Hi Korang,
Aku memang suka tukar-tukar airline bila travel.
Nak-nak lagi yang #semuanyaditaja hahahahhaha of courselah company aku kan.
Bukan serik naik MAS tapi aku rasa service MAS dah tak macam dulu. Even masa dalam flight bulan puasa hari tuh, aku mintak air untuk buka sampai dah touch down pun air tak dapat. So terpaksalah makan kacang slow-slow dengan harapan supaya tidak tercekik kan.
So atas cadangan bebudak office yang sama travel cam aku gak, kita cuba naik Air Asia. Company dengan baik hatinya memberikan keistimewaan lebih sket iaitu booking under Premium Flex. Yelah ko dengan luggage yang berat, masa travel tak tentu arah so diorang rasa Premium Flex adalah paling sesuai untuk aku ni.
Premium Flex membolehkan para pelancong bisnes memperoleh fleksibiliti mengubah tarikh dan waktu penerbangan sehingga dua kali tanpa caj perubahan, percuma daftar masuk 20 kilogram bagasi, menaiki kapal terbang terlebih dahulu dengan Xpress Boarding dan keutamaan bagasi dengan Xpress baggage.
Hah gituh! Nampak tak keistimewaannya..
Aku tak tau pun ada special counter untuk Premium Flex ni. So masa check in luggage tu, tup-tup ada special tag diorang letak kat tepi beg. So aku pun tanyelah, kenapa ada tag kuning tuh. Staff pun cakap tiket aku ni premium flex so memang ada sticker gini.
nampak boleh angkat2 kaki kan
Masa boarding time tuh, orang-orang Premium Flex yang masuk dulu tak ketinggalan aku lah. Rasa cam bangga plak tak yah nak beratur pepanjang bagai kan. Senyum sampai ke telinga, padahal apalah sangat masa dulu pun bukan flight terus take-off pun.
Of courselah dapat ‘hot seat’ yang kaler merah ni. Cuma ada kat barisan 1-3, 12 dan 14 tak silap aku. Hah luas sket kawasan tempat letak kaki, maklumlah kaki panjang sedepa kan. Boleh main lunjur-lunjur kaki sambal goyang-goyang lagi huahauhauhaua
Yang penting ada makan, yeah who doesn’t like food kan?
Masa trip ni, budak travel agent aku pilih nasi dagang dengn kari ayam bersama dodol. Hah amik ko semerbak bau satu kapal terbang kan. Di hidangkan pulak panas-panas, arghh tak sanggup nak tunggu lelama terus je bukak dan makan kat situ gak kan.
Time collect bag, dah tentu beg aku kuar dulu kan. Yelah express bag katanya. So dengan senang hati lah aku amik dan kuar dari tempat collect bag tuh dengan perasaan gembira sebab semuanya cepat dan laju je.
Nampak tak keistimewaan booking Premium Flex tiket ni kan?
Itulah dia. Amat sesuai bagi aku yang terpaksa travel here and there ni. Yelah kekadang ada masanya boleh balik on time dan kekadang ada emergency so tak leh nak balik. Memanglah kena tambah harga lebih sket daripada biasa tapi keuntungannya ermm berlipat ganda..
Jomlah terbang dengan Premium Flex Air Asia ek!
Diorang ni tak bayar aku or sponsor aku pun untuk flight ni, semua company aku sediakan kan. Tambahan pulak aku bukan AABC Bloggers Community pun so tak citer pasal ni pun tak per sebenarnya tapi sekadar untuk share kan dengan korang apa salahnya kan.
Sebab kekadang aku perasan blogger yang dapat sponsor travel dengan Air Asia ni, diorang tak brief properly. Tulis tu memang tulis but sound not personal kira macam baca press release gituh lah kan hahahahaha.. dah jangan terasa ek, Air Asia (AABC) tetap sayang korang!
Terus ikuti perkembangan terkini mengenai promosi dan aktiviti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).