Showing posts with label Akademi Sushi Global. Show all posts
Showing posts with label Akademi Sushi Global. Show all posts

Thursday, September 27, 2018

Majlis Makanan Laut Norway (NSC) meraikan prestasi cemerlang dua cef Malaysia di Piala Dunia Sushi 2018 di Jepun

Hi Korang,

Majlis Makanan Laut Norway (NSC) memainkan peranan penting dalam kecemerlangan Cef Sky Tai menjadi juara di Piala Dunia Sushi 2018, beserta dengan Chef Steve Chua Kok Hua yang berjaya memasuki pertandingan akhir piala ini di Tokyo pada Ogos 23 dan 24. 

Kedua peserta mendapat manfaat dari latihan Akademi Sushi Global melalui inisiatif tajaan NSC dan kerjasama dengan Institut Kemahiran Sushi Dunia iaitu badan tunggal sushi di Jepun yang diiktiraf secara rasminya. 

A close-up of more than 35 sushi that won Chef Sky the World Sushi Cup 2018

Latihan ini bertujuan mendidik cef sushi berkenaan seni menghasilkan sushi tradisional dan terutamanya pengendalian makanan laut mentah beramalkan kebersihan. 

Kedua-dua Sky Tai dan Steve Chua dilatih oleh cef terkenal Jepun iaitu Hirotoshi Ogawa yang juga merupakan salah satu pengadil juri di Piala Dunia Sushi 2018 berkata: Kedua-dua Cef Sky Tai dan Cef Steve Chua sungguh cemerlang semasa pertandingan berlangsung. Prestasi Chef Sky sungguh nyata sekali dan jelas menjadi pilihan para pengadil juri, manakala Steve Chua menampilkan tahap kian meningkat di peraduan kelayakan pusingan Malaysia di Akademi Global Sushi. 

A Malaysian theme in his Creative Sushi won the top prize for Chef Sky Tai at the World Cup Sushi 2018

“Saya berbangga melatih mereka berdua dan mempunyai harapan tinggi agar mereka menyebarkan pengetahuan dan pengalaman dalam kemahiran membuat sushi, terutamanya aspek keselamatan makanan.” 

Sky Tai ialah pemenang kategori Tradisional Edomae Sushi dan Kategori Sushi Kreatif, menjadikan beliau sebagai cef dengan keseluruhan skor tertinggi serta menggondol gelaran juara Piala Sushi Dunia Sushi 2018. 

Dari Kiri : Erlend Sannes Hadland, First Secretary of Royal Norwegian Embassy, Jon Erik Steenslid, Chef Sky dan Chef Steve

“Majlis Makan Laut Norway komited meningkatkan kualiti cef sushi dari pelbagai segi termasuk kemahiran atau keselamatan makanan,” Encik Jon Erik Steenslid, Pengarah Serantau (Asia Tenggara) NSC berkata. “Salmon Norway ialah pilihan rakyat Malaysia pertama dan mustahak sekali untuk Majlis Makanan Laut Norway menegakkan kaedah pengendalian makanan mentah dengan cara yang paling bersih.” 

World Sushi Cup 2018 Champion Chef Sky Tai filleting a Norwegian salmon to serve sushi lunch

Sky Tai juga dikenali sebagai Tai Koon Siang ialah ketua cef dari Singapore Standing Sushi Bar, di mana beliau bertanggungjawab mengawasi lima cawangan sushi. Berasal dari Kluang, Johor, Cef Tai mula menyertai Piala Dunia Sushi pada tahun 2015. Dia tidak berputus asa dan berjaya muncil sebagai pemenang kedua pada 2016 dan akhirnya menjadi juara 2018. 

World Sushi Cup 2018 Champion Chef Sky assembling his creation of nasi lemak sushi

Yums, salmon, hamachi and nasi lemak sushi were among the nigiri sushi served at lunch

Cef Steve Chua bersama rakannya Cef Edmund Chong mengusahakan Two Chefs Lab di Sungai Long, Kuala Lumpur dengan menawarkan gabungan makanan Jepun dan budaya kopi. Dia pernah bekerja selama beberapa tahun di Singapore dan ini kali pertama dia menyertai Piala Dunia Sushi. 

Spreading the love with sushi are from left Joanne Oo, Chef Steve, Chef Sky Tai & Jon Erik Steenslid

Sejak tahun 2013, Piala Dunia Sushi dianjurkan setiap tahun untuk memperkembangkan kemahiran sushi di seluruh dunia dan meningkatkan kesedaran tentang cara betul yang bersih dalam menyediakan sushi. Acara ini dikitiraf oleh Kementerian Pertanian Jepun dan Persatuan Insitut Dunia Sushi Se-Jepun.













Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com