Showing posts with label Besito's Survival. Show all posts
Showing posts with label Besito's Survival. Show all posts

Thursday, December 22, 2016

Makan Di Restoran Besito's Survival, Shah Alam

Hi Korang,

Kedai makan apa pulak nama pelik-pelik ni ek?

Besito’s Survival!!

Apa pulak hidangan makanannya nie…


Jom check it out

Nama Besito' survival diinspirasikan daripada perkataan "latin" yang mana restoran ini menyediakan hidangan utama dari masakan ala barat. Besito's bermaksud "senyum kecil' (Little Kiss) yang merujuk kepada kepuasan maksima dengan harapan para pelanggan yang datang akan berpuas hati serta tersenyum selepas menikmati hidangan dari dapur yang disediakan secara "fresh" oleh chef yang amatur. "Survival" bermaksud "pelengkapan ikhtiar hidup" dengan menjurus kepada definisi makanan yang dihidangkan sihat dan terbaik.

Hah amik ko, panjang mukadimahnya

Takdelah makanan western je yang ada dihidangkan di Besito’s Survival ni, selain dari menu makanan barat terdapat juga hidangan makanan panas melayu, cina, india dan fusion. 

Tengok ni,

Pelbagai jenis hidangan minuman yang tak mampu di tolak oleh tekak kita ek


Dari kiri : 
Lemon paradise, virgin mojito, fruit punch, shirley temple, virgin colada dan I Love You.

Of courselah aku minum Virgin Mojito barulah ada feeling-feeling anak dara sket kan, hahahahaha penipu. Virgin Mojito ni sesuai untuk orang yang nak berdiet katanya, ada daun pudina dan serai sekali tapi manis sebab ada buah laici sekali di situ.

Jom kita tengok hidangan utama pulak,

Supreme Grill/MixGrill (5-6 orang makan)

Satu hidangan yang terdiri daripada daging lembu yang dimasak lembut, kambing dipanggang sempurna serta ayam diperap bersama sos-sos istimewa. Turut disertakan dalam set hidangan ini ialah mashed potato atau wedges dan sayur brocoli yang segar. Sememangnya set hidangan ini sesuai dimakan bersama keluarga atau kawan-kawan. Sambil sembang-sembang sambil makan gituh lah, tapi kalau makan berdua memang tak habis oo sebab portionnya sangat-sangat besar.

*Disarankan untuk set ini boleh dinikmati 5-6 org (mengikut kepada tahap permakanan masing).


Chili Crab with Mantou Bun (1-2 orang makan)

Makan ketam yang dimasak bercili bersama Mantou Bun memang terbaik. Lembut giler tau roti mantou ni. Dia sebenarnya roti yang digoreng ranggup dan dihidangkan panas-panas, kalau dah sejuk tetap garing jugak but makan panas-panas la best. 


Abalone Mee Raja (1-2 orang makan)

Nak cakap mee kuning bukan pulak tapi sejenis yang di buat sendiri di hidangkan bersama abalone. Lebih kurang macam Cantonese mee tapi tak letak tepung jagung untuk pekatkan kuah. Amik ko sepinggan besar, masa dia sampai panas-panas ermm baunya harum..


Butter Prawn

Simple dish bagi peminat udang, kuahnya berkrim amat sesuai di cicah sekali dengan roti mantou ni jugak ye.

Nasi Goreng Besito’s Seafood Tomyam

Korang baca tak entry Ayu Rafikah
Cis dia kenakan aku secukup-cukupnya pasal nasi goreng seafood ni, memang aku tak share pun dengan orang lain masa tu sebab aku lapar sangat dan sedap bebenau nasi goreng ni, seafoodnya banya ya ampun

Nasi Goreng Tomyam Ayam Pandan
Menu terakhir yang kitaorang rasa pada hari kejadian. Memang wangi dan lembut daging ayam ini. Kombinasi dengan nasi goreng dimasak agak sempoi tapi rasanya tetap terbaik. Kesedapan yang amat pun licin habis dibuatnya


Secara ringkas pengenalan mengenai restoran adalah seperti:-

Nama Restoran : 
Besito's Survival

Mula dibuka : 
18 Mei 2016

Masa operasi : 
Sabtu & Ahad(4pm-3am)
Isnin(Cuti)
Selasa-Jumaat(4pm-2am)

Owner/Founder : 
Hazlan Dahlan, Firdaus M. Ali & Megat Mohd Azhar Megat Ismail 

Konsep: 
Western & Malaysia Fusion Foods 
(Mixed Malay, Chinese, Indian)

Jom kita ke

Besito's Survival
No 77, Ground Floor, 
Jalan Pelabur B, 23/B,
Seksyen 23 Shah Alam 
Selangor 

( roundabout jalan nak ke uptown Shah Alam)


Korang duduk area Shah Alam ni, boleh cuba makan di restoran Besito's Survival ni ek, mana tau berkenan pulak tekak korang bila makan kat situ 😁 😁 😁 😁 😁 😁 😁