Showing posts with label 5 star hotel in selangor. Show all posts
Showing posts with label 5 star hotel in selangor. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

Mencuba AGEHAN SET MENU Di Agehan Japanese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam

Hi Korang,


Ingat tak aku pernah citer pasal staycation aku di Grand BlueWave Hotel Shah Alam sebelum pi umrah hari tuh. Hah ingat pun, ni aku nak citer pasal kitaorang mencuba Agehan Set Menu sempena kempen ‘Love Food, Hate Waste’ ni.

Kempen ‘Love Food, Hate Waste’ ini merupakan sebuah kempen yang berasal dari United Kingdom pada tahun 2007 dengan tujuan untuk mengurangkan jumlah sisa buangan makanan. Kempen ini telah dinaikkan pangkat dan diedarkan oleh banyak negara-negara lain untuk membantu menjimatkan wang dan menghentikan bertan-tan makanan sisa yang dibuang. Pembaziran makanan bermakna bahawa semua sumber-sumber yang digunakan untuk menghasilkan bahawa makanan adalah juga sia-sia, sebagai contoh, air, tanah dan bahan api


Oleh kerana itu, Grand BlueWave Hotel Shah Alam terima cabaran Kempen ‘Love Food, Hate Waste’ untuk mewujudkan kesedaran mengenai kempen ini kepada orang ramai dengan cara yang betul untuk mencintai makanan dengan mempromosi Agehan Set Menu yang baru.

Di Restoran Jepun Agehan, di mana korang boleh mendapatkan masakan Jepun yang eksklusif, diketuai oleh Sous Chef Eksekutif, Chef Firdaus Ismail. Menu Set Agehan ini amat sesuai untuk sekurang-kurangnya 2 orang setiap pesanan dan dihidangkan dalam tiga set yang berbeza, setiap setiap set terdiri dari makanan starter, sup, Padang utama, pembuka selera, pencuci mulut dan minuman.



Untuk set pertama ini iaitu Sashimi Gozen, berharga pada RM68.00+ untuk seorang. Set ini mengandungi hidangan sampingan iaitu Chuka Kuraage (Jellyfish), Chuka ldako (Baby Octopus), Yasai Salada (Japanese Salad with Dressing), Chawan Mushi (Japanese Egg Custard) dan Miso Shiro (Siso Soup). Hidangan utamanya pula adalah Teppanyaki set seperti lka (Squid), Ebi (Prawn), Tori (Chicken) bersama 2 pilihan nasi, Yakemeshi (Fried Rice) or Gohan (Japanese Shortgrain Rice). Tidak dilupakan pembuka selera iaitu Assorted Sashimi such as Taka (Octopus), Abura Bozu (White Tuna), Maguro (Tuna), Shake (Salmon) dan California Temaki (California Hand Roll).



Untuk set hidangan kedua adalah Sushi Gozen, berharga pada RM58.00+ untuk seorang. Set ini mengandungi hidangan sampingan iaitu Chuka Kuraage (Jellyfish), Chuka ldako (Baby Octopus), Yasai Salada (Japanese Salad with Dressing), Chawan Mushi (Japanese Egg Custard) dan Miso Shiro (Miso Soup). Hidangan utamanya pula adalah Teppanyaki set yang mengandungi lka (Squid), Ebi (Prawn), Tori (Chicken) bersama 2 pilihan nasi, Yakemeshi (Fried Rice) or Gohan (Japanese Shortgrain Rice). Untuk perbezaan dengan Set pertama tadi, pembuka selera mengandungi pelbagai jenis Sushi seperti Tako Sushi (Octopus Suhsi), Maguro Sushi (Tuna Sushi) and Shake (Salmon Sushi), while for the Assorted Makimono consists of Kappa Maki (Cucumber Maki) dan Kani Maki (Crabstick Sushi).







Yang terakhir, hidangan ketiga iaitu Tempura Gozen, berharga pada RM48.00+ untuk seorang. Hidangan sampingan sama dengan set pertama dan kedua tetapi hidangan utamanya iaitu set Teppanyaki mengandungi lka (Squid), Tori (Chicken), Yasai (Vegetable), Saba Shioyaki (Grilled Mackerel Fish with Salt) bersama 2 pilihan nasi, Yakemeshi (Fried Rice) or Gohan (Japanese Shortgrain Rice). Set ini disertakan sekali pembuka selera ringkas iaitu Tempura Moriawase such as Ebi (Prawn), Kizu (Fish), Carrot, Brinjal dan Shitake.


Kesemua 3 hidangan set ini disertakan sekali pencuci mulut dan minuman buah-buahan campuran yang menyegarkan, Aiskrim teh hijau dan teh hijau Jepun panas atau sejuk.


Apalagi, mai lah singgah ke sini ek:-

Agehan Japanese Restaurant
Grand BlueWave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 8811


Opening hours : 11.30pagi – 2.30petang (lunch)
                      : 6.00petang – 10.30 malam (dinner)

Official website : www.bluewavehotels.com

Jemput makan semuanye....

Monday, June 23, 2014

Buffet Ramadhan 2014 Di AGEHAN Japanese Restaurant, Grand BlueWave Hotel

Hi Korang,

Lama betul tak datang ke sini kan?


Yelah, ingat Shah Alam dan Bangi tu dekat kan ke, ermm tak pun lah. Tapi disebabkan sudah di jemput maka janganlah kita menolak rezeki kan. 

Sejak diiktirafkan halal pada Mei 2013, Restoran Jepun AGEHAN semakin mendapat sambutan berdasarkan statistic penjualan fasa pertama dan kedua tidak kira daripada consumer Muslim atau pun bukan muslim.




Dengan sambutan yang menggalakkan, pihak restoran menampilkan kelainan dengan menawarkan Iftar Bufet Jepun buat penggemar makanan dari Negara matahari terbit tersebut sebagai juadah berbuka puasa.





Variasi hidangan Jepun HALAL membuka selera disediakan oleh barisan chef berpengalaman termasuklah ‘Menu Mesti Cuba’ iaitu Chuka Idako (Marinated Baby Octopus), Miso Soup, Sushi, Sashimi & Traditional California roll, Live Kitchen Teppanyaki, Yakitori Shio (Grilled Chicken Meat – Screwed with Mountain Salt), Sanma Teriyaki (Grilled Pacific Saury, Ebi Furai (Traditional Nagoya Deep Fried Prawn), Ika Tempura (Deep Fried Crisp Calamari), Soft Shell Crab Karaage (Deep Fried Soft Shell Crab) dan Garlic Fried Rice.










Pelbagai sajian pemanis mulut turut tersedia, di antaranya Cream Caramel, pelbagai jenis kek dan French Pastry, Pudding Vanilla, Um Alli dan ais krim




Harga buffet ramadhan di AGEHAN Japanese Restaurant, Grand BlueWave Hotel ni adalah

RM103.25nett untuk dewasa

RM58.00nett untuk kanak-kanak (4-11 tahun)

Kalau nak booking senang je, korang boleh contact Jabatan Jualan & Pemasaran di talian 03-5511 8811 sambungan 2001, 2004, 2639, 2811 atau 2826. Email ke dosm@bluewavehotels.com

Nak singgah ke sini, meh lah


Restoran Jepun Agehan
Aras 1A,
Grand Blue Wave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 8811 ext 2623

Apa tunggu lagi, moh kite yuk!!

Tuesday, June 18, 2013

Makan Japanese Food Di Restoran Jepun Agehan, Grand BlueWave Hotel

Hi Korang, やあみんな

Ingat senang ke cari Japanese food yang purely HALAL dalam hotel  kat area KL ni.

Ada tu ada but tak sepenuhnya HALAL tau.


Bila Achiek dari Grand BlueWave Hotel, Shah Alam ajak pi review Japanese Food kat Restoran AGEHAN ni aku terus je kata OK. Yelah bukan senang nak pi makan Japanese food kat hotel ye, lagi pulak 100% HALAL dalam hotel bertaraf 5 bintang di Malaysia ni.


Ada jugak blogger yang lain hadir majoritinya FOOD Blogger kan, macam diorang kat gambar ni.



Once jejak kaki je kat restoran ni dah rasa macam kat Jepun dah. Dekorasinya memang berkonsepkan Jepun. Ala elemen-elemen Jepun di terapkan, susun atur meja kerusi semua ala Jepun lah. Meja kitorg bukan main panjang lagi, maklumlah ramai kan.


Ktorg sempat gak tengok tayangan video majlis penyerahan sijil Halal Restoran Jepun Agehan yang telah diadakan pada 16 Mei lalu yang di sempurnakan oleh YBhg Dato’ Hj. Marzuki Hussin, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada Pengurus Hotel GBWHSA, Tn Hj Mohd Ghazali Sayed Ibrahim.

Ktorg dihidangkan dengan BENTO


Bento ni merupakan satu hidangan yang common dalam Japanese Cuisine. Dihidangkan di dalam kotak yang ada nasi, ikan atau daging, sayur, acar dan memacam lagi lah. Selalu Bento ni disediakan untuk bekalan macam tapau gituh lah.

Kemudian ada juga hidangan Tempura.


Tempura ni berupa makanan laut, sayur-sayuran yang dicelup ke dalam adunan tepung terigu dan kuning telur yang di cairkan dengan air sejuk yang kemudiannya di goreng secara deep fry sehingga warna kekuningan.


Ada Miso Soup yang panas lagi enak untuk dihirup

Sashimi pun ada la


Sashimi ni merupakan makanan laut yang dihidangkan secara mentah di makan begitu sahaja dengan kicap masin, jeruk dan wasabi. Tapi kat sini, diorang asapkan / di salai  dulu or smoked sebelum dihidangkan.


Last sekali lagi  Green Tea Ice-Cream, memang famous kalau pi makan kat restoran Jepun, diorang hidangkan dessert ni. Sedap ada rasa mint sket.

Ok samsung citer pasal Restoran Agehan ni sket lagi ek






Antara tawasan sajian yang ada termasuklah ‘All You Can Eat’ buffet makan tengahari dan malam pada harga RM69.00++ dewasa (15% diskaun warga emas dan kanak-kanak), menu makan malam harian istimewa berharga RM25.00++, seleksi sajian A La Carte dan juga menu pilihan promosi bulanan.


Nak singgah ke sini, meh lah

Restoran Jepun Agehan
Aras 1A,
Grand Blue Wave Hotel,
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 8811 ext 2623

Opening hours  : 11.30pagi – 2.30petang (lunch)
                        : 6.00petang – 10.30 malam (dinner)


Terima kasih kat Achiek coz sudi mengajak ktorg mencuba makanan jepun kat sini. At least bertambah lagi experience baru dalam duni makanan Jepun ni kan.

Jemput makan korang!