Showing posts with label Botaneco Garden Guardian. Show all posts
Showing posts with label Botaneco Garden Guardian. Show all posts

Monday, April 15, 2019

Botaneco Garden Guardian ‘Selesaikan Masalah Rambut dan Kulit Korang’ Diinspirasikan daripada Alam Semula Jadi


Hi Korang,

Belum jumpa penyelesaian yang tepat untuk masalah rambut atau kulit anda? Mahukan formulasi yang diinspirasikan daripada alam semula jadi yang baik terhadap kulit, rambut dan alam sekitar? Botaneco Garden sedia membantu anda!

Botaneco Garden merupakan satu jenama penjagaan diri yang dikonsepkan, dibangun, dihasil dan boleh didapati secara eksklusif di Guardian. Ia mempunyai 57 produk yang terdiri daripada syampu, perapi, serum rambut, minyak rambut, rawatan rambut, buih mandian, skrub badan, body butter, krim badan, losyen badan, krim tangan serta rangkaian produk bayi.    

Produk kecantikan yang holistik ini diinspirasikan daripada kebaikan alam semula jadi dan diperbuat daripada adunan ramuan botanical yang inovatif dan sofistikated serta minyak yang disahkan eco. Semua produk Botaneco Garden diuji dan terbukti dari segi dermatologi, formulasinya dipastikan supaya bebas daripada bahan-bahan kimia spesifik yang berbahaya demi menawarkan penyelesaian kecantikan yang berasaskan daripada alam semula jadi.



Botaneco Garden mengikuti “trend” penjagaan diri global. Jadi, jenama ini memberi penekanan terhadap ramuan semula jadi kerana kandungan semula jadi dan organik sememangnya diterima baik terutama oleh pengguna lebih muda. Jenama ini menjadi perintis kepada formulasi ‘bebas daripada’ yang pastinya selari dengan mereka yang mengutamakan kesihatan dan menjalani gaya hidup aktif.

Penyelesaian Botaneco Garden sesuai untuk semua orang kecuali mereka yang mempunyai alahan dan memerlukan produk preskripsi khusus. “Sebab itulah kenapa kami yakin untuk menyatakan bahawa Botaneco Garden dapat menyelesaikan masalah anda,” Kata Pengurus Jenama, Jenama Kesihatan & Kecantikan Sendiri, Malaysia & Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn. Bhd., Michelle Yeap.



Terdapat lima kategori produk di bawah jenama Botaneco Garden iaitu Inca Inchi yang menggunakan Inca Inchi[1] dan Aloe Vera sebagai ramuan utama. Rangkaian Organic Argan and Olive Oil, rangkaian Trio Oil yang menggunakan Babassu Oil, Baobab Oil dan Chufa Oil yang eksotik dan terkini, rangkaian Organic Chia Seed Oil and Honey Extract. Terdapat juga rangkaian produk Botaneco Garden Baby yang menggunakan ekstrak chamomile organik dan “colloidal oatmeal” untuk penjagaan kulit bayi yang lembut.

Rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey Extract

Anda pasti sudah melihat kelebihan biji chia dan madu sebagai pelembab dalam Instagram. Botaneco Garden telah menformulasikan kebaikan ramuan-ramuan ini ke dalam satu rangkaian produk yang ideal untuk kulit dan rambut yang sangat kering. Ia diperkaya dengan minyak benih chia dari Jerman untuk membantu mengembalikan dan mengekalkan kelembapan semula jadi rambut dan kulit. Manakala ekstrak madu organik dari Perancis pula menawarkan lapisan perlindungan untuk kulit dan rambut yang sihat.[2]

Dalam formulasi kosmetik, madu membantu melegakan dan memberi kesan perapi kepada rambut, memastikan kulit kekal muda serta memperbaiki kelihatan kedutan dan mengawal pH[3]. Sementara minyak benih Chia merupakan ramuan berusia berkurun lamanya yang telah digunakan semula ke dalam aplikasi kosmetik dan nurtisi pada hari ini[4]. Ia menawarkan perapian kulit dan mengembalikan asid lemak yang membantu mempercepatkan mekanisma baik pulih kulit, mengurangkan masalah kehilangan air trans epidermal dan kering ke atas semua jenis kulit[5].

Rangkaian penjagaan rambut Botaneco Garden Chia Seed Oil & Honey merangkumi Botaneco Garden Chia Seed Oil & Honey Shampoo, perapi dan minyak rambut yang ideal untuk rambut kering dan rosak kerana ia melembab dari dalam untuk rambut yang subur, lembut dan licin. Ia juga menambah baik keanjalan dan pengurusan rambut. Pada masa yang sama membantu mengembalikan rambut asal yang berkilat.

Rangkaian buih mandian dan badan Garden Chia Seed Oil and Honey termasuklah  cucian badan Botaneco Garden Chia Seed Oil and Honey, losyen badan dan krim tangan. Rangkaian mandian dan badan membantu melindungi serta menyegarkan kulit selepas seharian beraktiviti..  

Rangkaian Botaneco Garden Trio Oil  

Menggunakan 100% minyak yang disahkan eco – Minyak Babassu, Baobab dan Minyak Chufa untuk melembabkan. Setiap produk dalam rangkaian Botaneco Garden Trio Oil menampilkan lima bahan pelembab – tiga minyak utama dan dua lagi dipilih atas fungsi spesifik mereka untuk rambut dan kulit. Ini merupakan rangkaian produk paling besar yang dibahagikan kepada Smooth & Silky, Repair & Strengthen and Anti-Dandruff untuk rambut. Manakala Gentle Cleansing, Whitening, Moisturising, Refresh & Soothe, Soften & Moisturise and Relaxing pula untuk mandian dan penjagaan kulit.

Rangkaian Botaneco Garden Organic Argan & Virgin Olive Oil

Rangkaian produk premium ini menggunakan minyak argan yang digunakan secara tradisional di Morocco. Ia boleh ditemui di dalam banyak produk kecantikan mewah kerana ia kaya dengan pati asid lemak dan kandungan anti-oksidan. Apabila ditambah dengan Minyak Zaitun Dara, ia menawarkan Omega 6 & 9 kepada kulit dan rambut. Ramuan ini telah digunakan sejak berkurun lamanya sebagai pemangkin kecantikan tradisional. Ia boleh didapati dalam Moisturising and Nourishing, Replenishing, Smooth & Shiny, Radiant Exfoliating Bath dan Skin Repair Body Lotion.

Rangkaian Botaneco Garden Organic Inca Inchi & Aloe Vera

Diformulasikan dengan minyak Inca Inchi yang disahkan eco, ia membantu mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit. Manakala Aloe Vera Leaf Juice melembab dan melegakan kulit. Ia digabungkan dengan dua pati minyak untuk memberikan manfaat yang terbaik.

Rangkaian Botaneco Garden Baby Organic Chamomile & Oatmeal

Formulasi unik yang menggabungkan ekstrak Chamomile organik untuk melegakan kulit bayi yang lembut dengan “colloidal oatmeal” organik bagi membantu melindungi batasan kulit serta 100% minyak zaitun yang disahkan eco untuk melembabkan kulit. Ia boleh didapati sebagai mandian dari kepala hingga ke kaki (Head to Toe Wash), losyen badan (Body Lotion) dan krim wajah & badan (Facial & Body Cream).



“Kami dengar banyak kebimbangan tentang kondisi rambut dan kulit menerusi akaun Instagram kami, mybotanecogarden. Sebab itulah sepanjang April ini, Botaneco Garden akan menunjukkan bagaimana ia dapat membantu anda (got you covered) dengan cara memberikan cadangan penyelesaian untuk rambut dan kulit melalui akaun Instagram kami, mybotanecogarden.

“Bagi menghargai mereka yang ingin mendapatkan pandangan kami untuk produk yang lebih lembut dan berinspirasikan alam semula jadi, kami akan menghadiahkan produk Botaneco Garden yang memenuhi keperluan kepada 50 orang pemenang bertuah. Sila kunjungi laman Instagram kami untuk mengetahui bagaimana Botaneco Garden boleh menyelesaikan masalah anda,” kata Michelle Yeap.



[4] Oil of Chia, Jojoba Growers & Processors, Inc., Apache Junction, Arizona, 1990. - Ayerza (h), R. J Am Oil Chem Soc (1995) 72: 1079. https://doi.org/10.1007/BF02660727