Hi Korang,
Semua orang ingat Putrajaya International Convention Centre (PICC) merupakan tempat untuk persidangan untuk meeting ke, event yang besar ke or even wedding pun kan but korang tau tak yang dalam bangunan PICC ni jugak ada tempat makan lunch sedap lagi murah.
Itulah dia, ingat nak bersidang ye kan.
Ye di Cafe@PICC menghidang all day menu memacam yang korang boleh makan
Aku berkesempatan untuk mencuba buffet lunch yang disediakan di Cafe@PICC ni yang menghidangkan lebih daripada 65 jenis hidangan yang di antaranya Rendang Minang Hati Lembu, Ayam Percik Kelantan, Ikan Patin Asam Tempoyak, Masak Lemak Telur Itik Pucuk Paku dan pelbagai lagi pilihan
Ok meh tengok menu-menu lain plak, selain dari main dish ada gak sambal colek-colek, keropok, ikan bakar dan dessert gak lah.
Bubur dan supnya amat sedap oo, memang kena dengan tekak aku yang lapar time tuh
Ok ok meh tengok aku pinggan apa yang ada kat atas meja aku ek
1st round dah makan nasi, ishkk
meehoon sup satu!
seafood platter
bubur jagung awesome
sedap sedap bubur kacang ni
sup tulang rawan, 2-3 mangkuk aku bedal
Dah start pun buffet lunch ni tau, dari 17th Mac 2014 hari tuh dari Isnin hingga Jumaat dari jam 11.30pm hingga 3.00pm.
Harga buffetnya adalah
RM15.00 nett untuk dewasa, kanak-kanan (6 – 12 tahun) dan warga emas 60 tahun ke atas.
Serious murah kan. Itulah aku pun terperanjat gak masa diorang cakap pasal harga ni. Itu sudah ade chance baik punye
Untuk tempahan, korang boleh hubungi 03-8887 6000 ext Cafe@PICC
Jom kita ke
Cafe@PICC
Putrajaya International Convention Centre,
Dataran Gemilang, Presint 5, 62000
Putrajaya
Korang-korang kat dekat dengan PICC tu eloklah pi cuba, lagipun dekat dengan korang punye office kan. Murah plak tuh, kalau aku pun haruslah pi makan kan.
Si Food Blogger yang glamer masuk TV3 cakap sedap makan kat sini, coz dia pernah makan time buffet ramadhan dulu. Sangat terbaek katanya.