Showing posts with label Avon product. Show all posts
Showing posts with label Avon product. Show all posts

Friday, September 13, 2019

Far Away Glamour Eau de Parfum Spray By AVON

Hi Korang,

Sari keanggunan anda merupakan sanubari anda. Ia menjangkaui soal jasmani dan minda. Untuk meraikan sari keanggunan ini, Avon memperkenalkan Far Away Glamour. 


Diulit kehebatan Vanilla Madagascar bersama kesegaran bungaan floriental, haruman glamor ini turut mengetengahkan sentuhan akkord anggur hitam dan kesturi yang mendakapmu penuh keayuan serba glamor setiap kali menyemburkannya. 

Amat sesuai untuk momen glamor anda, ia juga boleh digunakan saat bercuti atau ke majlis malam hari. Wangian ini turut tersedia dalam bekas Purse Spray 10ml supaya anda kekal harum, ke mana sahaja, bila-bila masa. 

Vanila Madagaskar

Anggur HItam

Kesturi 

Far Away Glamour merupakan edisi baru dari jenama haruman Avon #1 dunia, Far Away. Sempena pelancaran baru ini, Avon turut memperkenalkan wajah baru buat koleksi ini - Far Away Classic, Far Away Gold dan Far Away Infinity. 


Hiduplah penuh glamor. 

Far Away Glamour Eau de Parfum Spray 50ml dan Far Away Glamour Purse Spray 10ml bakal dipasarkan mulai 1 September 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau menerusi atas talian di shop.avon.my. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-18-AVON (2866). 

Mari LIKE dan FOLLOW di media sosial berikut : 

Online Shopping:
www.shop.avon.my

Facebook: 

Instagram: 

Sunday, March 10, 2019

TODAY. TOMORROW. ALWAYS - Trilogi cinta seiring masa

Hi Korang,

Tiada perasaan yang seagung rasa cinta – untuk mencintai diri sendiri, mencintai insan lain dan menerima cinta. Rangkaian haruman romantik popular Avon, Today. Tomorrow. Always (TTA) melambangkan cinta abadi, kepercayaan dan komitmen dalam kisah cinta antara dua jiwa. 


Trilogi TTA merupakan karya pemenang anugerah Master Perfumer, Olivier Cresp. Setiap haruman TTA berkongsi satu nota tengah yang sama, iaitu bunga Neroli elegan. Terkenal di rantau Mediterranean sebagai simbol kesegaran, keluhuran dan kesucian, jambangan Neroli indah ini diolah bersama ramuan berkualiti tinggi dari Grasse, Perancis untuk meraikan setiap episod cinta TTA yang berkekalan. 

HARI INI, TEMUI CINTA 


Today. Tomorrow. Always – Today Eau de Parfum 50ml 

Butterfly Blossom, Neroli, Cendana India 


TTA Today melambangkan harapan dalam mencari cinta abadi dengan gabungan mewah dari bunga Neroli dan Butterfly Blossom, diulit aroma berkrim dari Cendana India. 

USAH MENUNGGU HARI ESOK UNTUK MENIKMATI CINTA 


Today. Tomorrow. Always – Tomorrow Eau de Parfum 50ml 

Patchouli, Neroli, Ambar 

TTA Tomorrow menghidupkan keasyikan saat bercinta dengan nota Patchouli yang meningkatkan intensiti aroma Neroli. Adunan Ambar hangat menambahkan rasa sensual pada haruman ini. 

CINTA KEKAL SELAMANYA 


Today. Tomorrow. Always – Always Eau de Parfum 50ml 

Mawar, Neroli, Aprikot 

TTA Always menampilkan gubahan berseri flora Mawar dan Neroli, dihiasi Aprikot segar yang memberi kehangatan dan keselesaan yang dirasai dalam hubungan cinta yang lama tersemai, serta menyelubungi si pemakai dengan kegembiraan dan kebahagiaan abadi. 

Rangkaian Today. Tomorrow. Always Eau de Parfum 50ml akan berada di pasaran bermula Februari 2019. Dapatkannya dari mana-mana Wakil Avon, Butik Kecantikan AVON atau shop.avon.my. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866).








Kaki Bebel,

LILY