Showing posts with label Baby traditions: cukur jambul. Show all posts
Showing posts with label Baby traditions: cukur jambul. Show all posts

Monday, January 4, 2016

Cukur Jambul Si Aman Rayyan, Menu Lauk Kampung

Hi Korang,

Lama tak citer pasal family kan ?

Kalau korang perasan aku memang jarang citer pun, malas nak diorang glamer kat blog aku ni hehehhe poyo ek. Bukanlah certain things boleh citer and x boleh gak.

ini adalah cekur/kencur, aku pun baru tau
herba sesuai di letakkan dalam kerabu sayur

Ni pun sebab teramik gambar banyak so why not share dengan korang kan.

Ramai orang cakap amalan cukur jambul ni merupakan bidaah dan khurafat but setelah aku baca mengenai tu tak pun as long as asalkan niat dan tujuan diadakan adalah ikhlas kerana Allah dan jangan sampai menjadi riak sudahlah kan.

Actually dak kecik ni anak sedara ktorang yang terbaru, cousin aku baru je melahirkan itu yang ktorang buat di kampung secara kecik-kecik je, jemput orang marhaban dan ada sket kenduri doa selamat.

ini baru sebahagian yang balik, lepas penat tolong masak-masak. kerusi meja semua dah kat luar.

Of courselah semua sedara-mara balik sebab tolong masak reramai, tak de upah or catering pun. Semuanya sendiri even periuk belanga, pinggan mangkuk semua cukup.Kalau nak buat bisnes catering boleh sangatlah kan.


Majlis start dalam kul 11.00 pagi cam tu, first time aku tengok orang marhaban lelaki ek, selalunya orang pompuan. So semuanya lelaki-lelaki yang akan buat keje hehehehe..






Sampai masa acara cukur jambulnya, si Rayyan di bawa ke pakcik-pakcik marhaban tu ek. Ok potong rambut sket je. Understood, maklumlah mak mane ada pengalaman lagi kan so duk peratilah. Lepas di gunting rambut sket di berikan sedekah untuk si Rayyan ni. Cam tu ek.. ok ok baru paham.

Gambo dak kecik ni tak pun sebab manjang asyik tido je kan, main-main sekejap dah tu tido..

dah-dah bagi balik dulang kat mak si rayyan ek

Lepas je abis majlis doa selamat, apa lagi moh makan kite ek.

simple je kan, lauk kampung

telur itik masak lemak

kerabu ke urap ni, tadi sedap

Alah lauk simple-simple je, telur itik masak lemak, kari ayam, acar jelantah, urap sayuran, kuih muih dan buah-buahan. Simple kan. Aku langsung tak tau nak buat, so time nilah dapat belajar resipi-resipi kampung yang unik ni.

memula makan berdua je

nampak dah makan bertiga plak

Oh ye pulut kuning sekali, nampak siap berebut makan ek. Share satu pinggan sebab malas nak bangun amik sendiri. Baru lagi mesra katanya…

Gitulah aktiviti ktorang di awal tahun 2016 ni.

abis majlis, pi belakang mandi sungai plakkk

Spend time bersama keluarga, walaupun tak pi holiday oversea. Holiday kat kampung pun seronok ape…