Showing posts with label Buffet murah. Show all posts
Showing posts with label Buffet murah. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Lunch Nasi Padang Istimewa Di Kembali Kitchen Best Western Hotel PJ.

Hi Korang,

Bestnya lunch di hotel kan.


Elek sekali sekal je pun bukan setiap hari dapat makan buffet lunch di Petaling Jaya ni, aku tau korang memang manjang jeles dengan aku kan huahauhauahau…


Semalam dapat jemputan makan Nasi Padang Istimewa di Kembali Kitchen Best Western Hotel Petaling Jaya.


Ok ramai yang tak familiar lagi dengan hotel ni kan, meh aku citer sket ek

BEST WESTERN Hotel Petaling Jaya Malaysia terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat Petaling Jaya (Seksyen 13) yang menempatkan perniagaan baru. Hotel ini menyediakan 344 bilik tetamu serta suite yang dihias indah. Bertemakan konsep CENTRESTAGE yang menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup di bawah satu bumbung. Mengambil masa dalam 50 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan 30 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, manakala 10 minit untuk ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan percutian di Kuala Lumpur.

Uniknya lobbynya di tingkat 6 bukan macam hotel biasa yang lobby reception di tingkat bawah kan.


Meh kita tengok apa yang dihidangkan sempena promosi Nasi Padang Istimewa ni ek

Ayam goreng rempah istimewa

Gulai nenas ikan masin

Gulai daging

Pecel lele...(ikan keli masak berlado)

Rendang daging

Gulai lemak urat

Udang sambal petai

Daging bakar air asam

Ada jugak menu sampingan




Pemanis mulut jangan di lupakan jugak ek





Untuk buffet ‘Nasi Padang Istimewa’ ni, ianya bermula dari Disember 2015 – 30hb Januari 2016. 



Harga buffet lunch di Kembali Kitchen ni adalah

Dewasa : RM30 (nett)
Kanak-kanak : RM15 (nett)

Dari pukul 12 tengahari - 2.30 petang (Isnin-Jumaat)

Jom kita ke:

BEST WESTERN PETALING JAYA
No. 1, Jalan 13/1, Section 13, 
46100 Petaling Jaya, Selangor 

Telephone : + 603 - 7610 2222
Facsimile : + 603 - 7610 2200

Anyway,

Selamat Menjamu Selera Korang!



Monday, November 23, 2015

Buffet Halal Antarabangsa Sempena Krismas Dan Tahun Baru Di Armada Hotel Petaling Jaya

Hi Korang,

Sekejapan dah nak hujung tahun kan. 

Itulah memang tak perasan pun, sibuk-sibuk keje tup-tup dah dapat jemputan ke Krismas food review ek.

K jom..


Seperti biasa Hotel Armada Petaling Jaya menghidangkan buffet halal berkonsepkan makanan western yang mengikut citarasa tempatan.


Makan malam di mulakan dengan beberapa hidangan utama yang begitu sinonim dengan perayaan Krismas. Juadah seperti Salmon Coulibiac, Swedish Crab Pudding dan juga Tiger Prawn Ceviche with Avocado adalah pilihan makanan laut yang segar dan terbaik. Di garab dengan rupa dan gabungan yang unik ia adalah makanan yang mampu membuka selera korang.

Tiger Prawn Ceviche with Avocado

Salmon Coulibiac 

Swedish Crab Pudding 

Pada yang nak makanan utama berat sikit seperti ayam, itik dan daging kat sini pastinya ada. Menyediakan hidangan dari sisi yang berbeza menu seperti Smoke Chicken with Cranberry De Glace, Roast Duck Ripieni with Calvados, Roast Beef Tapenade with Champingnon dan juga Whole Lamb Leg with Garlic Sauce. Semua ini mampu membuatkan anda kenyang semalaman meraikan hari paling gembira ini. 

Smoke Chicken with Cranberry De Glace 

Roast Duck Ripieni with Calvados 

Whole Lamb Leg with Garlic Sauce 

Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera dengan kelimpahan Krismas dan Tahun Baru di bufet mewah hotel ini dengan hidangan perayaan tradisional dan inovatif. Sebab itu selain dari makanan berat ada juga hidangan seperti Dubarry Soup with Bread Almond Roulade dan juga makanan berasaskan nasi iaitu Louisina Pumpkin Rice with Whole Pumpkin Mousseline of Pumpkin, Carrot and Sweet Potato. Ia cukup menjadi pelengkap malam keraian korang bersama keluarga dan kengkawan.

Dubarry Soup with Bread Almond Roulade 

Louisina Pumpkin Rice with Whole Pumpkin Mousseline of Pumpkin, Carrot and Sweet Potato 

Tak lengkap kalau hidangan makan malam tiada pencuci mulut bukan. Jadi kat sini ada beberapa dessert yang manis dan menyegarkan semula selera anda. 





Di antara pencuci mulut yang menarik untuk korang cuba adalah seperti Lemon Meringue Pie, Carrot Cake with Cream Cheese Icing, Christmas Pudding, Glass Dessert Tiramisu dan Assorted Christmas Nuts. 

muke-muke yang lapo nak makan hehehhe

Untuk buffet 'CHRISTMAS & NEW YEAR’S EVE' feast ni, ianya pada 24th Disember 2015 dan 31st Disember 2015.

Harga buffetnya adalah

RM80++ untuk dewasa

RM40++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)

RM60++ untuk warga emas 60 tahun ke atas

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-7954 6888 ext 4557 Utara Coffee House.

Jom kita ke

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888



So dah boleh start plan ye, nak ajak siapa, berapa nak bayar, nak bawak hadiah untuk exchange gift time tu kan. Ntahlah ikut suka korang la

Selamat Hari Krismas Korang...

Monday, June 15, 2015

Buffet Ramadhan 2015 Di ALOFT Hotel Kuala Lumpur

Hi Korang,

Ini kira 3rd year aku dapat buat food review di Nook Café Aloft Hotel ni. 

memang favourite aku ni, Laksa Sarawak

‘Chef’s A-List Malaysia Feast’ ini diilhamkan oleh Chef Steven Seow bersama teamnya untuk menghasilkan Chef’s Star Dishes sepertiStuffed Whole Lamb Kuzi bersama Nasi Briyani, Dhall Sayuran, Nasi Lemak, Sate, Rendang Ayam, Roasted Whole Chicken dengan Green Peppercorn sauce dan pelbagai hidangan lagi.

appetizer

buah-buahan

bahan-bahan untuk mee

grill station

dimsum yang awesome

bubur nasi

tekan sajor untuk bancuh kopi sedap

air bandunggggg

ais kacang

ais krim

kuih muih tradisional

kurma dulu apa-apa pun ek

Malas nak membebel, meh layan gegambo ni ek
















Untuk buffet ‘A-list Malaysian Feast’ ni, ianya bermula dari 22 Jun 2015 hingg 16 Julai 2015.

Harga buffet ramadhan 2015 di Nook Cafe ni adalah

RM110nett untuk dewasa

Eh korang boleh gak beli ‘early bird’ voucher bagi buffet ramadhan 2015, untuk ini cuma RM90nett untuk dewasa dari sekarang hingga 21hb Jun 2015. Kira macam company-company yang nak belanja staff buka puasa ni, bolehlah consider tawaran ni. Berbaloi sangat lah!

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-2723 1154


Jom kita ke

Nook Cafe
Aloft Hotel
 Kuala Lumpur Sentral
Tel : +603 2723 1154



Makan kat sini best sket coz dapat tengok view depan KL Sentral, orang lalu lalang berpusu-pusu ke sana kemari kan. Memacam gelagat orang yang aku duk peratikan. Lagi plak sebelah hotel ni ada shopping complex baru Nu Sentral. Sementara nak tunggu time buka puasa tu, dapatlah korang shopping raya kat sini plak kan.

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai food review tahun 2015, peta destinasi, koodinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2015 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.