Showing posts with label BRAND’S® Sari Pati Ayam. Show all posts
Showing posts with label BRAND’S® Sari Pati Ayam. Show all posts

Saturday, August 25, 2018

Pakar Mengesyorkan Makanan Berkhasiat Menjamin Mental Yang Fokus Untuk Kecemerlangan Akademik

Hi Korang,

Amalan pemakanan berkhasiat adalah satu faktor penting bagi mencapai tahap prestasi optimum untuk mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum seseorang, kerana ia menjadikan minda serta tubuh badan lebih bersedia dalam meningkatkan produktiviti, sesuatu yang ramai kurang memberi perhatian kerana kesibukan rutin harian semasa di peringkat sekolah lagi.

One of the guests exploring Seenz band, one of the interactive games set up during the event

“Mengamalkan pemakanan berkhasiat menjamin tahap mental yang lebih fokus serta daya tumpuan seseorang dalam meningkatkan produktiviti, membantu mengurangkan tekanan dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalani aktiviti seharian bermula dari pagi sehingga lewat malam,” kata Yau Chin Chin, Pengurus Kanan, Bahagian Permohonan & Kajian Saintifik, BRAND’S® Suntory Asia.

WE DID IT! BRAND'S Smart Achievers 2018 recipients

Bercakap kepada ibu bapa dan para pelajar pada majlis penyampaian hadiah BRAND’S® SMART Achievers Award, beliau berkongsi tentang informasi sains di sebalik produk terkenal BRAND’S® Sari Pati Ayam serta menerangkan tentang bagaimana ianya boleh mengurangkan kelesuan fizikal, meningkatkan daya tumpuan secara mental dan mengekalkan kesejahteraan emosi. 

Satu-satunya pati ayam dalam pasaran yang disokong oleh lebih daripada 44 kertas saintifik antarabangsa dan hasil kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan harian BRAND’S® Sari Pati Ayam mampu meningkatkan daya ingatan sehingga 15% serta meningkatkan daya tumpuan sebanyak 22% sambil menambahkan metabolisme sehingga 16%.

Yau Chin Chin, BRAND'S Suntory Asia's Scientific Research & Application Senior Manager 

Yau juga menerangkan, “Peningkatan aliran darah serta saluran oksigen ke otak dan tubuh badan akan menghindarkan keletihan mental dan fizikal, di samping mengurangkan kemurungan serta tekanan hormon, kortisol, supaya keupayaan untuk kekal cerdas atau fokus tidak terjejas. 

Ini dapat membantu para pelajar untuk mengekalkan minda yang tajam dan mempunyai daya tumpuan yang lebih baik semasa di dalam kelas dan ketik mengulangkaji pelajaran, manakala peningkatan aliran darah dan metabolism membantu untuk mengekalkan tahap tenaga untuk menjalani aktiviti-aktiviti mereka sepanjang hari. 

Sebagai sokongan daripada hasil-hasil kajian tersebut, seramai sekurang-kurangnya 21 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir mereka tahun lepas dan mereka telah pun dipilih untuk menerima anugerah di majlis BRAND’S® SMART Achievers Award. 

(L-R) Teh Yoong Sin (STPM recipient), Kuang Ming Ming and Loke Wai Yan (Form 6 UEC recipient) at the BRAND'S Smart Achievers Award 2018 

Bermula daripada sekolah menengah sehingga ke peringkat universiti, mereka semua dipilih daripada ratusan permohonan untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik, bagi mendapatkan penganugerahan yang didambakan, yang hanya akan diberikan kepada penerima paling cemerlang dalam bidang akademik dan prestasi kurikulum tambahan. 

Dengan rasa penuh bangga, para pelajar dan ibu bapa mereka telah hadir ke majlis pengaugerahan yang istimewa ini, yang mana mereka telah menerima hadiah berupa wang tunai dan hamper produk sebagai penghargaan. Mereka datang daripada 8 negeri yang berlainan sejauh Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Perak. 

BRAND’S® SMART Achievers Award mempunyai 4 kategori yang menawarkan hadiah berupa wang tunai – PT3/UEC Tingkatan 3 (RM500), SPM (RM1,000), STPM/UEC Tingkatan 6/pra-universiti (RM1,500) dan peringkat university/kolej (RM2,000).

BRAND'S Smart Achievers Award 2018 College _ University Category recipients

Program ini bertujuan untuk menggalakkan dan membolehkan generasi muda untuk mencapai kebolehan mereka dan terus untuk mencapai cita-cita untuk menjadi seorang pemimpin di masa hadapan. Program ini juga telah menganugerahkan hamper 280 para pelajar elit bermula daripada tahun 2006. 

“BRAND’S® memberi penganugerahan kepada para pelajar cemerlang dengan hadiah wang tunai yang lumayan serta memberikan pengiktirafan bagi kalangan rakan sebaya mereka kerana telah menjadi ahli kumpulan elit BRAND’S® SMART Achievers. Penganugerahan ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepada mereka yang mana ianya bukan dahaja sekadar memperolehi keputusan akademik yang cemerlang malah juga mencapai prestasi yang baik dalam aktiviti ko-kurikulum sebelum memohon untuk memasuki kelab yang berprestij ini,”. kata Kuang Ming Ming, Pengurus Besar, BRAND’S® Suntory Malaysia. 

Pendaftaran untuk memasuki Anugerah tahunan yang terkenal ini telah pun dibuka sehingga 31 Disember 2018 dan para pelajar yang menduduki peperiksaan akhir pada tahun ini boleh memulakan hasrat impian mereka sekarang untuk menjadi salah seorang penerima anugerah BRAND’S® SMART Achievers pada tahun hadapan.

Muat turun borang pendaftaran boleh didapati di laman web www.brandsworld.com.my atau mereka boleh mendapatkannya di Pusat Perubatan Cina terpilih serta farmasi utama, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara, yang mana BRAND’S® Sari Pati Ayam yang berkhasiat ini boleh didapati bagi membantu untuk meningkatkan kuasa ketahanan minda dan tubuh badan untuk para pelajar yang sedang membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan.

Dikeluarkan di kilang yang disahkan halal bertempat di Bukit Jelutong, BRAND’S® Sari Pati Ayam merupakan minuman berkhasiat semula jadi yang dihasilkan tanpa garam tambahan dan bebas kolesterol dan lemak, sesuai untuk diminum setiap hari.











Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Friday, March 2, 2018

Bekalkan minda dan tubuh anda untuk pencapaian prestasi terbaik

Hi Korang, 

BRAND’S® boleh membantu anda mencapai prestasi yang terbaik walaupun anda sentiasa sibuk, selalu menghadapi cabaran seharian mahu pun harus bekerja sehingga lewat malam. Hadapi hari-hari anda dengan minda dan tubuh badan yang sihat dengan khasiat BRAND’S® Sari Pati Ayam. 


Diminum secara panas atau pun sejuk, hasil kajian klinikal menunjukkan pengambilan BRAND’S® Sari Pati Ayam secara kerap membantu meningkatkan peredaran darah serta pengaliran oksigen ke otak dan tubuh badan. Ini membantu meningkatkan prestasi mental dan fizikal seseorang secara ketara di samping mengurangkan tekanan dan keletihan mental serta fizikal. 

“Kita semua menjalani kehidupan yang sangat sibuk, namun ramai yang tidak sedar bahawa tubuh mereka semakin hari semakin lemah hasil daripada tekanan, kelesuan dan kekurangan khasiat pemakanan. Dengan meminum sebotol BRAND’S® Sari Pati Ayam setiap hari, ianya boleh membekalkan minda dan tubuh anda dengan kebaikan nutrisi serta mempertingkatkan prestasi pencapaian dalam apa juga yang anda lakukan,” kata Kuang Ming Ming, Pengurus Besar BRAND’S® Suntory Malaysia. 

“Ini adalah kerana peningkatan peredaran darah serta pengaliran oksigen ke otak dan tubuh mengurangkan kelesuan mental dan fizikal, mengurangkan kortisol, iaitu hormon tekanan, supaya keupayaan untuk kekal ke hadapan atau fokus tidak akan terjejas,” tambah Kuang. 

Tidak kira sama ada anda memilih untuk meminumnya secara panas atau pun sejuk, anda kini boleh kekal bertenaga untuk mencapai prestasi yang baik setiap masa dengan adanya peti sejuk juga pemanas mini BRAND’S®. Sesuai ditempatkan di rumah atau pun pejabat, anda boleh menebus satu unit peti sejuk juga pemanas mini ini secara percuma dengan setiap pembelian sepuluh pek BRAND’S® Sari Pati Ayam yang mengandungi 14+1 botol 70g atau 12 botol 70g yang masing-masing dijual dengan harga RM81.00 dan RM65.00. 

Hantarkan 10 kod bar daripada pek kempen BRAND’S® “Fuel Your #MindAndBody” berserta butiran peribadi anda mulai dari 1 Mac hingga 31 Mac 2018 untuk menebus peti sejuk juga pemanas tersebut, sementara stok masih ada. 

BRAND’S® Sari Pati Ayam adalah satu-satunya pati ayam dalam pasaran yang disokong oleh lebih daripada 40 kertas saintifik antarabangsa dan hasil kajian klinikal membuktikan bahawa pengambilan harian mampu mempertingkatkan daya ingatan sehingga 15% serta meningkatkan daya tumpuan sebanyak 22% sambil menambahkan metabolisme sehingga 16%. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan butiran penebusan, sila layari www.brandsworld.com.my atau BRAND’S® Smart Living di Facebook atau hubungi Talian Perkhidmatan Prihatin Pelanggan BRAND’S® di 1-300-228-300.















Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com