Hi Korang,
Memasak siapa yang tak suka kan!! Macam kak lily memang suka masak lebih-lebih lagi bila datang mood nak memasak dan bahan masakan lengkap kat umah ni kan. Ermm terus je mood datang membuak-membuak sampai segala menda nak di masakkannya hehehhe.
Eh peralatan memasak pun boleh jadi points untuk tambahkan lagi perasaan nak memasak tuh, kena kalau kuali tercabut tangkai, sudip terkeluar dari batang pemegang tuh ermm terus jadi down..
Hari tuh kak lily sempat ke cooking workshop anjuran Chefology dan McCormick ni di The Cooking House Bangsar. Ya ampun hujan lebat plak hari tuh so sampai lambatlah kak lily ke tempat event, sila salahkan Grab sebab lembab benau pick up akak ek.
Sesampai je dah start demo masakan daripada Chef Collin Edward Lim ni. Aduiyai rugilah akak ek sebab termiss ilmu-ilmu masakan ni, tak per tak per ada 2 resipi yang sempat akak pelajari iaitu Cheesy Black Pepper Chicken Salad dan Basil Crepes with Caramelised Banana dengan menggunakan latest Chefology Nature Cookware. Kedua-dua resipi ni menggunakan bahan-bahan perisa daripada McCormick keluaran dari GBA Corporation Sdn Bhd tau, of courselah sedap bak hang!
Kami diperkenalkan dengan bahan perisa terbaru dari McCormick iaitu McCormick Sea Salt Grinder dan McCormick Black Peppercorn Grinder. Produk ni sesangat menarik kerana ianya merupakan adjustable grinders yang dilengkapi dengan 3 cara grind fine, medium and coarse. So senanglah kita nak adjust cara meletakkan garam dan lada hitam mengikut kesukaan kita. Korang tau tak yang, McCormick Sea Salt Grinder di ambil French Mediterranean Sea? ermm hebat bukan, kesihatan sungguh tau..
Ada lagi bahan perasa yang kami gunakan iaitu McCormick Grill Mates BBQ Sauce. Sedap jugak tau, kerana ianya menambah rasa ala-ala bbq style American tuh. Ada 3 perasa yang menjadi pilihan ramai iaitu Vintage Smokehouse, Brown Sugar and Chilli Pepper. Kami gunakan Vintage Smokehouse – a delicious smoky hickory layered with premium spices such as chilli pepper and paprika.
Mestilah peralatan memasak kami gunakan The Chefology Nature Series yang terdiri daripada koleksi 5 barangan alat memasak yang direka untuk keselesaan memasak di dapur. Peralatan masak Chefology Nature terbuat dari aluminium die-cast, dengan lapisan enam lapisan, memastikan pengalaman memasak yang lebih baik.
Siri alat memasak yang baru ini mempunyai salutan bukan kayu marmar yang sangat tahan lama (mewah) dan beberapa perkara penting:
- Ia tahan lama dan tahan calar.
- Kuali mempunyai pemegang keluli tahan karat ergonomik dan pemegan yang utuh.
- Memastikan keluaran haba minimum walaupun menggunakan api yang kuat.
Boleh di basuh dengan dishwasher dan yang penting boleh digunakan pada semua jenis dapur termasuklah dapur induction tau
Ok dah tengok demo masakan daripada Chef Collin kan, now its time to cook plak ye.
Di sebab kak lily sampai lambat bebenau tadi maknanya, kak lily dapat meja belakang sekali bersama Kelly Siew dan Mei Mei, eh diorang in influncers tuh, hebat kan, akak lily tumpeng glamer sekejap la ye hehehe
Ingatkan masa suka-suka rupa-rupanya competition ye hahahahaha
2 resipi yang sama kami tengok tadi iaitu Cheesy Black Pepper Chicken Salad dan Basil Crepes with Caramelised Banana. So just copy and paste jelah tapi rasa mesti lain punyalah. Mestilah menggunakan Chefology Nature cookware dan rempah ratus dari McCormick, orite lets do it!
Akak lily tukang potong-potong je yang lelain tuh diorang berdua ni yang tukang masak, oklah jadi assistant seronok sket dapat rasa-rasa je kan hehehhe
Ayam di perap dengan McCormick Sea Salt dan McCormick Black Peppercorn, kemudian kami tambah pula dengan McCormick Grill Mates BBQ Sauce untuk dapatkan rasa tambahan kepada ayam sebelum di panggang.
Kami gunakan kuali Chefology untuk resipi kedua iaitu Basil Crepes dengan Banana Caramelised mudah disediakan. Antara bahan-bahan yagn digunakan termasuk; Garam Laut McCormick, McCormickBasil, tepung, gula, telur, susu, mentega, pisang, kismis, dan beri untuk hiasan.
Memang mudah memasak menggunakan Chefology Nature Cookware ni, langsung tak melekat tau dan pulak senang nak bersihkan. Lagipun cepat je kuali panas tanpa menunggu masa yang lama. Ermm rempah ratus McCormick ni awesome sungguh, i like !!!
Inilah hasilnya
Walaupun tak menang tapi akak lily bahagia sebab dapat merasa hasil air tangan sendiri tau huahauhauahuahaua
Untuk info lanjut korang boleh check it out, link kat bawah ni ek
McCormick –
Oasis Swiss –
The Cooking House –