Hi Korang,
Edisi pertama Halal Malaysia (AHM) yang dianjurkan oleh Idea Max Event (M) Sdn Bhd sedang berlangsung di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), bermula dari 26 Julai - 28 Julai 2019. Masa pameran bermula seawal 10 pagi dan berakhir pada jam 10 malam setiap hari.
Kak lily berkesempatan ke Ekspo ni tadi lepas kerja, ya ampun kemain ramai betul orang ye tapi keadaan still terkawal hehehe, maybe belum weekend lagi kan. Seriously banyak betul booth-booth yang mempamerkan produk halal tak tertumpu pada makanan je tau.
Absolutely Halal Malaysia adalah platform yang paling cekap dan strategik untuk usahawan Halal untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran jenama, menggalakkan produk dan perkhidmatan, serta mengembangkan rangkaian perniagaan untuk mencapai pasaran halal di seluruh dunia.
ok kene register dulu ek, baru boleh masuk. Tak yah bayar lah PERCUMA
termiss untuk dapatkan goodies bag so dapat ini jelah dan wrist band
Industri halal meningkat dengan sangat cepat dan pihak penganjur menganggarkan bahawa lebih 80,000 pelawat tempatan dan antarabangsa akan melawat pameran selama 3 hari ni.
Lebih daripada 280 gerai dari syarikat dan produk yang berbeza yang menyertai Ekspo Absolutely Halal Malaysia ini, Disebabkan tadi kak lily sampai tak berapa awal so miss lah nak dapatkan goodies bag masa pendaftaran tuh kan hehehehe kalau weekend ni korang dating for sure dapat goodies bag tuh ek.
Sempat jugak kak lily singgah beberapa booth yang menarik hati seperti :
MPOC - 2046-2049
DÉRA Pouch - 1009
TSL - 1008
Skylength – 1077 and 1078
Gold Leaf - 2063
Omnomom Mochi - 1088
Sushika - 1079
MZ Nusantara - 2096
KMT 2054 – 2055
Otak Otak FT - 2078
MURAH ZONE
Kalau korang nak tau, di dalam ekspo ni jugak ada terdapat MURAH ZONE di mana pelbagai jenis produk tak kira makanan mahupun produk kegunaan harian di jual di sini pada harga yang sangat murah.
ade jual jugak hah sos gochujang ni hah, murah plak tuh
Ada air Doreamon ni hah, comel nau. Satu RM3.90 (Beli 10 pada RM30 tau Beli 5 pada harga RM17)
hah favourite akak ni, sedapnya kalau dapat sekotak beso kan
kacang botak kemain banyak lagi ade ek
murahhhh
keropok kulit ikan dory
coklat
murah kuay teow ni ek
ramennn
Selain daripada korang dapat merasa segala jenis makanan secara percuma, ada juga Demo masakan daripada Chef terkenal, sessi 'Meet and greet' dengan selebriti terkenal, cabutan bertuah dan banyak lagi.
Kalau pembelian menggunakan aplikasi Maybank QRPay dan AHM korang boleh dapat diskaun kaw-kaw ye
kemain sedap wei air ni, avocado dengan coklat hah
Absolutely Halal Malaysia bukan sahaja membolehkan usahawan sektor halal untuk meningkatkan pendapatan, produktiviti, penjenamaan, rangkaian, dan promosi, tetapi juga menyediakan penganjur dengan peluang untuk menarik pengunjung bukan-Muslim yang lebih luas untuk menghadiri pameran.
Kami berharap kewujudan ekspo halal ini dapat memupuk dan memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai halal di mana konsep halal bukan hanya berkaitan dengan makanan, tetapi sesuai untuk alam semesta tanpa mengira bangsa dan agama, dan ini seiring dengan tanggapan Absolutely Halal Malaysia - Halal Bagi Semua
Mari LIKE dan FOLLOW mereka di social media berikut :
Facebook Page :
Instagram Link :
#AHM
#AHM2019
#AbsolutelyHalalMalaysia
#Halal
#HalalIsForEveryone
#HalalFoodAndBeverage
#MaybankQRPay