Hi Korang,
Banyak pulak sambutan mengenai entry aku Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan – Step By Step yang aku publish tahun lepas kan.
tengah kumpul duit nak beli Countryman ni hah
So aku kumpul semua soalan tuh dan cuba jawab apa yang aku termampu ek.
Kebanyakan soalan-soalan berdasarkan cara nak tukar nama dan dokumen apa yang di perlukan. Nah korang baca lah ni ek.
1. Reader : Sarra Farhana, Haris Haria, Grease Munkey dan Taufiq Renold
Kalau owner kereta dah meninggal.
Prosesnya sama jugak, kena bawak pi puspakom ikut prosedur yang aku buat tuh. Tapi ada penambahan dokumen yang korang kena bawak. Boleh refer website JPJ
1. Borang JPJ K3A yang telah diisi dan ditandatangani oleh pemunya baru (penerima pusaka)
2. 2 salinan TM-3 (tuan tanah isi dua borang)
3. Salinan ic pemunya baru yang menandatangani borang JPJK3A (kena bawa original ic sekali untuk pengesahan thumb print)
4. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2/Geran)
5. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
a. Perintah Mahkamah; atau
b. Surat Geran Probat (Grant Letter of Probate) atau
c. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad;atau
d. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil
6. Sijil Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuatkuasa
7. Wang tunai sebanyak RM100
2. Reader : Hannem
Tentang insurans
Tak de kena sampai beribu unless kereta ko tu mahal bebenau cam Mercedes ke BMW kan. Ikut harga pasaran kereta masa kini, kemudian insured berapa yang ko nak. Biar lebih jangan kurang sebab nanti jadi kemalangan ke kereta kena curi ke takde lah korang menanggung hutang bank
Contoh: Kancil – harga semasa = RM10,000 (ini contoh ek)
Hutang loan bank = RM12,000
Korang insured lah = RM14,000 (so jadi apa-apa, balance RM2,000 tu dapatlah menampung apa-apa yang berkaitan dengan bank.
Lebih kurang cam tulah, aku ni pun belajar dengan orang je pun hah.
3. Reader : RL
Ye betul. Owner baru mesti kena ada, bukan apa kang dia tak tau apa-apa kan payah. Tapi kalau suruh kedai kereta buat, tak yah ikut pun tak per cuma bayar jelah upah diorang kan bukan RM100 oo maybe lebih. Betterlah bawak kann
4. Reader : Bshow Chaotic
Prosesnya sama jugak macam aku buat tuh, cuma ada penambahan dokumen lagi ek. Refer kat bawah ni tau
a. Pemilik berdaftar yang berada di luar negara
i. Salinan passport yang disahkan oleh Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada;
ii. Akuan persetujuan penjualan yang ditandatangani oleh pemilik berdaftar dihadapan dan disahkan oleh pegawai Kedutaan Malaysia di mana pemilik berdaftar berada.
Boleh refer website JPJ
5. Reader : Marzs Hafiz
Ya ampun adik, of courselah memang kena ada. Selama bawak kereta tak de lesen ke ? jaga-jaga takut kena tahan dengan JPJ tau.
6. Reader : MizzAyu
Untuk Cop Tuntutan Hak Milik, memang kena dapatkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja, memang tak de kat tempat lain
Memang PUSPAKOM dah check kereta kita tuh tapi mana tau angin pengawai JPJ tu tak baik, dia nak tengok pulak kereta kan. So better bawak lah, senang citer.
7. Reader : Anonymous
Cam ni, kalau kereta tu dah ade kat Sabah so buat kat sana jelah. Takkan nak naikkan kereta ke kapal laut semata-mata nak tukar urusan hakmilik kereta. Ikut je proses yang aku buat tuh, sebab ko nak jual kat owner baru je pun. Yang penting, pastikan semua dokumen lengkap dan kereta jangan ada saman ataupun blacklist ye.
8. Reader : Anonymous
Memang tak boleh dah sebab loan atas nama suami, geran memang ikut nama loan. Kalau nak buat jugak, kena tukar nama loan suami ke nama isteri. Kira macam refinance balik kereta, lagi banyak keja nak buat. Salesman kereta memang takkan layan semua-semua ni once loan dah approve dan kereta pun dah dapat kan.
Hopefully sedikit sebanyak info yang aku berikan tadi dapat membantu korang dalam menyelesaikan masalah proses tukar nama kereta ni.
Oh ye, kalau ada masalah lagi komen kat entry ni nanti aku cuba bantu korang lagi ek. Sorry lah lambat reply sebab busy bebenau 2-3 menjak ni ek.