Showing posts with label Best Moisturizer. Show all posts
Showing posts with label Best Moisturizer. Show all posts

Thursday, January 10, 2019

Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little, Senang Bawak Masa Travel

Hi Korang, 

Menda yang paling payah nak bawak sekali kalau pi travel ialah skincare dan makeup, sebab apa? Sebab saiz produknya yang variety. Yelah satu besar, satu kecik, satu panjang, satu pendek kan. 

Nak tak nak, kalau nak travel memang kak lily kena cari bekas yang sesuai dan kecik ngam-ngam budget untuk berapa hari then kak lily letak dalam bekas kecik tuh di jadikan sekata dan senang nak packing dan bawak. 

So ada satu produk dari Murad ni memang menawan hati kak lily betul lah, daripada kat butik Murad hari tuh kak lily dah duk usha line je. 

Memperkenalkan 

Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture 

Kemain panjang bebenau namanya padahal moisturiser je, alah pelembap muka hehhehe tapi bukan sebarang pelembap muka ye sebab hebat sebenarnya khasiatnya kalau korang nak tau 

Selain daripada melembapkan muka, Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture ini juga berfungsi untuk hilangkan kedutan dan garis-garis halus di muka kita ni. Nampak?? Bagus tak fungsi utamanya ek, memang akan menjadi barangan kegemaran kak lily lah pas ni kan 


Bahan - bahan utamanya adalah daripada:- 

Teknologi asid hyaluronik tinggi 
Teknologi ini dapat meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh di dalam permukaannya untuk penghidratan yang sengit, tahan lama. 

Ekstrak kelapa
Menyediakan pengekalan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan memberi kulit tekstur licin muda. 

Mentega Shea, Avocado, bunga matahari dan minyak buah zaitun
Membantu memulihkan kelembutan dan menyokong halangan kulit yang sihat 


Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture memang selamat di gunakan kerana tidak mengandungi Parabens, Sulfat, Phthalates dan Gluten 

Mengikut kajian, dari 92% pengguna Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little mengatakan garis halus dan kedutan di muka mereka kelihatan kurang selepas 1 minggu. 

Seperti yang kita tahu barangan Murad adalah hasil dari doktor Howard Murad MD ahli dermatologi yang disahkan lembaga, ahli farmasi terlatih dan Profesor Klinikal Perubatan di Sekolah Perubatan Geffen, UCLA. 

Cara Penggunaan Murad Hydro Dynamic Ultimate Moisture 

Ya ampun senang sangat wei, colek je sedikit krim pelembap ni terus sapukan di muka, leher dan di dada setiap hari. 


Senangkan ! 

Selain Hilangkan Wrinkle dan Fine Lines dengan Pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture Dew A Little. Produk Murad Dew A Little ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri iaitu :- 
  • Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan keseimbangan air serta kelembaban pada kulit 
  • Penghidratan 24 jam dan tahan lama serta melembapkan kulit 
  • Kurangkan penampilan garis- garis halus dan kedutan pada wajah 
  • Sesuai untuk di bawa berjalan, sebab itu kak lily suka ni 

Yang penting ianya sesuai digunakan untuk semua jenis kulit tak kira kulit jenis Kering, Kombinasi, Normal atau Sensitif. 


Harga untuk pelembab Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture adalah RM88 dan korang boleh dapatkan di mana-mana butik Murad ye

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Website : 

Instagram : 



#MuradMalaysia
#MuradMY













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Wednesday, October 8, 2014

LIPIDOL Skincare Media Launch Di Troika KL

Hi Korang,


Mesti korang perasan kalau iklan kat TV ada keluar perkataan LIPIDOL ni kan, screen putih bersih je.

Erm sesimple iklannya begitu jua produknya.


Event ini diadakan dit Troika KL salah satu restaurant yang cantik lagi unik dalam KL ni, kat tingkat 23 tuh, cantikkan viewnya. Ramai jugak para media lain yang dah sampai, nasib baik ada yang aku kenal so sempatlah catch up latest news about their publication.

Ok jom masuk, event dah nak mula.


Rasanya ramai yang tak tau termasuk aku mengenai produk Lipidol ni. Yelah memang baru betul dilancarkan di South Africa dan Malaysia adalah negara ketiga selepas New Zealand yang mereka ini memperkenalkan produk penjagaan kulit ni.


Yang best tuh, Mr Justin Letschert dan abangnya David selaku founder dan creators Lipidol ni menerangkan kepada ktorang sendiri apakah itu LIPIDOL ni.


Lipidol products bring oil into daily skincare, helping the skin to retain its moisture.


Why skin needs oil:
The outermost layer of the skin is an oily layer. Its purpose is to hold moisture in the skin; an important function because moisture facilitates enzyme activity, which in turn leads to healthy, radiant skin. There are however occasions when moisture does escape. The main culprit is daily washing with soap, which strips away the skin's oily layer. Another is a dry climate, which draws moisture from the skin into the outside air. Also, as the skin ages it produces less oil and it becomes harder to hold moisture in the skin. It is not possible to replace lost moisture by applying moisture to the skin as the skin's moisture comes from within. The advantage of using oil in everyday skincare is that the skin's natural oily layer is continually supplemented.

Ermm paham kan, so dah tau apa itu produk Lipidol sebenarnya.


Terdapat enam jenis rangkaian produk di dalam set penjagaan kulit Lipidol iaitu Cleansing Face Oil, Cleansing Body Oil, After Shower Oil, Sunscreen Oil, After Shave Oil & Overnight Face Oil. 2 jenis cleansing bermakna kita bersihkan kulit dan 4 lagi adalah untuk penjagaan kulit seluruh badan.

Lipidol Team

Sangat simple je kan packagingnya tapi warna-warna tu yang membezakan kegunaan di antara satu sama lain di dalam kehidupan seharian kita. Produk Lipidol ini di jual secara esklusif di seluruh rangkaian Guardian dan setiap produk berharga RM24.90 which is not bad harganya, sangat berpatutan.


Aku dah cuba 2-3 hari Cleansing Body Oil ni, ternyata memang tak mengeringkan kulit badan ni malah melembapkan lagi adalah.

Korang pun kalau cam teruja je nak rasa, boleh je pi beli kat Guardian ek. For more details boleh ke www.lipidol.com