Showing posts with label Bukit Bintang. Show all posts
Showing posts with label Bukit Bintang. Show all posts

Wednesday, August 7, 2019

NESCAFE GOLD Experiential Container Café Di Bukit Bintang

Hi Korang, 

Sebagai seorang pencinta kopi, sudah semestinya kak lily akan dapat tau kat mana ada je café kopi yang sedap dan best-best kan. 


Kebetulan jugak kak lily berada di Bukit Bintang hujung minggu lepas so dapatlah berkunjung ke NESCAFE GOLD Experiential Container Café Di Bukit Bintang ni. Wah comel betul cafenya, ianya sebuah container yang di ubah suai menjadi café. 


Sebagai jenama kopi utama dan pilihan di dunia, NESCAFE telah komited untuk kekal relevan dalam kehidupan orang ramai dengan mewujudkan detik-detik yang tidak dapat dilupakan melalui kopi selama lebih dari 80 tahun di Malaysia. 


Baru-baru ini NESCAFE melancarkan semula rangkaian 'signature’ NESCAFE GOLD, yang biji kopinya di pilih daripada biji kopi Arabica dan proses penyediaannya di di lakukan secara sempurna untuk mendapatkan aroma kopi dan rasa yang terbaik serta pembungkusannya lebih esklusif dan tampak mewah. 



Café comel ni di lengkapi dengan mesin kopi terbaru khas untuk pencinta NESCAFE GOLD di mana para pengunjung boleh membuat dan menikmati kopi ini mengikut citarasa yang di kehendaki samada panas ataupun sejuk. 


Terdapat juga booth comel untuk para pengunjung mengekspressikan diri dengan menambah beberapa bahan yang di sediakan untuk menyedapkan lagi kopi yang bakal di nikmati. 


Of courselah kak lily berlama-lamaan kat sini kan sebab lepak minum kopi bercawan-cawan dengan kengkawan sebelum balik heheehhe



Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Laman Web: 

Facebook: 





#nescafegoldmy
#hantukopi
#ciklilyandcoffee 

Friday, February 27, 2015

Moist Diane Hair Care Kini Di Malaysia

Hi Korang,


Ni citer pasal shampoo bagus yang sesuai untuk semua kulit kepala, yelah ingat orang tipu ke..

Ishk


Aku dapat jemputan untuk majlis pelancaran Moist Diane Hair Care baru-baru ni di The Edge Hair Studio @ Grand Millennium Hotel. Alah sebelah Pavilion je kan. Thanks to Don dan Mandom for this invite.

Moist Diane shampoo merupakan produk penjagaan rambut yang ke-enam terlaris di Jepun yang mengandungi bahan-bahan berasaskan minyak-minyak yang tersendiri dan bermutu tinggi. Wah, ke-enam terlaris, ermm hebat tu dah masuk pasaran Malaysia.




Lepas je register, ada booth mengenai produk yang terkandung di dalam Shampoo Moist Diane ni kan, so apalagi haruslah dicuba untuk menambahkan lagi kepastian mengenai shampoo ni.


Terdapat beberapa jenis minyak yang dicampur kedalam syampu Moist Diane yang mana minyak-minyak tersebut adalah: 
Argan Oil dari Morocco 
Baobab Oil ( juga dikenali sebagai “Tree Of Life”) 
Cupuacu Butter 
Marula Oil 
Andiroba Oil 
Mango Seed Oil 
Virgin Prune Oil 
Lupine Oil 


Argan Oil yang merupakan bahan utama yang mempunyai Vitamin E, bertindak menjadikan ia antioksidan penting dalam membantu melindungi dan menghidratkan kulit kepala. Minyak Argan ini membantu penyerapan dan membersihkan kulit dengan cepat.

Produk haircare ini dihasilkan melalui 3 jenis teknologi, iaitu:-

1. Next generation (Botanical Rare Oil) : this rare oil is added to the main ingredient, Argan Oil for synergistic effect.

2. Assuring the longevity of skin cells : Next generation (PhytoCellTech) new plant cell culture technology invented to protect skin stem cells.

3. Next generation (Phyto Peptides) : Ion Complex Technology.



Pelancaran Moist Diane Di Malaysia dimeriahkan lagi dengan simple speech daripada Encik Morishita San dan Mr Tiger, kemudian disusuli dengan acara pelancaran Moist Diane dari Mandom team iaitu Mr Daniel, Miss Crayn dan Mr Tiger.




Selesai acara majlis pelancaran, ktorang para bloggers di berikan perawatan rambut secara percuma dengan menggunakan produk Moist Diane shampoo ni. Moh beratur ek, nasib baik nombor sudah pun diberikan awal-awal tadi, so tunggu turn untuk cuba jelah.



Bukan tu je, of courselah dalam goodies bad ada shampoo Moist Diane ni jugak kan, balik nanti boleh cuba dan review kat korang ek.


Kalau tak sabar sangat nak tunggu review daripada aku yang agak-agak sendu ni, korang boleh dapatkan di Watson yang berdekatan dengan korang. Harga pun memang berbaloi dengan kualiti syampu ini. 

Cuba lah, then baru tau..




Monday, September 24, 2012

Training Muay Thai Dengan Faizal Jaguh Dunia 'The Challenger'

Hi Korang,

Weekend lepas, sempat gak aku pi training Muay Thai ni kat Jalan Alor, KL.

Hah ko memang best sebab aku di train dengan Faizal jaguh muay thai yang masuk rancangan realiti 'The Challenger' tuh. Glam kan, dah la aku sorang je pompuan gemuk yang belajar muay thai yang lelain semuanya kurus..

Tengok pompuan gemuk tengah nak menendang jaguh dunia Muay Thai . Harus lah kena tahan kan. ishkk lawan tokeh betullah.


Langsung tak de rasa sakit-sakit badan pun coz ikut skill yang di ajarkan. Rasa tak puas plak belajar Muay Thai ni.


Lepas ni, kalau sesiapa cari pasal dengan aku ermm siap korang aku muay thai sekali baru tau kan.




Tuesday, July 17, 2012

Gemersik Selera Buffet 2012 @ The Mill, Grand Millenium Hotel KL

Hi Korang,

Makan-makan lagi, kali  ni di The Mill Cafe, Grand Millenium Hotel. Alah kat Bukit Bintang tuh. 5 star tau. Seronok plak rasanya lah.



GEMERSIK SELERA BUFFET AT MILL CAFÉ

“Lemak Suara Merdu Germesik Indah Rupa Laksana Bulan”

Jom layan menu yang terbaik lah

































Mesti suka kan. Semuanya menyelerakan. Apa lagi jom makan.


Harga  Gemersik Selera Buffet  di Grand Millenium Hotel ini ialah RM98++ seorang.

Book cepat ooo sebab sekarang ni ade promotion untuk Early Bird sebelum 20th Julai 2012 denGan harGa RM72++ seorang


The Mill Café @ Grand Millennium Kuala Lumpur.

Business hour : daily from 6am to 11pm.


For reservations: please call +60 3 2117 4163/4164 or