peneraju produk perkakasan dapur itu telah menghasilkan satu koleksi baru pinggan mangkuk dan peralatan memasak.

Rosabelle bermaksud bunga ros yang cantik dalam bahasa Perancis. Ia ditawarkan di bawah jenama Corelle dan Corningware keluaran World Kitchen. Dengan corak bunga ros yang cantik dan klasik, lebih tepat lagi rekaan bunga ros Apricot Candy, ia mengingatkan aku tentang sentuhan klasik Inggeris yang serba mewah dan moden.

CORNINGWARE CORAK ROSABELLE

Meh aku terangkan sket mengenai CIRI-CIRI ISTIMEWA ROSABELLE 

  • Menggunakan bahan revolusionari yang merangkumi tiga lapisan kaca laminasi dikenali sebagai Vitrelle®. Bahan ini membuatkan Rosabelle ringan dan tahan lasak. 
  • Casserole dari Corningware ialah perkakasan memasak yang unik dan versatil. Ia membolehkan anda memasak dan menyediakan masakan yang menarik dengan hanya menggunakan satu bekas sahaja. Ia juga selamat untuk ketuhar gelombang mikro (microwave) atau oven 
  • Tahan pecah, bebas kotoran, tahan lama, mudah dibersihkan dan tampil dengan rekaan bergaya, Corelle Rosabelle cukup ideal untuk kegunaan di rumah. 

Memang tepatlah pilihan aku kan, set hidangan Rosabelle dari Corelle ini memang menambat mata dan hati aku. Lepas ni tak kes pecah pinggan lagi lah sebab dah terbukti set Corelle ni tahan pecah.

minum petang, secawan teh dengan biskut cornflakes

Ahmad Tea lagi tau

makan malam hari tuh, simple dan cantik kan

Tahan pecah, bebas kotoran, tahan lama, mudah dibersihkan dan tampil dengan rekaan penuh gaya, ternyata Corelle Rosabelle cukup ideal untuk kegunaan di rumah. 

So time orang datang umah nak bolehlah jamu mata tetamu kan. Alah sesaje kan, kot-kot boleh ajak diorang beli sekali heheheh

Dah tengok video ni?


Memang berbaloi dengan nilai wang anda! Pagi Raya pasti lebih ceria dengan set hidangan Rosabelle CORELLE tersergam indah bersama juadah enak untuk para tetamu. 

Set 16 unit Corelle Rosabelle ditawarkan pada harga RM729. Sementara set enam unit Corningware Rosabelle pula berharga RM629. Kedua-dua produk ini boleh didapati di gedung membeli-belah seperti di AEON, JUSCO seluruh negara.

Untuk sebarang pertanyaan, promosi dan info tentang produk Corelle, korang boleh LIKE dan ikuti mereka di : 

FACEBOOK : World Kitchen

#CorelleMalaysia #Rosabelle

Set hidangan Rosabelle dari Corelle dan Corningware Corelle juga sesuai dijadikan sebagai buah tangan atau hadiah untuk orang tersayang.

So, tunggu apa lagi ... hadiahkan kepada ibu, ibu mertua atau isteri korang set ini sekarang dan rasakan limpahan kasih sayang mereka dalam masakan setiap hari! Harus kembang kuncup hidung kan bila time hidangkan makanan dengan set Corelle ni 

Sedikit info :
World Kitchen mempunyai sejarah yang panjang dengan rakyat Malaysia. Malah, ia telah membina sebuah kilang pengeluaran dan dekorasi pada tahun 1989. Kini, lebih 200 corak Corelle telah dihasilkan di kilang tersebut. Kebanyakan corak itu direka khas demi memenuhi citarasa dan permintaan para pengguna di Asia terhadap rekaan Corelle yang menarik. World Kitchen ada menjalankan kaji selidik dalam kalangan pengguna di Malaysia. Ia mendapati rakyat Malaysia menyukai rekaan bunga ros Apricot Candy dengan kelopak berwarna merah jambu dan daun berwarna hijau. Mereka juga menggemari rekaan gabungan jambangan bunga ros yang separa dan kembang sepenuhnya dalam reka bentuk A-simetrikal.