Showing posts with label Adibah Noor. Show all posts
Showing posts with label Adibah Noor. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Tengok Super Spontan Secara 'LIVE' Lagi Malam Ni


Hi Korang,

Kan last week ktorg pi tengok Super Spontan 'LIVE' kat Finas, so ramai plak yang perasan ktorg berdua dengan daydeck sekali. So terglamer lah sekejap. 


Memang seronok lah tengok cara diorg bekerja secara 'LIVE' ni. Yang salah, yang tak betul, semua kita boleh nampak. 

Jadi audience tak de lah penat mana pun, cuma sakit tangan kena tepuk kuat2, jerit2 pun kene kuat dan yang paling penat ketawa terbahak-bahak. Sampai letih2 lah kan. bila time iklan tu baru lah boleh rehat sket tapi tak jugak diorg ni sentiasa je buat lawak. 

Disebabkan dalam studio Finas ni takleh amik gambo time 'LIVE' so tak delah banyak gambo yang di snap. Nak korang tengok lah sendiri.

Time Iklan, team Angsa Ganas sempat lagi discuss

Rashid Salleh - Pengurus Angsa Ganas

Johan Raja Lawak- Orang Kuat Beruang Comel

Nana
  
Zahid

Afdlin Shauki Sedang Di interview

Dina Nazir

Best kan but rasanya malam ni tengok Super Spontan 'LIVE' kat umah je lah. Kang kalau tiap2 minggu aku masuk tv korang bosan plak kan. Dah tak artis plak. Mungkin lelain minggu pi tengok lagi kot.


Hah, korang mesti cakap bestnya dapat pi tengok 'LIVE' kan. Aku dah agak dah. Nak join aku pi tengok? boleh. Kalau korang rasa korang puntual dan on time boleh sampai kat Finas tu hari jumaat before 9pm, then aku leh consider ajak korang. Walaupun start kul 10pm tapi kena masuk hall kul 9pm cam tuh. Yelah nak cari tempat duduk, dengar some briefing sket dan memacam lagi lah.

So ada berani? Meh komen kat bawah ni ye.


Kalau associate aku ok dengan cadangan aku ni. Aku leh lah bawak korang ye.

CLP notes : Untung tak? mestilah untung kan.


Tuesday, September 20, 2011

Rugi Tak Menonton Nasi Lemak 2.0


Hi Korang,
 
Lately ni aku selalu dengar orang cakap2 di twitter pasal filem Nasi Lemak 2.0 lah. Apa benda citer tu ek? Aku langsung tak tau tentang kewujudan citer nie kat wayang. So malam tadi, tokeh MAS kargo ajaklah aku dengan Mr Big teman dia tengok citer ni sempena Movie Marathon yang dia suka sangat buat bila time off day dia kan.

Bila masuk panggung je, yang aku perasan ktorg bertiga je melayu dan yang lainnya bangsa cina. Alah apa ada hal, subtitle kana da sampai 3 bahasa sekali kat screen tuh, bahasa melayu, tulisan cina dan English.  Memang confirm lah aku boleh paham kan, lagi plak aku kan dah biasa dengan cina kat opis tuh kira boleh tangkaplah apa yang di perbualkan.


Apa lagi meh layan synopsis filem Nasi Lemak 2.0 nie dulu then nanti aku akan review lah.



Chef Huang (Wee Meng Chee) berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan makanan miliknya kerana dia gagal menyediakan masakan tempatan yang diinginkan oleh para pelanggannya. Namun, bertentangan dengan masakan yang kurang popular, dia dikenali sebagai “Hero Huang” di kawasan kejiranannya. Cef Huang akan membantu komunitinya sehinggalah dia bertemu dengan Xiao K (Karen Kong) yang membuatkannya terjebak dalam masalah. Untuk membolehkan dia meneruskan kehidupan ini serta perniagaan restorannya. Cef Huang perlu mendapatkan bantuan daripada penjaja kedai wanita penuh misteri (Adibah Noor), yang mengarahkan dia agar memulakan satu pengembaraan yang hebat dalam kehidupannya.

Ketika berdepan pengalaman yang bakal memberikan kesedaran pada dirinya, dia akan bertemu ramai “hero tempatan” yang memberikan sokongan kepadanya untuk menemui asal-usulnya serta erti sebenar yang tersembunyi dalam “nasi lemak.

Bagi aku :-

Filem Nasi Lemak 2.0 ini merupakan cerita kisah harian yang berlaku dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Rakyat Malaysia ini di ibaratkan macam nasi lemak. Jika salah satu bahan tak de ertinya kureng sket lah rasa nasi lemak tu kan. Same goes to kita rakyat Malaysia nie, saling bantu membantu, make frens, bertukar2 budaya. Hah cam tu lah. Memang banyak adegan kelakar yang aku rasakan begitu sinomin dengan rakyat Malaysia. Macam kaum India, tak boleh di pisahkan dengan kari dan menari dalam taman kan. Bangsa baba nyonya plak terkenal dengan budaya campur diorg yang begitu unik. Bagi orang melayu pula, terkenal dengan kisah berpoligaminya dan macam-macam lagi lah. Banyak mesej yang tersirat dalam filem Nasi Lemak 2.0 ni. Kalau korang dapat tangkap scene mana, korang memang pure rakyat Malaysia lah.

Aku memang betul-betul enjoy lah, sampai ktorg bertiga punya ketawa yang paling kuat sekali dalam panggung tu. Memang pecah panggung lah.
 
Aku rasa ramai yang boikot citer disebabkan pengarahnya Namewee yang satu ketika dulu telah melakukan kesilapan dengan memalukan Malaysia dengan ciptaan lagu Negarakunya. But past is past. Aku rasa dia buat filem ini untuk menebus kesilapannya. Please korang, look at positive side. Bukan dia sorang je yang berlakon, ramai lagi pelakon2 Malaysia seperti Adibah Noor, Adflin Shauki, Dato David Arumugam turuj menjayakan filem ni.

Cast / Actors in Nasi Lemak 2.0 Movie:
  • Namewee as Chef Huang
  • Afdlin Shauki as Fisherman
  • David Arumugam as Curry Master
  • Adibah Noor as Kak Noor
  • Reshmonu as Hero Resh
  • Karen Kong as Xiao K
  • Nadine Ann as Curry Daughter
  • Nur Fathia as Fisherman Wife 2
  • Dannis Lau as Lan Qiao
  • Chee as Baba
  • Kenny as Nyonya
So apa cer? Nampak cam menarik kan.. Ye memang sangat menarik pun. Kalau tak caya, meh baca review mamat nie pasal filem Nasi Lemak 2.0 nie

Untuk kali ini, Mr Big kasi 4/5 coz memang filem 1 Malaysia.

P/S : Kenapa filem ni, tak dapat publisiti meluas ek? Ermm may be media still boikot Namewee kot. Ermm macam-macam lah.


Friday, January 7, 2011

I Love U Adibah Noor..

Hi Korang,

Korang tengok nie..



Adibah Noor bersama sekutunya



Adibah Noor bersama bodyguardnya

Yang penting semua sihat2 kan... huahuahuahuahuaa...

Nantilah aku citer lagi, gambo tengah upload nie... Jap lagi tau..