Showing posts with label Astro Tutor TV. Show all posts
Showing posts with label Astro Tutor TV. Show all posts

Saturday, September 20, 2014

Astro TUTOR TV SPM Bantu Pelajar Hadapi Peperiksaan Dengan Aplikasi Mudah Alih

Hi Korang,

Berita baik buat bakal calon peperiksaan SPM kerana Tutor TV SPM akan melancarkan sebuah aplikasi mudah alih ulang kaji yang bertujuan membantu mereka menyediakan diri bagi menghadapi peperiksaan nanti. Aplikasi Tutor TV SPM ini boleh dimuat turun untuk semua peranti iOS dan juga Android secara percuma.


Aplikasi Tutor TV SPM adalah sebuah aplikasi ulang kaji yang dilengkapi penilaian, rangkaian kuiz, nota rujukan bertopik, peta minda dan juga video tutorial yang pastinya memudahkan para pelajar untuk mengulang kaji pelajaran pada bila-bila masa dan di mana jua. Aplikasi ini akan memuatkan variasi kandungan pembelajaran berdasarkan sukatan pengajian yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk subjek-subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. Aplikasi ini direka khas untuk memudahkan pelajar mengakses kepada bahan rujukan, memupuk minat mengulang kaji dan membolehkan pelajar merancang pelan ulang kaji sendiri. 


Berikutan dengan arus kemodenan dunia, kita dapati lebih ramai remaja dan belia yang memiliki telefon pintar peribadi. Atas fakta berikut, kami berasa terpanggil untuk mencetuskan idea bagi membantu para pelajar dengan satu alat bantuan pendidikan yang lengkap, padat, menarik dan mesra pelajar. Kami cuba menekankan kaedah interaktif dan juga visual menarik dalam penyampaian informasi serius supaya lebih mudah difahami dan dapat diingati oleh para pengguna.



Selepas menjawab Penilaian di aplikasi Tutor TV SPM, satu senarai topik-topik cadangan untuk diulang kaji akan diberi berdasarkan keputusan Penilaian mereka. Mereka boleh ulang kaji menggunakan pelbagai rangkaian nota rujukan yang terkini dan jelas di mana para pengguna boleh menanda (highlight) ayat-ayat penting di dalam nota tersebut di samping menambah nota sendiri yang juga boleh disimpan untuk rujukan seterusnya. Selain itu, aplikasi ini turut menyediakan tip-tip berguna untuk menjawab soalan dan juga topik-topik yang perlu diberikan penekanan. 


Setelah rujukan dan ulang kaji dilakukan, para pengguna boleh menguji tahap pengetahuan mereka melalui variasi kuiz yang disediakan sebagai latihan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar. Penerangan juga akan diberikan untuk setiap jawapan yang salah. Aplikasi ini turut mengetengahkan ciri interaktif istimewa dengan memuatkan video-video tutorial yang dipetik daripada siaran di saluran Astro Tutor TV SPM yang pasti dapat meningkatkan tahap pemahaman para pengguna. Dengan lebih 800 kuiz topikal beserta pelbagai nota rujukan dan tip berguna, semuanya boleh didapati dengan capaian mudah di dalam satu perisian aplikasi.

Bersempena dengan pelancaran aplikasi ini, Astro Tutor TV SPM akan menganjurkan pertandingan dengan menggunakan aplikasi Tutor TV SPM. Pertandingan yang akan bermula daripada 27 September hingga 17 Oktober ini memerlukan seberapa ramai para pelajar Tingkatan Lima di seluruh Malaysia untuk mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi ini dan menjawab Penilaian yang disediakan sebanyak mungkin. Mata akan diberikan bagi setiap jawapan yang betul dan sesi untuk menjawab Penilaian tersebut adalah tidak terbatas. Setiap mata yang diperolehi akan digabungkan dan pengguna yang mengumpul mata terbanyak untuk setiap subjek akan memenangi sebuah iPad Mini.


Oleh itu, muat turun aplikasi Tutor TV SPM secara percuma di Google Play dan App Store untuk menikmati satu pengalaman pembelajaran yang luar biasa. 


Untuk maklumat lanjut mengenai Astro Tutor TV SPM Mobile App, sila layari www.tutortv.com.my

Saturday, August 9, 2014

Aplikasi UPSR iBUDDY Mantapkan Ulangkaji Melalui Pembelajaran Seiringan Dengan TV

Hi Korang,

Entry ilmiah sket ye..

Ada berita baik mengenai adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Tak kira lah tahun depan ke tahun lagi satu ke, belajar suka-suka ni kan.

Astro sangat komited dalam menambah baik setiap kandungan yang disiarkan dan bagi menambah keberkesanan kandungan ilmiah yang disampaikan, Astro Tutor TV UPSR bakal melancarkan sebuah aplikasi pengiring pendidikan iaitu UPSR iBuddy. 


Aplikasi ini direka khas untuk digunakan semasa menonton program TV bersiri UPSR Sains Bersama iBuddy yang akan disiarkan pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula dari 9 Ogos 2014 (Sabtu) pada jam 10.30 pagi, 6.00 petang dan 10.30 malam secara eksklusif hanya di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601). UPSR iBuddy boleh dimuat turun secara percuma untuk semua peranti iOS dan Android di App Store dan Play Store. Para pengguna juga boleh melayari laman web ibuddy.my melalui komputer, telefon bimbit dan tablet dengan menggunakan pelayar Internet seperti Internet Explorer, Google Chrome, Firefox ataupun Safari.

Aplikasi ini menerapkan konsep pembelajaran seiringan dengan TV yang menceriakan. Aplikasi ini memuatkan kaedah pembelajaran interaktif dengan pelbagai nota ringkas beserta visual grafik yang menarik. Para pengguna juga boleh menguji tahap pemahaman mereka dengan menjawab rangkaian soalan Pop Kuiz dan Kuiz Tambahan yang disediakan. Papan Markah turut dimuatkan untuk pengguna menganalisis jumlah mata terkumpul dan kedudukan terkini berbanding para pengguna yang lain.

Bersempena dengan pelancaran siri dan aplikasi ini, Astro Tutor TV UPSR juga akan menganjurkan peraduan dengan menggunakan aplikasi UPSR iBuddy. Peraduan yang akan bermula dari 9 Ogos hingga 7 September ini memerlukan para penonton mengambil bahagian dengan memuat turun aplikasi ini ataupun daftarkan diri dengan melayari ibuddy.my dan seiringkan dengan siri UPSR Sains Bersama iBuddy di Astro Tutor TV UPSR dan jawab soalan kuiz yang disediadakan untuk setiap episod. Setiap minggu, seorang pengguna UPSR iBuddy yang mengumpul markah tertinggi akan memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad Mini manakala pemenang tempat kedua hingga kelima akan membawa pulang pelbagai hadiah cenderahati eksklusif dari Astro Tutor TV.

Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata, “Astro Tutor TV sentiasa berusaha dalam menyediakan platform pendidikan yang berkesan buat para penonton dan kami bergerak selari bersama kemajuan teknologi dengan pelancaran UPSR iBuddy. UPSR iBuddy merupakan satu cetusan kaedah baru pembelajaran di mana di samping para penonton dapat mendengar dan melihat kandungan di televisyen, mereka juga berpeluang untuk turut menyertai sesi pembelajaran tersebut dengan pelbagai ciri interaktif menarik yang disediakan di dalam aplikasi ini.

Oleh itu, mantapkan persiapan untuk menghadapi UPSR dengan menonton siri UPSR Sains Bersama iBuddy pada setiap hari Khamis hingga Ahad bermula dari 9 Ogos 2014 (Sabtu) pada jam 10.30 pagi, 6.00 petang dan 10.30 malam secara eksklusif hanya di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601) seiring dengan pembelajaran interaktif melalui aplikasi UPSR iBuddy.

Sunday, March 23, 2014

ASTRO TUTOR TV SPM Rai Pelajar Cemerlang SPM 2013



Hi Korang,

Kan baru-baru keputusan SPM 2013 dah pun keluarkan. Ramailah anak-anak sedara aku yang berjaya, berderet A aku tengok dalam results diorang. Nampaknya generasi Y ni makin hebat walaupun masih muda lagi.

Ni aku kongsikan sket citer mengenai aktiviti Astro Tutor TV yang meraikan anak-anak yang cemerlang ni ek


Bersempena dengan hari pengumuman keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 yang berlangsung pada hari ini, Astro Tutor TV SPM mengambil kesempatan untuk turut bersama meraikan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut di sekolah-sekolah terpilih di sekitar ibu kota.


Pihak penerbitan Astro Tutor TV SPM telah berada di beberapa buah sekolah ini bagi menemu ramah para pelajar, guru dan ibu bapa akan keberkesanan menggunakan Astro Tutor TV SPM saluran 603 sebagai medium bagi mengulang kaji dan seterusnya menghadapi peperiksaan SPM. 

Sekolah-sekolah yang terbabit dalam menjayakan kempen ini adalah SMK Taman Seraya, Ampang, SMK Sri Serdang, Sri Kembangan dan juga SMK Kota Kemuning, Shah Alam. Selain itu, penyampai radio Hitz.fm, Ean dan Jinnyboy turut membuat penampilan istimewa mereka di SMK Kota Kemuning untuk memeriahkan suasana bagi meredakan debaran yang dirasai di samping memberikan sokongan serta meraikan para pelajar di sekolah tersebut.


“Kami di Astro Tutor TV sentiasa komited dalam menyampaikan kandungan ilmiah terbaik berdasarkan sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi pelengkap bagi pembelajaran di bilik darjah dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh meliputi saluran-saluran ulangkaji bagi sekolah rendah dan menengah. Ini merangkumi lima saluran televisyen yang dilengkapi dengan butang merah interaktif, pembelajaran atas talian, penganjuran variasi aktiviti sama ada di sekolah atau kawasan awam, produk-produk penerbitan dan media sosial”, kata Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro. 

Katanya lagi, Kempen Keputusan SPM 2013 ini adalah bagi para pelajar untuk meraikan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM setelah memerah keringat dan masa untuk mengulang kaji demi mendapatkan keputusan yang terbaik.


Astro Tutor TV SPM ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelajar, ibu bapa dan guru yang telah memilih saluran ini untuk menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran pelajar. Rasai pengalaman pembelajaran interaktif terhebat yang berkesan, menghiburkan dan padat dengan ilmu pengetahuan hanya di Astro Tutor TV.

Tahniah kepada mereka yang berjaya dan selamat menyambung pelajaran ke menara gading. Yang kurang bernasib baik tu janganlah bimbang, banyak lagi peluang lain yang korang boleh explore untuk memajukan diri sendiri..