Showing posts with label ALTHEA KOREA. Show all posts
Showing posts with label ALTHEA KOREA. Show all posts

Thursday, June 20, 2019

ALTHEA KOREA A'BLOOM Collection

Hi Korang, 

Lama tak citer pasal Althea ni ek, yelah lately ni Kak lily cam tak de masa nak review produk kecantikanlah hehehehe.. 

Kalau korang nak tau Althea, antara platform membeli-belah produk kecantikan dan penjagaan diri yang memang sentiasa menawarkan produk-produk esklusif dan menarik. Kak lily pun dah beberapa kali membeli belah di website ni. 

Bagi kak lily harga produk di sini amat berpatutan dengan golongan marhaen cam kita-kita ni 
Kebetulan bulan Syawal ni, Althea ada promosi Eid Mubarak Box so apalagi haruslah kak lily dapatkannya 


Nampak kemain comel lagi produk-produknya kan 

A'bloom Baby Meringue Puff 
A'bloom Giant Meringue Puff 

A'Bloom Mask Sheet 
A'bloom Ac-Me-Peach Mask 
A'bloom Sparkle-Me-Bright 
A'bloom Water-Me-Long 
A'bloom Avo-Cuddle-Me 

A'bloom BHA Blackhead Blaster 

Terus tak sabar nak cuba tau 

A'Bloom Mask Sheet 

Kak lily memang suka sesangat dengan mask muka ni. 

Ada 4 variant di dalam koleksi A’Bloom Mask Sheet ini iaitu : 

A'bloom Ac-Me-Peach Mask
A'bloom Sparkle-Me-Bright
A'bloom Water-Me-Long
A'bloom Avo-Cuddle-Me 


Kak lily suka betul dengan A’bloom Ac-Me-Peach Mask sampai terlupa nak ambil gambar hehehhe, bila di tampal pada muka tuh, terus dapat rasa kesegarannya, sejuk je bila kena kat muka. 

Mask Sheet dari Athea ini harganya ialah RM 18.00 untuk 10 keping. Betul kak lily tak tipu ye, sebab tuh ianya jadi best seller.
 

A'bloom Baby Meringue Puff 

Namapun 'baby' memang sangat comel dan lembut. Sesuai untuk korang blend tempat-tempat yang kecil permukaan di muka. Contoh dibahagian bawah kuning dan mata. Tapi memang comel. Asyik picit-picit jer benda ni hahaha. 

A'bloom Giant Meringue Puff 

A'bloom Giant Meringue Puff ini l;ebih besar sedikit saiznya jika dibandingkan dengan A'bloom Baby Meringue Puff. Sangat lembut dan mudah digunakan. Dan saiznya agak kompak tidak terlalu besar dan boleh sahaja dimuatkan di dalam beg mekap untuk dibawa ke mana sahaja. 

Penting tuh ada kedua-dua puff ni, maklumlah muka kak lily kan besar dulang hehehhe banyak tempat nak kena sapu kan

Harga bagi Baby Meringue Puff cuma RM 15 untuk 3 , manakala Giant Puff yang bersaiz 48x46 mm berharga RM 11. 


A'bloom BHA Blackhead Blaster 

A'bloom BHA Blackhead Blaster ini merupakan blackhead/whitehead removal yang sangat praktikal. Sebab ianya didalam bentu 'stick' yang sangat mudah untuk kita bawa pergi ke mana sahaja. Travel etc 


Mengandungi Natural BHA tidak hairanlah A'bloom BHA Blackhead Blaster ini mampu menanggalkan blackhead yang degil dengan mudah tanpa rasa sebarang kesakitan. Selain itu ianya juga bolehmenanggalkan sel kulit mati dan sebum. 

Harganya juga murah, RM 16 sahaja

Bestkan produk Althea Korea A'Bloom. Jangan lupa dapatkan di https://my.althea.kr/ yerpp!! 


Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :- 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 



Jangan lupa singgah di Althea.kr tau... 



Saturday, April 21, 2018

REVIEW | ALTHEA Bare Essentials Skincare

Hi Korang, 


Penjagaan kulit muka amat penting bagi kita orang perempuan ni ek!! 

Sepemalas macam mana pun kena jugak pakai krim-krim muka ni, ek bukan apa takut tua sebelum usia je nanti. 

Kak lily nak citer dengan korang yang Althea Korea ada mengeluarkan produk penjagaan kulit muka dengan hanya 3 produk jer tau. 

Apa 3 item je dalam rangkaian Althea Bare Essentials??? 

Apalagi haruslah di grab wokeh.. 

Kalau korang nak tau Althea Korea memang tidak asing lagi bagi semua wanita di luar sana. Di Althea ni macam-macam produk ada dari skincare, make up dan macam-macam lagi lah. 



Kali ni Althea Korea memperkenalkan produk terbaru iaitu Althea Bare Essentials diperkaya dengan polifenol yang mampu melindungi kulit dari kesan pendedahan matahari dan minyak dari biji Althea yang melindungi kulit dari kekeringan 

Yang paling menariknya Althea Bare Essentials ini ada 3 item jer iaitu 

  • Contour Cleanser 
  • Primer Water 
  • Fixer Cream 

Kak lily cuba je dulu 3-4 hari ni alah bukan apa takut tak sesuai dengan muka kan hehehehe eh muka itu kan asset kita kan.


Langkah 1 : Contour Cleanser 

Pertama sekali guna Contour Cleanser Althea Bare Essentials ni ermm kemain wangi lagi ek sebab cleanser ni dari ekstrak Lemon dan Ice Plant yang menenangkan kulit muka. Tekstur cleanser ini agak pekat, padat dan ada biji-biji micro capsule yang keluar selepas campur dengan air. Paling kak lily suka cleanser ni macam cleanser, scrub, exfoliate dan menyahtoksik kulit dengan perlahan. Dengan satu cleanser jer senang tak perlu bawa produk yang lain lagi. 

Contour Cleanser ni kalau korang guna dia foam cream gitu. Kemudian campur dengan air dan buat urutan pada wajah dan akan rasa cleanser ni mencuci lebih mendalam sebab ada micro capsule tu serta rasa sejuk jer muka tau. 

Dari segi packaging cantik, mudah untuk picit pada tapak tangan. Berat sebotol Contour Cleanser 150g dan harganya RM23.00 sahaja.


Langkah 2 : Primer Water 

Selepas jer cuci muka boleh guna Primer Water. Tahu tak Primer Water ini digabungkan antara toner dan primer dalam satu botol. Hahhh memang best la tak perlu nak guna kapas muka. Letak jer tapak tangan dan sapu jer terus kat muka. Primer Water ni mengandungi dewdrop technology (Macro Fluidic Dispersion Technology) yang membolehkan penghidratan ke dalam kulit wajah secara perlahan-lahan. Diperbuat dari ekstrak snow lotus yang sangat lembut dan wangi serta tekstur Primer Water ini tidak cair dan sedikit pekat yang penting cepat meresap kedalam kulit muka. 

Nampak macam grand kan risau jer jatuh pecah hehehe. Berat sebotol Primer Water 200ml dan harga RM43.00 sahaja.


Langkah 3 : Fixer Cream 

Ok lepas jer sapu Primer Water haruslah kena pakai Fixer Cream ni. Fungsinya macam moisturiser gitu ye memang bagus untuk sebelum mekap juga. Formulanya tidak berminyak, cepat meresap dan memberi penghidratan selama 24 jam tau. Cream ini mengandungi green tea seed oil, collagen dari Baobab Tree ekstrak. Kalau ada green tea ni bau dia memang wangi lah dan sangat elok sebagai anti-oksidan kulit wajah. 

Selepas guna Fixer Cream kulit jadi lembut dan shining gitu. Tekstur cream agak sticky dan mudah meresap ke dalam kulit. Berat Fixer Cream 50g dan harga RM50.00 sahaja.


Dengan hanya 3 rangkaian skincare dari Althea Bare Essentials ini kak lily dapat rasakan kulit semakin lembut dan melembapkan kulit sepanjang hari. Memang mudah sangat tau dengan 3 barang sahaja untuk penjagaan kulit yang sihat. 

Psstt korang kalau beli set Althea Bare Essentials akan dapat percuma Cermin Edisi Terhad Bare Essentials di website Althea sekarang. Untuk harga set Althea Bare Essentials ini boleh dapati dengan harga RM116.00 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :- 

Website : 

Facebook : 

Instagram : 




Jangan lupa singgah di Althea.kr tau...



Sunday, June 4, 2017

ALTHEA Raya Giveaway Festival, Dapat Hadiah Percuma Tau

Hi Korang,

Lama tak dengar citer pasal online shopping ALTHEA ni ek.

Itu tandanya lama betul aku tak shopping kat ALTHEA nilah, huhuhuhuh budget makeup dah kurang kena berjimat-cermat kaedahnya. 

Tapi raya ni mana boleh tahan kalau tak shopping barang makeup kan, of courselah pagi raya nak nampak cantik ala-ala Neelofa so mari membeli belah

Haruslah buka website ALTHEA ni dulu tengok apa yang patut, ada promosi ke idokk.


Sempena dengan bulan Ramadhan ni ada promosi menarik lagi dengan setiap pembelian korang dari website ini, korang berpeluang menerima 1 lagi hadiah PERCUMA. Wei siapa yang tak nak barang PERCUMA, haruslah aku orang no. 1 yang pi beli ni

Lebih esklusif untuk promo Ramadhan kali ini, ALTHEA didatangkan dengan kotak edisi khas. Menarikkan? Kotak cantik-cantik ni kalau kita terima sayang nak buang boleh dijadikan tempat simpanan barang.


Dan bagi perbelanjaan RM99 ke atas tidak akan dikenakan caj penghantaran. Jadi sambil tambah stok barangan kecantikan dan penjagaan diri. Boleh juga korand jimatkan kos penghantaran dan diskaun atas barangan daripada pembelian. Dan jangan lupa yang paling best untuk promosi kali ini sebelum check out korand boleh pilih satu item lain sebagai hadiah PERCUMA yang bakal diberikan.

Terdapat banyak jenama besar yang dijual di dalam laman web Althea, kalau nak di senaraikan memang banyak giler wei tapi di antaranya yang aku minat dan suka adalah 






· Belif

· BEYOND







· IOPE





· Missha




















Dah macam rasanya semua jenama aku minat di ALTHEA nie k hahahahhaha

So tak sabar nak check it out apa yang di website ni lah ek, ermm tengahari kang bos kuar makan aku mesti dulu lepak kat depan pc ni 

Yang penting cantik di Hari Raya nanti

Nak check it out lekas :

Website: www.althea.kr

Instagram: @altheakorea


Wednesday, July 20, 2016

Althea Turns1 | Happy birthday Althea !

Hi Korang,

Sapo plak Althea ni ek yang sampai aku beria buat entry bagai kan hahahahahaha


Althea tu sapo? 

Althea merupakan satu shopping website dari Korea. Ni link dia https://my.althea.kr/ . Korang yang suka dengan barangan kosmetik dari Korea, Althea lah tempatnya ! Darilah produk penjagaan kulit sehinggalah make up. Pendek kata semua yang ada kat Korea tuh ada kat website online shopping ni ek.


Sempena birthday Althea yang pertama ni, Althea ada macam-macam benda best untuk korang tau, Althea memang tengah buat promosi gila-gila! Hampir semua produk ada diskaun yang korang akan terkebil-kebil mata nak pilih yang mana satu kan

Apa yang menarik?

Ni aku senaraikan kat bawah ni ek…


- Limited Edition Birthday Box + DIY Party Kit. Untuk pesanan yang dibuat pada 20/7 dan seterusnya. Sementara stok masih ada.


- Barangan percuma untuk 1,500 pembeli pertama. Sementara stok masih ada.


- Birthday Giveaway! Pilih 3 produk top seller untuk 100% REBATE!
Rebate akan dikreditkan ke dalam akaun anda.


-  #altheaturns1 Instagram Contest

Dah dapat kit parti Althea korang? 

Ingin kami selamat ulang tahun dengan #altheaturns1 dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Macbook Air, Ipad Air 2, 6S iPhone, Galaxy S6 Edge, Kamera Canon EOS M10 

Selfie, kredit Althea dan hamper barangan kecantikan dari Althea!
- Hadiah berjumlah bernilai KRW10,000,000 untuk dimenangi.
- Peraduan bermula dari 20 Julai - 15 Ogos 2016.


Jom klik https://my.althea.kr/ dan order dan join contest Althea yang best giler ni tak henggat ni ek…

Baik cepat tau!!!

Tuesday, July 7, 2015

Shopping Di ALTHEA Korea

Hi Korang,

Baru 2-3 hari lepas duk browse barang-barang makeup dari ALTHEA Korea ni.

Tup-tup 


tengoklah dah dapat

Ermm tak sabar nak bukak.

Terus hantar ke hotel tau... hehehhehe