Showing posts with label Alternator Kereta. Show all posts
Showing posts with label Alternator Kereta. Show all posts

Thursday, February 16, 2012

Sayangi Kereta Anda : Alternator Rosak

Hi Korang,

Rasanya lama betul tak citer bab kereta ni. 

Alhamdulillah kereta sihat itu yang jarang pi workshop good fren tu kan. So hari tuh masa nak service biasa kat kedai dia aku encounter ada satu kereta lain punya masalah, which is Alternator dah kong. 


Apa plak Alternator tuh ek?
Alternator adalah electrical energy storage utk kereta. So, bila alternator sudah rosak, maka tiadalah energy storage untuk membolehkan kereta terus bergerak. Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak. Alternator akan berfungsi sambil mengecaskan dirinya untuk enjin terus bergerak.

Tanda Alternator tu ok je dah kiok kan?

1) Radio akan ter'off' dengan sendirinya dan akan blink2 .....
2) Tanda Break dekat dashboard keta akan menyala.
3) Kereta seperti x cukup power.... tersengguk2 bila kte tekan minyak


Cara nak check Alternator tuh, meh baca ni?
Senang je but suruh orang lelaki buat ek, kite orang pompuan mana lah tau hal-hal cam ni kan. Memulalah start enjin kereta dulu, then biarkan running dlm 1-2 minit, pastu cabut kepala bateri dan sebelum cabut kepala bateri, pastikan air-con, lampu, radio semua dah off, kalau enjin masih idup, alternator ok lg kalau tak jawabnya memang dah rosak lah kan.

Solutionnya cam no plak?
Tukar jelah yang baru, abis citor. Bukan apa, kalau korang nak repair balik tu balik but still one day for sure mesti akan rosak balik, nak buat apa buang duit untuk menda2 yang sepatutnya tukar kan.


Harga Alternator Di Pasaran
Lepas aku survey lebih kurang RM400+ ikut jenis kereta. Macam kereta bro tu lebih kurang harga tu gak lah. Kena plak rosak tengah bulan tak ke payah kan, so don't worry yang recon pun ado lebih kurang RM180+ gitulah, still ok daripada korang nak repair2 kan.

Hah, aku dapat info ini punya banyak survey kat google dan website kete, kemudian tanya2 sifu sket kan. 

Korang kalau ada nak tau pasal kereta, leh komen kat sini untuk tanya aku soalan. Insyallah kalau aku pi lepak kat workshop good fren tuh, aku leh tanya kat dia kan.

CLP notes : walaupun tak pandai bab kereta but kena tau jugak sesket kan, takut apa-apa nanti senang.

Info : Google and car forum