Showing posts with label Astro On The Go. Show all posts
Showing posts with label Astro On The Go. Show all posts

Sunday, October 16, 2016

Astro 20th Anniversary - Astro Fiesta & Program OD Fiesta Percuma Sehingga 31 Disember 2016

Hi Korang,

Seriously tak sangka dah 20 tahun Astro ni ek, pejam celik pejam je ek... 


Bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 Astro, pelanggan Astro mendapat akses percuma kepada saluran Astro Fiesta (CH 996/ HD CH 998) manakala pelanggan dengan kotak sambungan internet boleh menonton OD Fiesta secara percuma bermula hari ini sehingga hujung tahun. Semua rakyat Malaysia juga boleh menonton Astro Awani, Astro Arena, Go Shop 1, Go Shop 2 dan Saluran eGG selain beberapa kandungan On Demand terpilih secara percuma, pada bila-bila masa, di mana juga mereka berada hanya dengan memuat turun aplikasi Astro on the Go (AOTG).


Dato’ Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro berkata, “Tahun 2016 menandakan tahun ke-20 kita dalam perniagaan, di mana kita dengan sukacitanya bergelar pilihan utama rakyat Malaysia dalam hiburan, sukan, berita dan pendidikan di seluruh negara. Dengan melangkah ke dekad ketiga ini, kita akui bahawa daya saing untuk memenangi masa dan wang pengguna akan dilihat lebih sengit, terutamanya dengan kehadiran aspek digital dalam industri media yang serba berubah serta mempengaruhi corak tindakan pengguna, pilihan pengguna, model perniagaan tradisional dan landskap daya saing yang lebih tinggi. Walaupun berdepan pelbagai rintangan dan cabaran, kami akan terus utuh dalam menjanjikan peluang yang lebih besar.

Kunci kepada kejayaan ini adalah disebabkan keupayaan Astro mengenali pelanggannya dengan lebih baik, mengenal pasti kekuatan kami, peka dengan jurang dan menggunakan sumber yang kami ada untuk berhadapan dengan cabaran yang mendatang. Di Malaysia, kami kekal fokus untuk terus meluaskan capaian pelanggan kami dari segi isi rumah, individu, perniagaan atau pengiklanan. Menerusi pendekatan dua hala; model bayar dan perniagaan percuma kami, kami yakin Astro mampu mencapai 90% capaian pelanggan ataupun sekitar 7 juta isi rumah dalam tempoh 5 tahun. 

Pelanggan akan terus menjadi keutamaan kami, dan mereka sentiasa dijadikan aspirasi untuk kami terus mencabar diri dalam memperkenalkan kandungan baharu, produk, perkhidmatan yang hebat seterusnya membenarkan mereka menikmati pengalaman yang begitu bernilai tinggi. Untuk menjadi peneraju pasaran yang hebat, kami perlu terus berevolusi dan berkembang sebagai satu organisasi. Dengan lanskap media dan pengguna yang kini dilihat berubah dengan pantas, kami perlu menggabungkan keupayaan kreatif kami dengan peredaran teknologi dan kebolehan kami untuk melaksanakannya dengan kebijaksanaan dan disuntik dengan semangat keusahawanan yang jitu. Kami berjanji untuk terus komited kepada setiap pelanggan dengan memperkukuhkan perkhidmatan yang ditawarkan agar Astro terus kekal menjadi pilihan jenama yang bernilai”.


Ulangtahun ke-20 Astro telah dihadiri pelakon tampan Korea; Kim Rae-Won, hos National Geographic; Harry Yuan, selebriti terkenal Malaysia; Zizan, Johan, Nabil, Datuk Aznil Nawawi, Harith Iskander, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Hafiz, Adira, Nicole, Geraldine, Adam C, Adi, Radin, Jentzen Lim, Jay, Yaashini; watak kesayangan seperti Mickey Mouse, The Minions, Homer Simpson, Power Puff Girls, Spongebob Squarepants & Patrick Star, OO-Kun dan banyak lagi. 

Astro Fiesta dan OD Fiesta Percuma


Semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran Astro Fiesta (CH 996 / HD CH 998) secara percuma bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2016. Astro Fiesta menampilkan konsert antarabangsa dan tempatan terulung seperti Katy Perry – The Prismatic World, Konsert Mega Gegar Vaganza, Mayday Nowhere Concert, International Superstar 2015, I AM – SMTOWN Live World Tour di Madison Square Garden; Queen – A Night at the Odeon; MTV World Stage dan banyak lagi.

Pelanggan dengan kotak sambungan talian boleh menikmati OD Fiesta, saluran khas yang menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia e.g. The Walking Dead, Outcast; rancangan bersiri Korea, Love in the Moonlight, Doctors, Jealousy, Incarnate; siri TV Kantonis dan Hokkien, The Hiddens, Brother’s Keeper and My Sister; rancangan Tamil terbaik Seethaiyin Raman; rancangan kegemaran tempatan, Akademi Fantasia, Lara Oh Lara dan Superstar 2016 – segalanya on demand, secara percuma. Pelanggan hanya perlu sambungkan Personal Video Recorder (PVR) kepada sambungan Wi-Fi di rumah untuk mula menonton OD Fiesta. 


20 Pengalaman Eksklusif ‘Sekali Seumur Hidup’


Semua pelanggan Astro boleh mengambil bahagian untuk memenangi salah satu daripada 20 pengalaman seumur hidup eksklusif seperti berikut: -

● Lawatan ke Ireland Utara untuk merasai pengalaman ‘Game of Thrones’, ataupun kelas membuat kek di Buddy Valastro Cooking School, New Jersey seperti ‘Cake Boss!’

● Lawatan ke acara sukan gemilang seperti perlawanan Barcelona vs Real Madrid di Sepanyol mahupun WWE Wrestlemania 33 di Florida ataupun perlawanan Liga Perdana Inggeris di England.

● Lawatan ke Korea Selatan untuk menghadiri ‘2016 MBC Entertainment and Drama Awards’, ‘2016 KBS Awards’ atau ‘2016 SBS Awards’.

● Lawatan ke Hong Kong untuk menghadiri ‘TVB Gala 2016 Show’ atau ‘Movie Studio Gala Dinner Celestial’.

● Lawatan ke Chennai, syurga kepada hiburan berbahasa Tamil untuk melawat studio AVM yang popular dan juga menjadi sebahagian daripada penonton rancangan terbaik seperti Sun TV dan Vijay TV.

● Sehari bersama selebriti terkenal, Zizan atau Johan serta berpeluang membuat penampilan istimewa dalam rancangan mereka..

Sila rujuk lampiran atau www.astro.com.my/celebrating-you untuk senarai penuh hadiah-hadiah eksklusif.

Akses percuma untuk sekeluarga (4 orang) ke ‘Karnival Astro Fest’

Pelanggan Astro boleh bersuka ria di ‘Karnival Astro Fest’ yang bakal diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad, 20 November 2016. Astro Fest menawarkan hari gembira penuh aktiviti menarik daripada Fox, Discovery, Food Network, Disney dan Astro Ceria, konsert LIVE, kehadiran selebriti terkenal serta peluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik.

Sila layari www.astro.com.my/celebrating-you untuk maklumat lanjut dan cara untuk mendapatkan empat tiket untuk satu akaun Astro bagi menghadiri karnival Astro Fest ini.


Wednesday, June 15, 2016

Stadium Astro: Aplikasi Untuk UEFA EURO 2016 Untuk Si Kaki Bola

Hi Korang,


Musim bola UEFA EURO 2016 datang lagi.. yeahhh


Seronok kan tengok bola lepas sahur? Dah tentu-tentu tak de rasa ngantuk sebab baru je lepas makan so bertambah la excited memasing ni nanti ek.


Last week aku ke majlis sidang media Astro untuk UEFA EURO 2016 ni ek di Tavern Petaling Jaya.

Jom aku share sket info mengenai sidang media tersebut.

Selaku Penyiar Rasmi UEFA EURO 2016, Astro akan membawakan liputan yang lengkap dan komprehensif untuk acara sukan terbesar dunia, Kejohanan Bola Sepak Eropah bagi kesemua 51 perlawanan SECARA LANGSUNG, melangkaui skrin TV anda iaitu menerusi aplikasi Astro on the Go dan aplikasi terkini Stadium Astro yang membolehkan para peminat sukan terlibat secara digital dengan kejohanan yang berlangsung. 


Wah ini sudah bagus ni kan, jadi korang boleh tengok semua perlawanan yang korang suka di mana juga korang berada. Even dalam toilet pun boleh tengok asalkan ada internet coverage dan download app Astro on the Go dan Stadium Astro untuk tengok kedudukan team favourite korang ek. 

Bagi peminat setia bola sepak yang ingin menyaksikan kesemua perlawanan UEFA EURO 2016 di Astro atau aplikasi Astro on the Go pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, mereka boleh berbuat demikian menerusi pembelian ‘Pas Sukan’ (Sports Pass). 


Korang tak perlu jadi pelanggan Astro untuk menikmati tawaran ini, tapi hanya perlu melanggan ‘Pas Sukan’ dengan harga RM104.95 menerusi aplikasi Astro on the Go. Bagi mereka yang ingin menonton perlawanan terpilih, mereka boleh berbuat demikian dengan melanggan pada harga RM6* untuk setiap perlawanan. Bagi peminat yang lain pula, mereka boleh menonton 12 perlawanan secara langsung dengan PERCUMA di Astro Arena menerusi aplikasi Astro on the Go. 

Semua langganan boleh dibuat melalui android Astro on the Go atau layari www.astroonthego.com 

Nampak? 

Mudah je kan

Pada masa yang sama juga, aplikasi Stadium Astro yang kini tampil dengan wajah baru merupakan destinasi yang paling hebat dan komprehensif untuk peminat UEFA EURO 2016. 


Didatangkan menerusi aplikasi di telefon bimbit dan laman web, peminat boleh dapatkan berita-berita terkini, jadual dan keputusan perlawanan beserta statistik lengkap, dan profil kumpulan dan pemain pada bila-bila masa sajaha. 

Istimewa untuk pemegang ‘Pas Sukan’ yang melanggan aplikasi Stadium Astro di telefon bimbit, mereka akan turut berpeluang menyaksikan sorotan setiap perlawanan dari pelbagai sudut kamera dan analisis perbandingan untuk setiap kumpulan dan pemain. Imbas kembali gol-gol terbaik dari para pemain, peluang-peluang sepakan keemasan dari pelbagai sudut dan banyak lagi sorotan-sorotan menarik akan dibawakan khas untuk peminat yang ada di luar sana. 

Carta kedudukan pasukan

Fungsi terkini yang membolehkan perbandingan dibuat di antara kumpulan dan pemain terlibat memberi peluang kepada peminat untuk membuat analisis statistik kumpulan pilihan masing-masing menerusi sepakan yang dibuat para pemain, ketangkasan dan kekemasan permainan pemain, jarak sepakan dari pelbagai sudut, kad-kad pengadil yang dilayangkan kepada pemain dan banyak lagi. Dengan adanya ciri-ciri menarik yang diperkenalkan di Stadium Astro ini, aplikasi ini dijangka menjadi pilihan utama peminat bola sepak terutamanya kepada mereka yang aktif di Stadium Astro Fantasy League. 

Perbandingan setiap kumpulan

Angle video yang korang wish nak tengok kan, banyak tuh. Boleh ke kiri ke kanan bagai, dah macam main PS4 plak

Jadual Senarai pemain di antara kedua kumpulan setiap kali perlawanan

Hah amik ko, penat nak terangkan menda-menda teknikal ni ek, nasib baik ada bantuan gambar so senang sket korang nak paham.


Oh ya lupa nak bagitau yang UEFA EURO 2016 bakal membuka tirainya pada 11 Jun 2016 ini dengan perlawanan pembukaan di antara tuan rumah Perancis bertemu dengan Romania di Stade de France pada jam 3.00 pagi waktu Malaysia. 

Jangan lepaskan peluang menontonnya secara langsung menerusi Astro dan Astro on the Go, dan dapatkan berita-berita terkini kumpulan pilihan korang, analisis dan sorotan perlawanan dari pelbagai sudut kamera menerusi aplikasi Stadium Astro. 


Jadi apa tunggu lagi meh cepat dapatkan Astro on the Go dan download Stadium Astro app di smartphone korang ek. 

Aku yang tak berapa minat bola ni pun terus jadi excited pasal ni tau. 




Saturday, March 15, 2014

ASTRO ARENA dan UTUSAN MALAYSIA Teruskan Kerjasama BAgi Memartabatkan Arena Bola Sepak Tanah Air


Hi Korang,

Sementara nak tau berita terkini pasal #MH370, meh kita layan sket cerita pasal arena bola sepak tanahair kita kan

Kuala Lumpur, 11 Mac 2014 – Astro Arena dan Utusan Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman pada hari ini menandakan usaha sama yang berterusan dalam mempromosi, mengukuh serta membangunkan arena bola sepak di Malaysia. Upacara perjanjian ini yang berlangsung di Wisma FAM diwakili oleh Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro bersama dengan Datuk Mohd. Nasir Ali, Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan Melayu (M) Bhd.

Sesi sidang media. Dari kiri: Lee Choong Khay (Ketua Perniagaan Sukan Astro), Yang Hormat, Dato’ Sri Subahan Kamal (Naib Presiden FAM), YBhg, Datuk Mohd Nasir Ali (Pengarah Eksekutif Kumpulan, Utusan Melayu Malaysia Berhad).


Kerjasama yang bermula dari tahun 2013 ini diteruskan lagi untuk tahun 2014 dalam mempromosikan sukan bola sepak Liga Malaysia musim ini.  Pihak Astro Arena dan Utusan Malaysia akan saling menyalurkan perkongsian sumber berita dan liputan menyeluruh di antara kedua-dua pihak dalam menyampaikan liputan yang mendalam mengenai perlawanan-perlawanan bola sepak tempatan.

Selain itu, melalui kolaborasi mantap ini, barisan pakar dan wartawan sukan daripada akhbar Utusan Malaysia akan tampil dalam beberapa program siaran Astro Arena sebagai tetamu dan ahli panel bagi berkongsi sisi pendapat mereka mengenai acara sukan dan perlawanan yang berlangsung. Manakala, barisan personaliti dan pengulas sukan Astro Arena juga akan turut menitip nukilan pendapat mengenai perkembangan sukan bola sepak negara yang dimuatkan di dalam akhbar Utusan Malaysia.

Sesi penyerahan memorandum perjanjian.


Lee Choong Khay, Ketua Perniagaan Sukan Astro berkata Astro Arena selaku saluran sukan 24 jam pertama di rantau ini sentiasa berusaha untuk membawakan rangkaian perlawanan bola sepak liga tempatan terbaik kepada para penonton. Astro Arena juga telah membuktikan industri sukan bola sepak di Malaysia mendapat sokongan yang luar biasa dan berada di kelasnya yang tersendiri apabila hampir setiap perlawanan liga Malaysia yang disiarkan mencatatkan jumlah tontonan yang sangat memberangsangkan.

Bagi pihak Astro, kami berbesar hati kerana dapat menyambung lagi kerjasama padu ini bersama rakan media yang berpengalaman seperti Utusan Malaysia dalam membangunkan arena sukan bola sepak tanah air. Kami akan meningkatkan usaha dalam menyediakan liputan komprehensif dan maklumat terkini mengenai sukan bola sepak melalui saluran Astro Arena dan siaran akhbar Utusan Malaysia. Kami berharap agar kerjasama yang terjalin ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan untuk memajukan sukan negara,” tambah beliau lagi

Sementara itu Pengarah Eksekutif Kumpulan, Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Mohd. Nasir Ali berkata, Jalinan kerjasama kali kedua dengan Astro Arena selaku penyiar rasmi LIGA Malaysia dan FAM yang merupakan pentadbir aktiviti bolasepak di Malaysia merupakan sesuatu yang sangat membanggakan dan besar ertinya kepada kami dalam usaha meningkatkan imej Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia sebagai akhbar berwibawa yang menyiarkan berita sukan yang tepat, terkini dan komprehensif.

Sesungguhnya kami amat menghargai sinergi kerjasama yang melibatkan ketiga-tiga belah pihak ini sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan taraf dan nilai sukan bola sepak tanah air kita”.

Dari kiri: Azman Fahmi Osman (Penolong Naib Presiden, Penjanaan Pendapatan Astro Arena), Lee Choong Khay (Ketua Perniagaan Sukan Astro), Yang Hormat, Dato’ Sri Subahan Kamal (Naib Presiden FAM), YBhg, Datuk Mohd Nasir Ali (Pengarah Eksekutif Kumpulan, Utusan Melayu Malaysia Berhad), Dato Hassan Mohd. Noor (Pengarang Utusan Malaysia) , John Nienabar (Pengurus Besar, Penerbit Eksekutif Astro Arena).


Ternyata Astro Arena sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyokong dan memajukan sukan tanah air. Ini terbukti apabila pelbagai inisiatif turut diambil untuk memenuhi kehendak tontonan para peminat sukan di Malaysia. Antaranya ialah dengan menyiarkan kandungan sukan dalam format definisi tinggi (HD) untuk perlawanan bola sepak tertentu dan meluaskan lagi capaian siaran melalui perkhidmatan Astro On The Go.


Di samping itu, bagi meraikan pelbagai acara sukan perdana pada tahun 2014 ini, Astro Arena akan turut menyiarkan Piala Dunia FIFA 2014 dengan membawakan 30 perlawanan secara langsung dan lima perlawanan tertunda dengan ulasan dalam bahasa Melayu bagi memenuhi kehendak tontonan dari semua peringkat golongan. Astro Arena juga akan menayangkan acara sukan serantau untuk tahun ini seperti Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan Sukan Asia ke-17 di Incheon bagi memastikan para penonton dapat mengikuti perkembangan wira-wira sukan negara yang beraksi di persada antarabangsa.

Wednesday, July 4, 2012

Astro On The Go Party Awesome Sungguh!


Hi Korang,

Citer pasal Astro on the Go Party ni dah lama kot, dah 3 minggu lepas. Now baru ada masa nak menulis kan.

Ok sebelum tu, tau ke Apa Itu Astro-on-the-go?

Astro On-The-Go is the service that allows you to view and enjoy your favourite programmes via smartphone, tablet and computer (Wi-Fi connection recommended). Live sports.  Breaking news. Exciting kids' and educational programmes. Your favourite movies and the hottest dramas.


Ok dah faham ek jom layan layan entry Astro on the go sekarang gak tau!


Cam ni citer nya,

Ktorg (aku + Mr Big) dapat invitation ke Astro on the Party ni kat The Pool KL. Ingatkan party biasa je rupanya theme party tau. Ktorg kena pakai outfit yang bertemakan EURO madness. Hah cam tu lah lebih kurang.


So di sebabkan aku tak prepare apa2 costume dan before that ada event lain kat Scott Garden, jadi aku sempat pi cari jersey Germany kat Petaling Street kan. Alah sambil lalu tu singgah kejap, beli dan terus sarung je.


Ktorg sampai just nice on time gitu dan terus masuk untuk registration but before that sempat jugak bergambar kat tv besar kat lobby The Pool ni.





Sementara nak tunggu event start, apa lagi bercamwhore sakan lah. Snap sana sini, semua angle nak di ambilnya dah nama pun blogger kan camera + bergambar mana boleh dipisahkan.


MC for event ni Adam from Astro Supersport. Comey kan dia. Kelakar plak tuh. Biasalah dah nama pun pengacara majlis so kenalah membebel2 sket untuk ceriakan suasana pada malam tuh.






Kemudian ktorg bloggers ni di berikan briefing mengenai apa itu Astro on the go, how to download it, monthly charges macam mana kan. Ok gak penerangan yang di berikan. Mudah dan senang nak paham.

Kemudian its makan time. Perut plak memang tengah lapar time tu, kena beratur jugak tak kan nak serbu direct kan. Bila dapat makan, alamak bukan main leganya perasaan.


So sambil ktorg duk borak-borak makan, ada plak session ‘ASTRO TRIVIA’ ni. Alah biasalah jawab soalan2 yang simple mengenai Astro on the go.  Aku pun apa lagi, cuba gak lah. Nasib baik ko, betul plak soalan yang aku jawab so dapatlah Jusco voucher.



Lepas tu ada plak Astro on the go flash mob. Aku dah nampak ramai orang dah mula standby untuk perform kan.  La ingat diorg berjoget2 bagai, rupanya flash mob thru iPAD je. Ini first time aku tengok ni, sebelum ni tak pernah lagi. Walaupun ada 1-2 yang lambat sket appear kat screen but bila tengok dari jauh memang nampak cantik lah.




Yeah, ada games untuk malam tuh. Ktorg bloggers di bahagikan into 6 team (5 orang) mengikut nama Negara yang join EURO 2012. Aku team Denmark sama dengan RedMummy. Ktorg kena settle kan 3 task dan 1 task bonus. Kena main bola, timbang bola, cari bendera, posing dan memacam lah. Alah team aku tak menang pun, tak sedih pun kan.


                                                 credit to : http://simonseow.blogspot.com


Acara yang di tunggu malam tuh, BEST DRESSED kan. So 4 finalist kena bercatwalk sebaik mungkin untuk meraikan undi kan. Memacam style ada, tergelak ktorg tengok kan.


Dan winner untuk BEST DRESS ialah REDMUMMY. Memang aku rasa K Red leh menang lah, persaingan sengit sungguh. Nasib baik judges yang pilih kan, kalau undi sorak memang aku tak tau nak undi siapakan.


Alah aku tak menang pun tak per coz goodies bag yang pihak Astro sediakan pun dah menawan kalbu tau. Payung orange yang comel dah mobile speaker yang awesome lah.

Ok, meh aku citer sket lagi mengenai How To Subscribe Astro-on-the-go ni

Alah senang je, ikut je instruction kat bawah ni ek


Nak download kat smartphone and iPAD korang, klik sini:-

Download for Android 
Coming real soon
Ni plak di antara item yang Astro On The Go tawarkan

11 channels

Catch Up TV

Live Sports

Pay per view


So camne, mudah kan. Itulah aku pun rasa cam nak subscribe je Astro on the Go ni. Sesuai bagi aku yang kaki tengok tv sepanjang masa so tak de lah aku miss semua rancangan kat channel Astro tuh.




So anyway terima kasih bebanyak kat Astro dan Nuffnang coz sudi menjemput aku kan. Hopefully kalau ada event lagi, memintaklah dapat jemputan ye.



Sunday, June 24, 2012

We Love Germany! yeah!

Hi Korang,

Tengok lah dua peminat tegar EURO 2012 ni

Redmummy dah tukar jadi Greenmummy kahkahkahak


Dek terlalu minat sampai sanggup cat-cat muka tau, semuanya demi untuk Germany.

Ini baru sket, ada banyak lagi aksi-aksi menarik sesama Astro On The Go event malam tadi di The Pool, KL. 

Ok esok baru update ye