Hi Korang,
Hari ari tuh citer pasal anniversary ni, so ni kak lily sambung lagi sket ek.
Dah alang-alang bercuti di Grand Bluewave hotel ari tuh, kak lily sempat ke Bayu Spa di tingkat 4. Tambah plak hotel guest dapat 15% diskaun jadik apa lagi haruslah manjakan diri kan.
Pagi sabtu tuh, check it out dulu.
Tanya apa yang patut macam boleh walk in ke kena baut reservation, payment dalam bentuk apa, rawatan berapa lama kan. Baiknya kak Zila (owner Bayu Spa) explain apa yang patut. So settle appointment dalam pukul 4.30 petang ermm boleh pi jalan-jalan dulu lah.
Kul 4.15 petang kak lily dah turun dah.
Excited lebih ek hehehhe, lagipun dekat je hah. Tak yah nak bawak apa pun, just bawak phone untuk buat igs dan ambil gambar hehehehe. Tak yah nak makeup bagai lah, nak pi spa je pun kan.
Eh ambil gambar dulu dalam Bayu Spa ni.
Sebenarnya spa ni khas untuk wanita sahaja so kak lily tak boleh ambil gambar para pelanggannya kang mengganggu privacy plak kan. So korang tengok jelah gambar-gambar view jelah.
Jadi ada 3 rawatan yang kak lily buat iaitu
- Lime Floral Foot Bath
- Full Body Scrub
- Citrus Bath
Tapi tak delah on spot buat kan, sebab diorang prepare dulu barangan yang nak di gunakan. Kak lily tak kisah pun lama sket asalkan dapat manjakan diri hehehe
Lime Floral Foot Bath
Selalunya kalau kak lily ke spa lain, diorang akan rendam kaki dengan air suam dan gosok-gosok je. Kat sini, air rendaman tuh mengandungi hirisan limau dan kelopak-kelopak bunga ros, dan rendaman ini mengambil mas a5 minit ermm mana tak wangi lepas tuh kan hehehe
Jadi kaki akan lebih segar dan bau harum je selepas di gosok dan dibersihkan. Lagipun tujuan rendaman kaki ini sebagai tanda pengenalan kita nak masuk rumah.
Full Body Scrub With Coconut Scrub
Wah bestnya body scrub ni.
Yelah kak lily kan saiz badan comey-comey ni cam nelah gosok-gosok sebelah belakang tuh kan time mandi, ermm ada lah gosok-gosok tapi tak meluas coverannya so ada yang kena dan ada yang tidak. Nak suruh Mr Big selalu kang lain plak jadiknya so inilah masanya untuk di sental-sental bahagian belakang tuh ek.
Puaslah kak Zila menyental, menggosok nak buang daki dan kotoron degil tuh kan, biasanya di sebelah pelipat-pelipat macam ketiak, bawah perut, belakang lutut ermm tempat-tempat yang tak sampai nak di gosok.
Eh bukan gosok semata je cam tuh lah, Kak Zila sapu dulu scrub campuran kelapa dekat badan kak lily ni, so barulah tertanggal lagi daki semua tuh tapi tak sakit pun lah malah sedap lagi adalah hehehhe
Citrus Bath
Lepas dah body scrub haruslah mandiiiii
Ini first time kak lily mandi Citrus Bath ni, mandian campuran di antara bunga dan pelbagai jenis limau di dalam bath tub.
Mandian ini di kenali sebagai MANDI AURA yang mampu untuk menaikkan SERI WAJAH. Kak Zila menggunakan rose petals segar, di campurkan limau serta aura wangian khas untuk menaikkan seri dan juga detoks.
Yesza haruslah berendam macam tuan puteri kan, bersiram-siram bagai sambil nyanyi-nyayi hehehhe nasib orang bilik sebelah tak marah sebab bising hehhee. Sambil mandi sambil menggosok lebihan scrub tadi tuh.
Sedap betul berendam dengan limau dan bunga-bungaan ni, rasa badan menjadi segar dan memberikan wangian di badan kita. Memang tak puas mandi setengah jam tuh, rasa cam nak sambung je lagi. Segarrr
Ketiga-tiga rawatan ini mengambil masa 1 jam 15 minit je so tak delah lama sangat, tapi kalau boleh nak Citrus Bath tuh lelama auhauahuahua kan?
PAKEJ Bayu SPA Di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
Pakej di Bayu SPA Di Hotel Grand Bluewave Shah Alam ini boleh custom ikut pakej apa yang kita nak.
Guest Hotel
Untuk guest hotel macam kak lily masa tuh, kita boleh dapat 15% diskaun dari harga total rawatan. Kan ke elok tuh, jimat sket duit ahkak ko ni kan. Guest hotel juga boleh dapatkan Full Body Massage, Hot Compress Back Massage dan FREE Herba Tangas pada harga RM189 je.
Pakej ‘Budget’ berharga RM180
Korang boleh pilih yang mana satu pakej ‘Budget’ yang korang suka pada harga RM180. So next time bila kak lily ke sini lagi, nak cuba pakej ‘Budget’ ni lah.
Kalau korang excited nak cuba pakej-pekej yang di tawarkan di Bayu Spa ni, korang boleh buat hubungi :
Whatsapp / booking : 016-2718444
03-55118811 ext 2888
Jom kite ke
Bayu SPA
Level 4,
Grand Bluewave Hotel
40000 Shah Alam
Operation Hours : 09.30am - 07.00pm
Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut :
Facebook :
Instagram :