Showing posts with label Amelia Henderson. Show all posts
Showing posts with label Amelia Henderson. Show all posts

Thursday, August 18, 2016

‘B Healthy’ Rancangan 'Lifestyle' Terbaru Di Astro Bella

Hi Korang,

Minggu lepas sempat ke media launch event anjuran Astro iaitu pelancaran rancangan bercorak gaya hidup masakini yang meliputi Topik Kecergasan, Senaman dan Pemakanan Sihat iaitu 'B Healthy'


Seringkali kita mahu memulakan gaya hidup sihat tetapi tidak tahu bagaimana caranya? Benarkah amat sukar menyediakan makanan sihat secara mudah di rumah? Apakah cara terbaik membakar lemak dan senaman bagaimanakah yang sesuai dilakukan di rumah? 

Segala persoalan ini akan terjawab menerusi program terbaru Astro Bella, ‘B Healthy’ yang akan disiarkan mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. Program kesihatan yang mengupas pelbagai isu berkaitan kecergasan, pemakanan sihat dan senaman ini penuh dengan informasi menarik yang boleh diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia!


‘B Healthy’ bakal bersiaran sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris dan menampilkan Amelia Henderson selaku pengacara. Selebriti cantik yang juga pelakon Oh My English! ini akan mengemudi program ini dengan cara tersendiri, dengan celoteh menarik agar setiap topik yang disampaikan dapat difahami dengan mudah dan berkesan oleh penonton di rumah. Antara topik yang akan dibincangkan adalah pembentukan otot dan bentuk badan, perkongsian resipi dan menu yang sihat, transformasi kecantikan dan banyak lagi menjadikan B Healthy sebuah rancangan yang sesuai ditonton seisi keluarga.


Pengurus Saluran Astro Bella, Natasha Hashim berkata, “Kami di Astro Bella sentiasa mahu menampilkan program baru yang segar dan menarik buat tontonan penonton di rumah. Kami sedar yang gaya hidup sihat merupakan satu isu yang kian mendapat tempat di hati penonton khususnya golongan wanita. Sama ada mereka ini lelaki dan wanita, tua atau muda, berkerjaya atau masih belajar, adalah penting bagi mereka mengekalkan kesihatan yang baik agar dapat menjalankan urusan harian dengan semangat yang positif dan berstamina tinggi. Kami mahu menjadikan gaya hidup sihat sebagai amalan seharian semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa, umur, jantina, demografik mahupun kerjaya. Ia adalah sebuah program untuk tontonan seisi keluarga”.

“B Healthy merupakan sebuah program kesihatan yang merangkumi setiap aspek yang penting dalam pengekalan gaya hidup sihat. Dari pemakanan secara sihat, rutin senaman mudah dan pelbagai sehinggalah segala perkara yang berkaitan dengan penjagaan diri, semuanya akan dikupas di dalam program B Healthy ini. Misi utama kami adalah menjadikan program B Healthy sebagai one stop center kepada isu-isu berkaitan kesihatan dan penjagaan diri serta gerbang kepada bermulanya gaya hidup sihat!” tambah Natasha. 


Lebih menarik lagi, ‘B Healthy’ membawakan topik dan isu kesihatan berlainan setiap minggu, yang mana setiap episod akan menampilkan pakar kesihatan yang mahir dalam bidang masing- masing untuk berkongsi ilmu dan pengalaman agar kandungan ‘B Healthy’ dapat dimanfaatkan ramai pihak di luar sana. Selain itu, para selebriti popular tanah air seperti Lisa Surihani, Diana Danielle, Deborah Henry, Sazzy Falak, Natasha Hudson, Nana Al Haleq dan ramai lagi turut dijemput memeriahkan ‘B Healthy’ serta menyatakan pandangan dan pendapat mereka yang tersendiri berkenaan topik-topik kesihatan yang dipaparkan. 

Menariknya, setiap selebriti yang akan muncul telah dipilih mengikut tema yang tersendiri agar komentar yang diutarakan mereka sesuai dengan topik pada minggu tersebut. B Healthy akan menampilkan 3 segmen iaitu ‘B Nutritious’; membincangkan tips pemakanan sihat dan resipi menarik dan mudah untuk dicuba; ‘B Fitness’ yang memaparkan pelbagai rutin senaman seperti yoga, cross training dan Zumba serta segmen ‘B Mindfullness’ di mana segmen ketiga ini akan membawa penonton menyelami fakta-fakta menarik serta info berguna berkaitan topik kesihatan yang dibicarakan.

Istimewa buat penonton di rumah, ‘B Healthy’ juga menawarkan hadiah percutian ke Bali, Indonesia menerusi peraduan kuiz mingguan di mana para penonton perlu menonton setiap episod ‘B Healthy’ untuk menjawab soalan. Selain pakej percutian, pelbagai barangan Go Shop dan cenderahati produk kesihatan Purely B juga boleh dimenangi setiap minggu di mana kesemua hadiah ini ditaja oleh Astro Circle. Jangan lupa saksikan ‘B Healthy’, mulai 21 Ogos 2016, setiap Ahad, jam 7.00 petang di saluran 133, Astro Bella dan saluran 134, Astro Mustika HD. 

Hadiah Lumayan Menanti Pemenang Kuiz B Healthy


Tempat Pertama Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam Berserta Rawatan Spa Untuk 2 Orang ke Bali, Indonesia Bernilai RM 7000 serta hamper bernilai RM 1000

Tempat Kedua Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Ipoh Banjaran Springs Untuk 2 Orang Bernilai RM 3500 serta hamper bernilai RM 500

Tempat Ketiga Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Avillion, Port Dickson Untuk 2 Orang Bernilai RM 1800 serta hamper bernilai RM 300