Showing posts with label Beraya Bersama Bloggers. Show all posts
Showing posts with label Beraya Bersama Bloggers. Show all posts

Friday, July 6, 2018

Beraya Bersama Bloggers, Yeah Makan Sedap Lagi

Hi Korang,

Rasanya tahun ni banyak pulak masa kak lily dapat pi beraya rumah kengkawan ek. Maybe rezeki kak lily murah kot tahun ni, ramai benau yang mengajak datang rumah so dapatlah mengeratkan tali silaturrahim sesame kita 

Tapi tak delah kak lily dapat pi semua kan, yelah ada yang jauh ada yang dekat kan. So patut-patutlah ikut yang bersesuaian masa dan keadaan. 

Kebetulan ahad 2 minggu lepas tak de buat apa pun kat rumah, tup-tup ada whatsapp masuk plak. Rupanya dari blogger mak anak 2 Yana Yassin. Lama betul tak jumpa dia ni sejak dah beranak ni, dengan kerja dah jauh dari KL so tak delah jumpa dia. 

hah sama je saiznya, tak berubah hahahaha

Lagi pulak dekat je dengan umah kat kak lily so kitaorang pilah, pergi pun dah lepas kul 2pm cam tuh. Nasib ikut Waze so sampailah, nampak anak si Yana tuh main kat luar then terus masuk. 

Mee kari sedap ibu Yana, ini mangkuk kedua ni tau

sambal jawa dengan meehoon pun makan jugak sebab sedap


Hah haruslah borak tak ingatkan hehehhe sebab lama tak jumpa kebetulan pulak dia ni duduk satu tempat sama dengan Mr Big so kenallah ramai orang. Sembang sambil makan memanglah sedap tambahan pulak mee kari ibu Yana ni memang sedap bak hang!. Kak lily memang suker kuah mee kari ni pekat, siap mintak resipi tuh hehehhe... Sampai petang melepak kat rumah si Yana ni ek 

Itu citer 2 minggu lepas..


Minggu lepas punya ahad pulak, ada jemputan makan-makan di rumah blogger Shakiddo plak, eh orang kuat Denaihati Network ni korang tak kenal pulak kan. 

Kekal bersama dalam #BloggerKakiMakan kan

Ermm tak de apa nak buat lagi so pergi lah, dekat je Bangi dengan Putrajaya ni dalam 10 minit sampai kalau tak jem. Cantik jugak rumah barunya luassss cuma parking as usual kalau rumah bertingkat ni. Siapa cepat dia dapat hehehehe. Dapat jugak jumpa si Farhan comel tuh ek, merengek je nak dukung hehehehe 

mee hoon soto, mangkuk kedua sebab ada begedil kecik-kecik sedap

Well menunya awesome jugak, memang memacam ada. 

dengan Duta social media Jakel, blogger Mahamahu. Pi beraya pakai baju Jakel je tau hebat kan

nampak tak dengan membawang hahahaha

Makan sambil membawang memang lazat, alah bukan ada gossip apa pun just catch up citer-citer lama je. Borak punya borak alih-alilh dah petang camtuh, pulang lah.. 

Itulah aktiviti kak lily sepanjang weekend bulan raya ni, memenuhi jemputan rumah terbuka kengkawan jelah. 


Kenapa kak lily tak buat open house tahun ni? 

Ermm tak terdaya nak masak sendiri tambahan dalam keadaan perut dah kena potong ni kan so kita rehat-rehat je, tak boleh buat kerja berat. Nak angkat periuk isi air pun tak larat ini kan nak masak banyak-banyak hauhauhaua 

Insyallah tahun depan kot….