Showing posts with label ‘Plant A Seed. Show all posts
Showing posts with label ‘Plant A Seed. Show all posts

Saturday, September 2, 2017

Mencuba Pes dan Sos Segera Dari Ayamas Kitchen

Hi Korang,

Lately ni cam lembab benau nak update blog www.ciklilyputih.com ni ek. Yelah sibuk manjang 24/7, even ahad pun kerja jugak. Aiyo boleh tercabut tangan dan jari asyik duk menekan key board ni hah


Jadi hari tuh akak Lily berkesempatan ke Ayamas Kitchen Bloggers Party di Shah Alam. Yehoo party time!.. Tapi yang best jemputan tak ramai so bolah hurra horee.


Kalau korang nak tau Ayamas ni dah lama bertapak di Malaysia tapi tak berapa glamer sangatlah dan korang akan surprise bila dapat tau ada banyak betul produk makanan keluaran Ayamas yang korang guna ketika memasak di dapur. Akak Lily pun terperanjat jugak coz sos kewpie tuh keluaran Ayamas wokeh

kata-kata aluan sket daripada orang kuat Ayamas Kitchen ni

Menawarkan "Lebih Daripada Hanya Ayam", Kedai Ayamas baru­ baru ini melancarkan aneka pes dan sos segera melalui jenama 'Ayamas Kitchen'. Kini korang boleh mengubah hidangan ayam kepada pelbagai jenis masakan Melayu, dari masakan tradisional seperti rendang, kepada sajian enak Kurma hingga ke hidangan Masak Merah yang memukau selera.


Kami di perkenalkan dengan 3 jenis pes baru dari Ayamas Kitchen iaitu Sos Rendang, Pes Kurma dan Pes Masak Merah.

Pes segera ini padat dengan campuran rempah-rempah asli. Dengan slogan "Cepat, Mudah dan Lazat'', pes segera Ayamas Kitchen memudahkan lagi pelanggan untuk memasak hidangan tradisional di rumah, sekaligus menjimatkan masa sambil menawarkan rasa asli masakan Melayu.

Bagus tuh kan, senanglah kita nak balik masak nanti, semua pes dah ada tinggal campurkan dengan bahan utama seperti ayam, daging, kambing dan banyak lagi.



Kami sempat menyaksikan demo masakan daripada chef Ayamas Kitchen ni, cara memasak Ayam Masak Merah. Senang betul bila guna pes ni, cepat je masaknya sebab tak yah nak susah potong bawang untuk bahan tumisan kan sebab semuanya dah ada dalam pes ni. Satu pek 100gram ni boleh digunakan untuk daging ayam sebanyak 500gram. Kalau nak lagi pekat masukan dua bungkus pes atau sos ini lagi sedap.

Habis je demo masakan ni, apa lagi its makan time!




Haruslah merasa kesemua menu yang berasaskan pes Ayamas Kitchen ni, nak sampai 3-4 kali tambah nasi tuh. Uishkk mana tak gemuk huahauhauhaua

Oh ye, untuk korang yang berminat untuk dapatkan pes-pes enak ini, boleh je korang dapati di kedai-kedai Ayamas seluruh Malaysia pada harga RM2.80 sahaja bagi pek 100gram. Ok sangat dah tuh kan, nak-nak orang macam akak Lily yang duduk berdua ni. Just nice lah makan berdua so tak delah membazir. 


Kalau korang nak travel ke, akak Lily syorkan dapatkan pes-pes istimewa ni dari Ayamas Kitchen ni tau.

Maklumat lanjut kedai Ayamas layari : 

Laman web : www.kedaiayamas.my










Kaki Bebel,

LILY

www.ciklilyputih.com

Sunday, May 28, 2017

Botaneco Garden dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia Lancar Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2017

Hi Korang,

Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan acara tahunan terbesar yang menyokong alam semula jadi kearah yang lebih positif. Tema sambutan tahun ini adalah Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar (Connecting People to Nature). Ia merupakan peringatan bahawa kita adalah sebahagian daripada alam sekitar dan bergantung kepadanya, selain menyeru melindungi bumi yang kita kongsi bersama ini. 


Sebagai maklum balas terhadap seruan itu, Botaneco Garden, jenama produk penjagaan rambut serta badan yang inovatif dan sofistikated, yang diperbuat daripada gabungan kandungan botanikal dan minyak-minyak yang mendapat pengiktrafan eco; menjalin kerjasama dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia untuk melancarkan kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’. 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ akan menyalurkan satu peratus daripada jualan semua produk Botaneco Garden sepanjang bulan Jun kepada usaha penghutanan semula paya bakau oleh Persatuan Pencinta Alam di Kuala Selangor.

Persatuan Pencinta Alam (MNS) ialah persatuan bukan kerajaan yang paling besar dan tertua di Malaysia. Fokus MNS adalah untuk memulihara kepelbagaian habitat di Malaysia, melindungi warisan alam semula jadi negara, terutamanya landskap ekologi yang sensitif. Hutan paya bakau dikategorikan sebagai landskap ekologi yang sensitif. 

Paya bakau memberi pelbagai manfaat kepada ekosistem. Ia menyediakan tempat tinggal serta makanan kepada haiwan akuatik dan marin, serta burung-burung yang bermigrasi. Ia juga bertindak sebagai penampan ribut, penampan pasang surut dan arus air, mengurangkan pencemaran air serta menghalang hakisan tanah di bahagian pantai. 


Produk-produk Botaneco Garden merangkumi Organic Argan & Virgin Olive Oil, Organic Inca Inchi & Aloe Vera serta rangkaian Trio Oil yang revolusionari. Koleksi itu terdiri daripada Pembersih Badan, Mentega Badan, Krim Badan, Krim Pelembap Badan, Krim Mentega Badan), Skrub Badan, Krim Tangan serta Losen Badan, selain dari koleksi penjagaan rambut iaitu Syampu Rambut, Perapi Rambut dan Serum Rambut. Ia boleh didapati secara eksklusif di cawangan Guardian seluruh negara dan Guardian e-store. Terdapat lebih 400 cawangan Guardian di seluruh negara.

Menurut Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Sdn. Bhd., Christina Low, sokongan Botaneco Garden terhadap Hari Alam Sekitar Sedunia dilihat selari dengan falsafah jenama serta gaya hidup dan keprihatinan para penggunanya. 

“Botaneco Garden mempunyai kelompok pengguna yang bijak dan sayangkan alam sekitar. Koleksi ini mengandungi ramuan yang mesra alam dan ditawarkan pada harga mampu milik. Pada masa sama, ramuan terpilih ini dihasilkan secara beretika dan prihatin kepada alam untuk memenuhi keperluan pengguna yang mengambil berat terhadap alam semula jadi, seterusnya mengurangkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya. 

“Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ dengan MNS yang membantu usaha penghutanan semula kayu bakau di Kuala Selangor sememangnya cukup sesuai dengan kami dan pengguna. Sebab itulah kami menganjurkannya sepanjang bulan Jun ini,” jelas Low. 

Katanya, jenama ini telah menetapkan sasaran untuk menanam 200 batang pokok kayu bakau daripada dana yang dapat dikumpulnya nanti. 

“Kami harap pengguna akan mendalami dan mempraktikkan mesej Hari Alam Sekitar Sedunia 2017 iaitu Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar, serta memberikan sokongan mereka terhadap kempen Plant A Seed, Grow A Forest’.” 


Formulasi koleksi produk Botaneco Garden bebas daripada kandungan berbahaya seperti parabens, sabun, pewarna dan silikon. Ini memberi ketenangan minda kepada pengguna yang mementingkan kesihatan dan produk yang mesra alam. Ia juga diuji dan terbukti dari segi dermatologi. 

Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam, I.S Shanmugaraj Subramaniam menyatakan bahawa sokongan terhadap langkah pemuliharaan alam sekitar semakin berkembang di Malaysia. Jenama-jenama seperti Botaneco Garden membantu meningkatkan kesedaran, selain menyediakan landasan untuk para pengguna mengambil bahagian dan memberikan sumbangan. 

“Kesedaran tentang pentingnya hutan kayu bakau kepada ekosistem sungai dan pasang surut air masih rendah. Usaha seperti kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ oleh Botaneco Garden dan MNS cuba membawa mesej penting ini kepada orang ramai dan menjadikannya lebih jelas. Para pengguna boleh memberi sokongan terhadap usaha ini dan melawat Kuala Selangor untuk Mengeratkan Hubungan Antara Manusia dengan Alam Sekitar. Di samping dapat melihat bagaimana sokongan mereka kepada Botaneco Garden boleh membantu menghasilkan sebuah hutan,” kata Shanmugaraj.

Taman Alam Kuala Selangor merupakan habitat buat 150 spesis burung, haiwan-haiwan kecil, ikan, amfibia dan reptilia seperti memerang, langur (Silvered Leaf-monkey), kera berekor panjang serta banyak lagi. Namun begitu, penebangan kayu bakau secara haram telah meletakkan habitat ini dalam bahaya dan usaha penghutanan semula memang perlu dilaksanakan. 

Kempen ‘Plant A Seed, Grow A Forest’ Botaneco Garden bermula pada 1 Jun dan berakhir 30 Jun 2017. Kunjungi cawangan Guardian berhampiran anda untuk menyokong kempen ini.