Showing posts with label Astro Bella. Show all posts
Showing posts with label Astro Bella. Show all posts

Saturday, September 24, 2016

‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’

Hi Korang,

Seronok bila ke media launch Astro Bella Jom Kurus selasa lepas, bukan apa ramai benau orang nak kurus ek. Semangat diaorang ni kemain kuat tau, sampai masa nak perkenalkan diri pun siap berlari-lari bagai.


Setelah berjaya merubah kehidupan 12 orang wanita pada tahun lalu, program realiti pengurusan berat badan, ‘Astro Bella Jom Kurus’ kembali lagi dengan cabaran yang pastinya lebih hebat! Tahun ini, tempoh latihan dan program digandakan kepada 60 hari agar para peserta dapat menimba lebih ilmu di samping mengalami transformasi diri dengan lebih berkesan lagi. ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ dijangka menemui penonton pada setiap Jumaat mulai 7 Oktober 2016 jam 9malam, hanya di saluran 133 (Astro Bella) dan tayangan serentak dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD, saluran 134. Tahun lalu, peserta dari Johor, Yana, telah muncul sebagai juara musim pertama rancangan ini apabila beliau berjaya mengurangkan 12 kg dalam tempoh 30 hari. Tentunya, edisi kali ini menjanjikan perubahan yang lebih drastik dengan tempoh transformasi berganda yang pastinya membuatkan penonton di rumah teruja!



‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ merupakan sebuah program realiti 8-episod yang mengetengahkan gaya hidup sihat dan bakal menyaksikan para peserta menyahut cabaran untuk mengurangkan berat badan dalam masa 60 hari dan bermatlamat untuk mendidik serta memberi motivasi kepada para peserta akan kepentingan menjaga kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Objektif utama Astro Bella Jom Kurus Cabaran 30 Hari adalah untuk mendidik dan memberi motivasi kepada para peserta akan kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. Ia turut menyahut seruan Fit Malaysia, sebuah kempen yang diperkenalkan Kementerian Belia dan Sukan pada tahun lalu yang diterajui oleh Menterinya, YB Khairy Jamaluddin. Fit Malaysia bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. 

Kevin Zahri yang dikenali sebagai ‘Cikgu Fitness Malaysia sekali lagi kembali memegang tanggungjawab sebagai pengacara untuk program ini dan beliau bakal digandingkan bersama dengan pengacara wanita popular, Jihan Muse yang akan menggalas peranan sebagai pengacara bersama. Tiga orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan kecergasan seperti pemakanan, latihan fizikal dan senaman akan turut membantu Kevin dalam Astro Bella Jom Kurus. Mereka ini adalah Nana Al Haleq, seorang model kecergasan bebas dan pakar penurunan lemak badan, perunding pemakanan dan nutrisi, Coach Shahril, seorang pakar pengurusan berat badan dan perunding motivasi dan Coach Faiz, seorang jurulatih kecergasan dan pakar pengurusan berat badan.

Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari baru-baru ini telah membuka penyertaan kepada golongan wanita yang berminat untuk menyertainya menerusi pendaftaran secara atas talian di Instagram Astro Gempak dari 1 Ogos hingga 21 Ogos 2016. Mereka ini perlu menepati kriteria utama yang ditetapkan seperti berumur di antara 18 - 45 tahun dan mempunyai bacaan BMI melebihi 25. Seterusnya, mereka diperlukan untuk memuat naik video berdurasi 1 minit ketika sedang menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan. 

Sambutan yang diberikan amatlah menggalakkan dan seramai 25 orang peserta yang menepati syarat-syarat penyertaan telah disenarai pendek untuk melalui sesi Boot Camp bersama barisan jurulatih yang telah diadakan pada 4 September 2016 lalu di Astro, Bukit Jalil. Peserta diperlukan untuk mengharungi cabaran-cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka di sepanjang berlangsungnya sesi Boot Camp tersebut. Dari sesi itu, seramai 12 orang telah berjaya terpilih untuk menjadi peserta rasmi program realiti Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari. 


Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, ”Kami amat teruja apabila program ABJK musim lalu mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dan para penonton Astro Bella mahukan musim kedua rancangan ini. Bukan saja kami telah mengubah hidup 12 peserta untuk menjalani hidup yang lebih sihat, para penonton Astro Bella juga mendapat inspirasi daripada program ini. Ramai di antara mereka telah pun memulakan langkah mereka ke arah menjalani kehidupan yang lebih sihat sesuai dengan saranan kerajaan agar kita dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik”.


“Di bawah kendalian Kevin Zahri, saya yakin program ini sedikit sebanyak mampu memupuk kesedaran seterusnya menyumbang ke arah pengurangan kadar statistik obesiti di Malaysia. Sehingga hari ini, statistik menunjukkan penduduk Malaysia khususnya golongan wanita mengalami masalah kegemukan dan separuh dari jumlah itu menghidap obesiti. Kami di Astro Bella begitu prihatin dengan senario ini dan akan terus berusaha melaksanakan inisiatif-inisiatif yang relevan untuk membantu mengurangkan kadar statistik ini. Saya percaya, musim kedua ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ ini secara tidak langsung membantu merealisasikan konsep gaya hidup sihat di kalangan masyarakat terutamanya golongan wanita”. 

Program ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ ini akan menyaksikan para peserta terlibat dengan pelbagai aktiviti kecergasan yang bakal menguji ketahanan fizikal dan kekuatan mental mereka menerusi Cabaran Luar (Outdoor Challenge) seperti mendaki bukit, merentas halangan, acara larian, pengembaraan , aktiviti berbasikal dan banyak lagi. Pengisian utama lain yang akan diserapkan dalam program ini adalah seperti sesi perkongsian tips-tips penjagaan kesihatan diri dan gaya hidup sihat, tips pemakanan sihat dan seimbang, serta sesi motivasi untuk memberi inspirasi dan kata-kata semangat kepada para peserta. 

Kami di Astro Bella begitu prihatin akan senario ini dan akan berusaha melaksanakan inisiatif-inisiatif yang relevan untuk membantu mengurangkan kadar statistik ini. Ini membuktikan bahawa ramai di kalangan wanita yang ada di luar sana mengakui bahawa amalan gaya hidup sihat bukan sekadar tuntutan lifestyle kita pada hari ini, tetapi lebih kepada usaha menghindari penyakit-penyakit kronik seperti hipertensi, darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi. Sebagai seorang wanita, aspek penampilan diri memainkan peranan penting kerana ia membantu membina keyakinan diri dalam diri masing-masing. Besar harapan kami agar program ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari’ ini bakal memberi inspirasi kepada semua khususnya di kalangan golongan wanita yang selama ini bertarung dengan masalah berat badan”, jelas Natasha Hashim lagi. 

Pelbagai cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental mereka bakal menanti para peserta ‘Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 hari’. Apa yang pasti, cabaran yang lebih mencabar bakal disajikan buat para peserta tahun ini! ABJK Cabaran 60 Hari turut mendapat sokongan Felda Wellness Corporation (FWC) selaku penaja sesi timbang berat badan dan kandungan lemak, produk Neutrex dan hadiah Pakej Intelligene untuk tiga peserta terakhir ABJK2. Selain itu, Anytime Fitness Menara Hap Seng 2 selaku penaja lokasi ABJK 2 serta Prince Court Medical Centre selaku panel perubatan rasmi ABJK2. Garmin juga turut menaja jam tangan kecergasan buat para peserta selain menaja hadiah sampingan untuk juara dan peserta pilihan.

Juara ABJK akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa RM 30,000.00, sebuah trofi beserta hadiah-hadiah menarik yang lain. Wang tunai RM 5,000.00 pula bakal menanti pemenang Anugerah Pilihan Penonton. Astro Bella Jom Kurus Cabaran 60 Hari bakal bersiaran di saluran Astro Bella (133) dan tayangan serentak di saluran Astro Mustika HD (134) pada setiap hari Jumaat mulai 7 Oktober 2016 ini jam 9.00 malam. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.astrogempak.com.my/astrobella. Teruskan sokongan anda dan dapatkan perkembangan terkini di media sosial dengan #astrobellajomkurus #cabaran60hari




Monday, September 12, 2016

“Taste Selebriti” Terokai Tempat-Tempat Makan Menarik di Seluruh Malaysia

Hi Korang,

Selasa hari tuh sempat ke media launch rancangan terbaru Astro Bella iaitu 'Taste Selebriti' yang bertempat di Restoran Rebung, Jalan Tanglin ni. 


Alah restoran milik Chef Ismail of courselah menu masakan melayu kampung kan, dapat jugak aku jamah sket sebelum press conference bermula. 

Saluran gaya hidup, Astro Bella membawakan sebuah lagi program menarik untuk tontonan penonton di rumah menerusi “Taste Selebriti”. Program berkonsepkan food-travelogue ini menampilkan 13 selebriti popular tahah air yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk berkongsi makanan tradisi, makanan unik serta juadah yang terkenal di negeri mereka. Akan mula bersiaran di Astro Bella, saluran 133 dan Astro Mustika HD, saluran 134 mulai 26 September ini, setiap Isnin, jam 9.00 malam, Taste Selebriti menjanjikan pengembaraan makanan menarik yang pastinya membuatkan penonton teruja terutamanya apabila melihat gelagat para selebriti menikmati juadah-juadah istimewa ini.


Antara selebriti yang akan muncul dalam program 13 episod ini adalah Neelofa (Kelantan), Kamal Adli (Pahang), Ayu Raudhah (Kedah), Izreen Azminda (Perlis), Syatilla Melvin (Pulau Pinang), Zizan Razak (Terengganu), Mawi (Johor), Aril (Melaka), Sari Yanti (Negeri Sembilan), Fattah Amin (Selangor), Marsha Milan Londoh (Sabah), Hafiz Suip (Sarawak) dan Raja Ilya (Perak). Setiap episod akan memaparkan tiga ke empat jenis hidangan menarik di samping tips-tips mengenai tempat-tempat makan hebat di sekitar negeri kelahiran selebriti ini sendiri. Selebriti tersebut akan turut bertindak sebagai hos untuk mengemudi episod yang didedikasikan khas buat mereka ini. 


Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata “Semua sedia maklum, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang seringkali menjadi tarikan pelancong di seluruh dunia. Oleh sebab itu, kami tampil dengan idea menghasilkan “Taste Selebriti” yang mana rancangan ini membawa penonton mengenali dengan lebih dekat lagi makanan-makanan tradisi dan unik yang cukup menarik dari setiap negeri di seluruh Malaysia. Sebagai sebuah saluran gaya hidup (lifestyle) dan bagi memainkan peranan kami selaku peneraju kandungan media tanah air, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk turut memperkenalkan makanan warisan tempatan kepada semua agar kewujudan juadah ini tidak dimamah usia, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”.

Antara juadah dan tempat makan popular yang menjadi pilihan dalam rancangan ini adalah hidangan Pais Tempoyak Ikan Patin di Restoran Mabiq (Episod Pahang), Asam Pedas Tetel di Claypot Nyonya (Episod Melaka), Lontong Power di Klang (Episod Selangor) dan banyak lagi menu yang pastinya membuka selera penonton Taste Selebriti. Konsep satu episod satu selebriti juga merupakan daya tarikan utama untuk program ini. Tambah Natasha lagi, pemilihan selebriti berdasarkan kampung halaman masing-masing juga merupakan kelainan yang cuba ditampilkan oleh Taste Selebriti. 


“Program Taste Selebriti ini secara tidak langsung turut membantu mempromosikan lokasi-lokasi terbaik yang boleh dilawati pengunjung sebagai sebahagian dari aktiviti pelancongan mereka. Tambahan lagi, kolaborasi yang terjalin di antara Astro Bella dan Tourism Malaysia ini turut memudahkan kami untuk merealisasikan program ini. Kami mahu program ini menjadi rujukan kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi elemen informatif yang cuba kami sampaikan. Ramai di antara kita tidak tahu akan kewujudan juadah-juadah unik ini, justeru itu Taste Selebriti boleh diandaikan sebagai satu platform yang boleh diguna pakai untuk mempromosikan sektor pelancongan negara”, ulas Natasha lagi.

Jangan lupa saksikan episod pertama Taste Selebriti di mana pelakon popular, Fattah Amin akan membuka tirai dengan episod yang menampilkan makanan tradisi negeri Selangor mulai 26 September 2016, setiap Isnin, jam 9.00 malam di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD.

Thursday, August 18, 2016

‘B Healthy’ Rancangan 'Lifestyle' Terbaru Di Astro Bella

Hi Korang,

Minggu lepas sempat ke media launch event anjuran Astro iaitu pelancaran rancangan bercorak gaya hidup masakini yang meliputi Topik Kecergasan, Senaman dan Pemakanan Sihat iaitu 'B Healthy'


Seringkali kita mahu memulakan gaya hidup sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Benarkah amat sukar menyediakan makanan sihat secara mudah di rumah? Apakah cara terbaik membakar lemak dan senaman bagaimanakah yang sesuai dilakukan di rumah? 

Segala persoalan ini akan terjawab menerusi program terbaru Astro Bella, ‘B Healthy’ yang akan disiarkan mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. Program kesihatan yang mengupas pelbagai isu berkaitan kecergasan, pemakanan sihat dan senaman ini penuh dengan informasi menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia!


‘B Healthy’ bakal bersiaran sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan menampilkan Amelia Henderson selaku pengacara. Selebriti cantik yang juga pelakon Oh My English! ini akan mengemudi program ini dengan cara tersendiri, dengan celoteh menarik agar setiap topik yang disampaikan dapat difahami dengan mudah dan berkesan oleh penonton di rumah. Antara topik yang akan dibincangkan adalah pembentukan otot dan bentuk badan, perkongsian resipi dan menu yang sihat, transformasi kecantikan dan banyak lagi menjadikan B Healthy sebuah rancangan yang sesuai ditonton seisi keluarga.


Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Kami di Astro Bella sentiasa mahu menampilkan program baru yang segar dan menarik buat tontonan penonton di rumah. Kami sedar yang gaya hidup sihat merupakan satu isu yang kian mendapat tempat di hati penonton khususnya golongan wanita. Sama ada mereka ini lelaki dan wanita, tua atau muda, berkerjaya atau masih belajar, adalah penting bagi mereka mengekalkan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan urusan harian dengan semangat yang positif dan berstamina tinggi. Kami mahu menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seharian semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, umur, jantina, demografik mahupun kerjaya. Ia adalah sebuah program untuk tontonan seisi keluarga”.

“B Healthy merupakan sebuah program kesihatan yang merangkumi setiap aspek yang penting dalam pengekalan gaya hidup sihat. Dari pemakanan secara sihat, rutin senaman mudah dan pelbagai sehinggalah segala perkara yang berkaitan dengan penjagaan diri, semuanya akan dikupas di dalam program B Healthy ini. Misi utama kami adalah menjadikan program B Healthy sebagai one stop center kepada isu-isu berkaitan kesihatan dan penjagaan diri serta gerbang kepada bermulanya gaya hidup sihat!” tambah Natasha. 


Lebih menarik lagi, ‘B Healthy’ membawakan topik dan isu kesihatan berlainan setiap minggu, yang mana setiap episod akan menampilkan pakar kesihatan yang mahir dalam bidang masing- masing untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar kandungan ‘B Healthy’ dapat dimanfaatkan ramai pihak di luar sana. Selain itu, para selebriti popular tanah air seperti Lisa Surihani, Diana Danielle, Deborah Henry, Sazzy Falak, Natasha Hudson, Nana Al Haleq dan ramai lagi turut dijemput memeriahkan ‘B Healthy’ serta menyatakan pandangan dan pendapat mereka yang tersendiri berkenaan topik-topik kesihatan yang dipaparkan. 

Menariknya, setiap selebriti yang akan muncul telah dipilih mengikut tema yang tersendiri agar komentar yang diutarakan mereka sesuai dengan topik pada minggu tersebut. B Healthy akan menampilkan 3 segmen iaitu ‘B Nutritious’; membincangkan tips pemakanan sihat dan resipi menarik dan mudah untuk dicuba; ‘B Fitness’ yang memaparkan pelbagai rutin senaman seperti yoga, cross training dan Zumba serta segmen ‘B Mindfullness’ di mana segmen ketiga ini akan membawa penonton menyelami fakta-fakta menarik serta info berguna berkaitan topik kesihatan yang dibicarakan.

Istimewa buat penonton di rumah, ‘B Healthy’ juga menawarkan hadiah percutian ke Bali, Indonesia menerusi peraduan kuiz mingguan di mana para penonton perlu menonton setiap episod ‘B Healthy’ untuk menjawab soalan. Selain pakej percutian, pelbagai barangan Go Shop dan cenderahati produk kesihatan Purely B juga boleh dimenangi setiap minggu di mana kesemua hadiah ini ditaja oleh Astro Circle. Jangan lupa saksikan ‘B Healthy’, mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. 

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang Kuiz B Healthy


Tempat Pertama Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam Berserta Rawatan Spa Untuk 2 Orang ke Bali, Indonesia Bernilai RM 7000 serta hamper bernilai RM 1000

Tempat Kedua Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Ipoh Banjaran Springs Untuk 2 Orang Bernilai RM 3500 serta hamper bernilai RM 500

Tempat Ketiga Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Avillion, Port Dickson Untuk 2 Orang Bernilai RM 1800 serta hamper bernilai RM 300