Showing posts with label Buffet di Hotel. Show all posts
Showing posts with label Buffet di Hotel. Show all posts

Wednesday, July 26, 2017

'THE GRILL PARTY' Di Palace Of The Golden Horses

Hi Korang, 


Lama tak citer pasal makan sedap ek, so aku nak citer la. 

Kalau bab makanan bergrill ni memang jadi kegemaran aku, tak kiralah siang malam acaranya aku tetap makan dengan bersungguhnya. 


Kali ni Carousel International Coffeehouse di Palace of the Golden Horses alah dekat sangat dengan office aku ni, mengadakan promosi ‘Hawker and Grill Buffet’ bersama dengan hidangan tempatan yang lelain lagi pada harga RM88nett seorang. 




Untuk hidangan grill, kita boleh memilih bahan mentah seperti lamb shoulder and cutlets, marinated tofu skewer and chicken and beef satay untuk di masak serta merta, termasuk juga dengan sirloin, rib-eye, slipper lobster, clams, prawns, cockles squid, mushroom, bell pepper, garlics skewer dan sting ray. 








Diilhamkan oleh gaya tradisional dan konsep makanan jalanan, Carousel International Coffeehouse menyediakan tetamu pilihan ala ‘hawker style’ seperti oyster omelette, popiah nyonya, sotong kangkong dan roti john. Ada juga hidangan ala barat yang mengiurkan seperti oven-baked chicken parcel with mushroom ragout and garlic sauce, roasted chicken roulade with mustard seeds sauce and chicken meatloaf with brown onion sauce and mustard. 







Terdapat juga hidangan-hidangan lain seperti ayam kapitan, daging masak paprika, roasted potato wedges with rosemary, daging kari nyonya, pan-fried chicken payard with lemon wedges and steamed sea bass with spicy asam sauce






Untuk pengemar pemanis mulut, terdapat hidangan tradisional dan moden di antara seperti bubur cha-cha, pengat pisang sagu, karamel kastard, puding coklat dengan sos vanilla dan banyak lagi 

Untuk tempahan dan info lanjut, sila hubungi 03-8946 4888 ext. 3781; email: fnbreservation@pgh.mines.com.my atau  log in ke www.palaceofthegoldenhorses.com.my dan layari https: www.facebook.com/PalaceOfTheGoldenHorses

Jom kita ke:

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor

Tel : 60 3 8946 4888



Operating Hours (Opens Daily) All Day Dining

• Breakfast - 6.30am - 10.30am
• Lunch- 12.00noon- 2.30pm
• Dinner- 6.30pm - 10.30pm

About Carousel International Coffeehouse

• Carousel design
• Serves halallocal and international cuisine
• Lower Ground Level
• Seating capacity of 220
• 3444sqft






Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com









Wednesday, March 29, 2017

Buffet Ramadhan 2017 | ‘Seindah Ramadhan' di Palace Of The Golden Horses

Hi Korang,

Iam back with buffet ramadhan 2017 review

Ewah!! Dah macam host tv pulak ek hehehehe

As usual beginilah gayanya bila tinggal lagi 2 bulan nak sambut Ramadhan kan, banyak hotel dan restoran sibuk menghantar invite untuk kitaorang review buffet Ramadhan mereka.


Bagi slot pertama ini aku ke Carousel International Coffeehouse, Palace of the Golden Horses hotel di Mines untuk menikmati hidangan buffet ‘Seindah Ramadhan’

Disediakan oleh Chef Eksekutif Wilfred Lim bersama pasukannya, hidangan bufet yang diberi tema ‘Seindah Ramadhan’ akan memberi tumpuan kepada masakan Timur Tengah dengan daging Unta daripada Arab bakal menjadi tarikan utama dalam sajian istimewa ini.

Wah makanan timur tengah, I like!!!

Seindah Ramadhan menawarkan lebih 150 sajian yang pasti menarik perhatian korang dengan 15 stall yang akan aktif sepanjang sajian berlangsung. Dengan campuran masakkan timur tengah arab dan makanan terkenal asia, buffet seindah ramadhan pasti tidak mengecewakan korang



Sebagai pembuka selera, banyak pilihan bufet yang menyelerakan seperti Ayam Dara Goreng Berkunyit, Paru Goreng berlada, Kerabu Lidah Lembu, Kerabu Udang Celon, Acar Betik Muda, Udang Goreng -Berempah, Ulam-ulam Melayu, Acar Rampai dan Acar Buah.

Daging Unta Panggang berempah

Untuk menu signature yang pasti menjadi kegemaran korang iaitu Sup Unta Berempah, Rendang Daging Unta, Nasi Kerabu Unta Salai dan Daging Unta Panggang berempah.









Terdapat juga, hidangan seperti Kambing Panggang, Daging Bakar, Goreng Homemade lobak Cake, Murtabak Ayam, Murtabak Daging, Sup Gear-Box, Gulai Kawah , Laksa Johor dan Mee Udang Pinang, Lychee Goreng dan Cendol.


Oh ye, buffet buah-buahan juga turut di sediakan dan raja buah iaitu Durian turut ada disediakan bersama-sama buah-buahan segar yang lain seperti Manggis, Rambutan dan Langsat. Bagi menambahkan kesedapan lagi buah-buahan ini, di sediakan sekali stall buah goreng dimana terdapat Lychee Goreng, Nenas Goreng, Rambutan Goreng dan Cempedak Goreng, wah ini betul-betul special ni.

Pelbagai jenis pemanis mulut

Jom makan beramai-ramai di bulan puasa nanti

Untuk buffet Ramadhan 2017 ni, ianya bermula dari 22hb Mei 2017 dari 6.30petang hingga 10.00 malam hingga 24hb June 2017


Harga buffet ‘Seindah Ramadhan’ 2017 adalah

RM178 untuk dewasa 

RM89 untuk kanak-kanak dan warga emas. 

Promosi EARLY BIRD boleh didapati dari 1 Mac hingga 21 Mei di mana semua tempahan yang dibayar layak mendapat diskaun 15%. Selain promosi EARLY BIRD, pengunjung boleh menikmati Deal 9 + 1: Yang mana seorang tetamu akan dapat makan secara percuma dengan setiap sembilan tetamu (9) membayar dari 22 Mei hingga promosi berakhir.

Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8946 4888 atau pun email je ke fnbreservation@pgh.mines.com.my

Jom kita ke:

Carousel International Coffeehouse
Palace of the Golden Horses Hotel,
Mines Resort City
Seri Kembangan, 43300, Selangor
Tel : 60 3 8946 4888




So boleh lah plan dari sekarang ek hehehee

Untuk nak tau lebih lanjut mengenai buffet Ramadhan review tahun 2017, peta destinasi, koordinat GPS, cara tempahan, no telefon, alamat dan PROMOSI harga terkini buffet Ramadhan 2017 so stay tune di blog Cik Lily Putih ni tau.