Showing posts with label Bare Essentials Skincare. Show all posts
Showing posts with label Bare Essentials Skincare. Show all posts

Saturday, April 21, 2018

REVIEW | ALTHEA Bare Essentials Skincare

Hi Korang, 


Penjagaan kulit muka amat penting bagi kita orang perempuan ni ek!! 

Sepemalas macam mana pun kena jugak pakai krim-krim muka ni, ek bukan apa takut tua sebelum usia je nanti. 

Kak lily nak citer dengan korang yang Althea Korea ada mengeluarkan produk penjagaan kulit muka dengan hanya 3 produk jer tau. 

Apa 3 item je dalam rangkaian Althea Bare Essentials??? 

Apalagi haruslah di grab wokeh.. 

Kalau korang nak tau Althea Korea memang tidak asing lagi bagi semua wanita di luar sana. Di Althea ni macam-macam produk ada dari skincare, make up dan macam-macam lagi lah. 



Kali ni Althea Korea memperkenalkan produk terbaru iaitu Althea Bare Essentials diperkaya dengan polifenol yang mampu melindungi kulit dari kesan pendedahan matahari dan minyak dari biji Althea yang melindungi kulit dari kekeringan 

Yang paling menariknya Althea Bare Essentials ini ada 3 item jer iaitu 

  • Contour Cleanser 
  • Primer Water 
  • Fixer Cream 

Kak lily cuba je dulu 3-4 hari ni alah bukan apa takut tak sesuai dengan muka kan hehehehe eh muka itu kan asset kita kan.


Langkah 1 : Contour Cleanser 

Pertama sekali guna Contour Cleanser Althea Bare Essentials ni ermm kemain wangi lagi ek sebab cleanser ni dari ekstrak Lemon dan Ice Plant yang menenangkan kulit muka. Tekstur cleanser ini agak pekat, padat dan ada biji-biji micro capsule yang keluar selepas campur dengan air. Paling kak lily suka cleanser ni macam cleanser, scrub, exfoliate dan menyahtoksik kulit dengan perlahan. Dengan satu cleanser jer senang tak perlu bawa produk yang lain lagi. 

Contour Cleanser ni kalau korang guna dia foam cream gitu. Kemudian campur dengan air dan buat urutan pada wajah dan akan rasa cleanser ni mencuci lebih mendalam sebab ada micro capsule tu serta rasa sejuk jer muka tau. 

Dari segi packaging cantik, mudah untuk picit pada tapak tangan. Berat sebotol Contour Cleanser 150g dan harganya RM23.00 sahaja.


Langkah 2 : Primer Water 

Selepas jer cuci muka boleh guna Primer Water. Tahu tak Primer Water ini digabungkan antara toner dan primer dalam satu botol. Hahhh memang best la tak perlu nak guna kapas muka. Letak jer tapak tangan dan sapu jer terus kat muka. Primer Water ni mengandungi dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion Technology) yang membolehkan penghidratan ke dalam kulit wajah secara perlahan-lahan. Diperbuat dari ekstrak snow lotus yang sangat lembut dan wangi serta tekstur Primer Water ini tidak cair dan sedikit pekat yang penting cepat meresap kedalam kulit muka. 

Nampak macam grand kan risau jer jatuh pecah hehehe. Berat sebotol Primer Water 200ml dan harga RM43.00 sahaja.


Langkah 3 : Fixer Cream 

Ok lepas jer sapu Primer Water haruslah kena pakai Fixer Cream ni. Fungsinya macam moisturiser gitu ye memang bagus untuk sebelum mekap juga. Formulanya tidak berminyak, cepat meresap dan memberi penghidratan selama 24 jam tau. Cream ini mengandungi green tea seed oil, collagen dari Baobab Tree ekstrak. Kalau ada green tea ni bau dia memang wangi lah dan sangat elok sebagai anti-oksidan kulit wajah. 

Selepas guna Fixer Cream kulit jadi lembut dan shining gitu. Tekstur cream agak sticky dan mudah meresap ke dalam kulit. Berat Fixer Cream 50g dan harga RM50.00 sahaja.


Dengan hanya 3 rangkaian skincare dari Althea Bare Essentials ini kak lily dapat rasakan kulit semakin lembut dan melembapkan kulit sepanjang hari. Memang mudah sangat tau dengan 3 barang sahaja untuk penjagaan kulit yang sihat. 

Psstt korang kalau beli set Althea Bare Essentials akan dapat percuma Cermin Edisi Terhad Bare Essentials di website Althea sekarang. Untuk harga set Althea Bare Essentials ini boleh dapati dengan harga RM116.00 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :- 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 




Jangan lupa singgah di Althea.kr tau...