Hi Korang,
Mesti korang tengok duk sibuk dengan berita yang Datuk Siti Nurhaliza dah keluarkan clothing line beliau yang di namakan ‘Creacion’ kan.
Memang cantik-cantik belaka.
Aku dah tengoklah wei, kan hari tuh aku ada attend 'ARIANI x SITI NURHALIZA' dan ‘Creacion By Datuk Siti Nurhaliza Fashion Show di Royal Chulan Hotel. Ramai ooo yang hadir, VIP, selebriti, Datuk, Datin, penyokong kuat Sitizoners dan kami-kami lah media yang bekerja hehehhee
Meh aku citer sket latarbelakang 'ARIANI x SITI NURHALIZA' supaya korang lebih details lagi paham kan
Gandingan 'ARIANI x SITI NURHALIZA' ibarat kembali mengulang memori indah apabila sekali lagi menjalinkan kolaborasi dalam menghasilkan hijab untuk pelanggan ARIANI juga buat seluruh peminat figura tersohor ini sehingga menyatukan dua nama ke satu pentas peragaan yang bakal menjadikan permulaan luar biasa bagi kedua-dua jenama ini untuk tahun 2016.
ARIANI yang telah sembilan tahun mencipta nama di dalam industri hijab premium Malaysia pada tahun ini, telah menghasilkan dua koleksi istimewa untuk pelanggan mereka hasil kolaborasi bersama Dato' Siti Nurhaliza. 'ARIANI X SITI NURHALIZA' dan juga 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA' adalah koleksi terkini yang dianggap paling istimewa apabila mendapat sentuhan peribadi Dato' Siti Nurhaliza.
Menurut Datin Farah Haryani Muhamad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles and Manufacturing (M) Sdn. Bhd. berkata di dalam ucapannya, dengan pemilihan Dato' Siti Nurhaliza sebagai IKON ARIANI 2016, kami bermatlamat untuk menjadikan ARIANI sebagai hub jenama tudung yang eksklusif tetapi mampu milik dan menjadi pilihan utama untuk seluruh wanita yang berhijab di Malaysia dan serantau. Di samping dapat membawa imej ARIANI sesuai digayakan untuk semua golongan dan peringkat usia. Seperti aura Dato' Siti Nurhaliza yang sentiasa mendapat tempat di hati kebanyakan peminatnya, seperti itu jugalah hasrat ARIANI untuk membawa jenama ini mendapat tempat di hati semua wanita
Ok lets the show begin..
Majlis pada petang itu telah dimulakan dengan persembahan koleksi dari 'ARIANI X SITI NURHALIZA.' Kesemua koleksi ini dihasilkan dengan sentuhan tiga elemen utama yang merangkumi exclusivity, modesty dan contemporary yang menjadi nadi kepada penstrukturan selendang dan tudung koleksi ini. Sebanyak enam jenis koleksi tudung instant dan selendang telah diperkenalkan sempena kempen kolaborasi ini yang merangkumi Selendang Malvina, Instant Naureen, Instant Madeena, Instant Avelyn, Instant Raina dan juga Instant Erina.
Kesemua koleksi selendang dan tudung instant yang diperkenalkan pada petang itu sebagai memenuhi permintaan pelanggan dan pasaran yang mahukan koleksi tudung instant yang mudah digayakan disamping mempunyai sentuhan eksklusif. Kebanyakan koleksi ini dihasilkan daripada fabric chiffon dan bubble georgette yang bermutu tinggi.
Di datangkan dalam pilihan warna pastel dan vibrant, koleksi 'ARIANI X SITI NURHALIZA' ini direka untuk semua peringkat umur wanita dan latar belakang serta boleh disesuaikan untuk pelbagai majlis dan acara.
Segmen kedua majlis pada petang itu telah menampilkan kolaborasi julung kalinya antara 'ARIANI STOCKIST X SITI NURHALIZA.' Sebanyak enam koleksi telah diperkenalkan pada petang itu yang merangkumi Instant Layla Deluxe, Instant Layla Glorious, Instant Layla Demure, Instant Avelyn Allure, Instant Avelyn Magnifique dan Instant Majestic Basic.
Kesemua koleksi ini direka dengan mengadaptasi karektor dan personaliti keanggunan, kesopanan dan nilai eksklusif Dato' Siti Nurhaliza ke dalam helaian tudung instant yang mudah dan praktikal untuk digayakan dalam pelbagai cara.
Ariani Stockist yang telah diperkenalkan pada tahun 2015 bermatlamat untuk menyediakan platform perniagaan kepada usahawan baru atau yang telah lama berkecimpung untuk meluaskan perniagaan mereka. Kesemua koleksi yang diperkenalkan di Ariani Stockist merupakan koleksi terhad yang dihasilkan untuk para stokis berdaftar ARIANI dan tidak terdapat di mana-mana cawangan Galeri Ariani.
Ok ok masa yang di tunggu-tunggu kan..
Melengkapi pertunjukan fesyen pada petang itu, acara tertumpu kepada koleksi Creacion by Siti Nurhaliza mengisi pentas pertunjukan yang dihadiri 500 tetamu itu. Dengan imej kasual dan minimal, kesemua koleksi ready-to-wear Creacion by Siti Nurhaliza dipersembah dalam atmosfera berbeza apabila diiringi lagu Aku Cinta Padamu dalam susunan muzik yang rancak dan segar.
Bersesuaian dengan konsep ready-to-wear, koleksi Creacion by Siti Nurhaliza bersifat lebih minimal, elegan dan eksklusif. Kesemua koleksi ini adalah ilham sepenuhnya figura ini bersama pereka Creacion by Siti Nurhaliza. Bermula dari proses rekaan, pemilihan fabrik sehinggalah ke proses pengeluaran dan pembuatan, Dato' Siti Nurhaliza terlibat secara total dalam perusahaan label fesyen miliknya ini.
Sebelum bersurai, Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia diiringi Datin Farah Haryani Muhamad Philip, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn. Bhd tampil ke pentas untuk menerima bingkisan cenderahati bersama-sama Dato' Siti Nurhaliza pada petang itu.
Memang seronoklah ktorang petang tu, sebab jadi orang yang pertama dapat saksikan koleksi-koleksi yang menarik ni kan. Even orang yang bersaiz comel cam aku pun boleh beli koleksi ‘Creacion'
Korang boleh dapatkan Creacion by Siti Nurhaliza di butik fizikalnya yang berkeluasan kurang lebih 800 meter persegi bertempat di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
Jom apa lagi meh serang sekarang gak kannn…