Showing posts with label Beauty In Action. Show all posts
Showing posts with label Beauty In Action. Show all posts

Tuesday, June 2, 2015

GUARDIAN ‘Beauty In Action’ Great MakeOver @ NU SENTRAL Mall

Hi Korang,


Guardian memang selalu arrange event yang best-best tau.


Last week aku dapat jemputan ke Guardian MakeOver di Nu Sentral ni. Ini first time aku pi sebab last year tak dapat nak join. Tahun ini ianya bertemakan Beauty In Action, yang memperkasakan wanita dengan tips dan alatan untuk kelihatan menarik dan sihat di mana sahaja mereka berada.











Ok register dulu, kemudian of courselah ambil gambar booth-booth yang join sekali dalam makeover ni.



Pengarah Operasi Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ricky Soon berkata ‘Sesungguhnya, wanita telah memainkan pelbagai peranan sejak di awal tamadun lagi. Dengan permodenan dan globalisasi, mengimbangi pelbagai tugas adalah semakin jelas dan semakin mencabar’.


Beliau berkata lagi ‘Kita telah Berjaya menjual lebih dari seribu tiket untuk acara dua hari ini! Sambutan hangat ini memberitahu bahawa wanita kini lebih mengambil berat untuk kelihatan hebat dalam masa yang sama aktif dan kami gembira berada di landasan yang betul dalam berinteraksi dengan mereka’.

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang memiliki tiket dengan pembelian RM10 untuk mana-mana produk yang mengambil bahagian. Guardian Beauty In Action menawarkan pengubahsuaian total, yang terdiri dari mekap dari MakeUp Puzzle dan penggayaan rambut dari ACut Above. Setelah selesai, peserta boleh menikmati sesi fotografi professional dalam menangkap post terbaik mereka!

Aku pun haruslah tak lepaskan peluang untuk bermakeover kan.





Makeover la dulu, aku sendiri datang pun tak makeover kan hahahaha pandai tak? Hehehehe.. Yang make-upkan aku tu director of MakeUp Puzzle tau. Mestilah cantik kan. 

Ok buat rambut pulak,



Sekali dua orang kan buat rambut aku, seronok wei. Terima kasih A Cut Above.


Cantik tak? Hahahahhaha

Terima kasih pada Guardian di atas jemputan special ni. Dah lah dapat jadi cantik macam Sinderella dapat pulak goodies yang best-best tau.