Showing posts with label ”Sharing Smiles with Mamee". Show all posts
Showing posts with label ”Sharing Smiles with Mamee". Show all posts

Thursday, May 26, 2016

Sharing Smiles with Mamee di Bukit Broga Bersama Blooggers Media

Hi Korang,


Hujung minggu lepas, aku join projek ”Sharing Smiles with Mamee" anjuran Blooggers Media.


Pukul 4.00pagi aku dah bangun tapi hujan pulak, so tunggu punya tunggu hujan reda dalam kul 6.30am cam t uterus start enjin kereta dan berdesup pi ke Bukit Broga ni. Alah dekat je dengan umah dalam 15 minit dah sampai naik LEKAS Highway.



Sesampai je diorang ni dah sibuk memberikan mamee percuma kepada para pendaki Bukit Broga ni, muda, tua, bebudak kecik pun ada jugak tau. Dah macam aktiviti family gituh ek, seronok plak aku tengok. 



Abis je pemberian mamee tuh, terus diroang ni semua naik atas. Disebabkan kaki aku tak berapa kuat nak mendaki so aku sampai level 1 je sebab licin hujan so turun balik then tunggu je kat bawah. Memang seronok dengar citer diorang ni tau.

Meh kita baca intipati event mendaki ni ek

”Sharing Smiles with Mamee" menjadi fenomena baru di Bukit Broga hujung minggu yang lepas. Seawal jam 5.00 pagi, kaki Bukit Broga sudah dipenuhi dengan ratusan warga kota yang bersedia untuk menakluk puncak paling popular di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. 





Hujan seawal pagi, tidak sedikit memberi masalah kepada peminat pendaki Bukit Broga. Tujuan mereka hanyalah satu, supaya berjaya sampai ke puncak Bukit Broga dan menikmati pemandangan matahari terbit dipuncak tersebut. Bukan itu sahaja, cuaca yang agak sejuk dan berkabus serta pemandangan yang cantik menjadikan puncak Broga ini semakin menjadi tumpuan ramai. 







Pendakian ke puncak Bukit Broga kali ini berbeza dari sebelumnya kerana, kali ini lebih dari 500 orang pendaki Bukit Broga dikejutkan dengan kehadiran maskot Mamee Monster dan juga Mister Potato di atas puncak Bukit Broga. Blooggers Media sebagai penganjur dengan kerjasama penaja utama Mamee Double Decker (M) Sdn Berhad serta Neffos Malaysia, kali ini membawakan sesuatu kelainan di puncak Broga. 











Projek Smiles, satu program sosial dan kemasyarakatan membawakan perkongsian produk halal Mamee hingga ke puncak Broga untuk diagihkan secara percuma kepada semua pendaki. Usaha pasukan Projek Smiles membawa hampir 10 karton makanan dari kaki bukit hingga ke puncak Bukit Broga, bukan satu yang mudah.


"Projek Smiles ini adalah inisiatif Blooggers Media bersama beberapa penaja utama termasuk Mamee Double Decker, TP-LINK Neffos Malaysia dan Santai Travel untuk berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia. Mamee kali ini menyumbangkan 10 karton snek terbaik mereka untuk diagihkan percuma kepada sesiapa sahaja yang berjaya sampai di punca Bukit Broga." kata Rosmadi Shakri, Pengarah Projek Smiles. 

"Bukan setakat itu, TP-LINK Neffos Malaysia juga turut menaja 3 set telefon pintar Neffos untuk Cabutan Bertuah. Satu dari smartphone hebat ini diberikan percuma kepada Pemenang Bertuah di puncak Bukit Broga sebagai salah satu sokongan mereka untuk warga kota dalam aktiviti sihat seperti ini" tambah beliau. 

Pemenang Utama membawa pulang Smartphone Neffos C5 

Di saat warga pendaki Bukit Broga menikmati keindahan pemandangan dari puncak Bukit Broga, Projek Smiles mengagihkan produk Mamee Double Decker seperti Mamee Monster, Mister Potato, Corntoz, Mamee Chef dan tidak lupa air minuman Cool Tea sebagai tanda sokongan kepada aktiviti sihat seperti ini. 


"Saya tidak sangka sambutan hebat seperti ini. Jangkaan kami, kami sekadar berkongsi sedikit dengan semua, tetapi bila sampai di atas puncak, rata-rata gembira dengan makanan percuma yang kami agihkan." Nik Amree, Projek Smiles.

"Tadi waktu kami sampai di kawasan parkir, mereka sudah berikan makanan dan TShirt percuma kepada kami sekeluarga. Bila sampai di puncak, kami lihat ramai yang beratur untuk mendapatkan lagi makanan. Tak sangka akan ada aktiviti macam ni. Selama saya panjat Broga, ini kali pertama saya lihat aktiviti agihan makanan percuma seperti ini. Syabas kepada Projek Smiles, Mamee dan Neffos." En Shaiful Amin, Kajang.


Seronok kan bile tengok gegambar tuh, rasanya kalau ada lagi event sebegini of course aku akan join punye hehehehhe

Congrats to Mamee and Blooggers Media jugak tau.