Showing posts with label #bloggerkakimakan. Show all posts
Showing posts with label #bloggerkakimakan. Show all posts

Tuesday, June 9, 2020

Persahabatan Ini

Hi Korang,



Persahabatan ini

Ermm tidak di rancang
Ianya datang tiba-tiba, walaupun kenal dah lama namun tidak pernah serapat ini dan asalnya dari blogging saja



Persahabatan ini

Hadir dengan pelbagai jenis perangai

Ada yang syaiton hanat
Ada yang kemain lemah lembutnya
Ada yang pemalu ya amat
Ada yang beradab dan bersopan santun tutur katanya

Apapun satu perangai yang sama adalah suka makan dan masing-masing hormat di antara satu sama lain

Namun persahabatan ini

Kadang kala ada pasang surutnya, dalam suka-suka bergelak ketawa tiba-tiba terus jadi perang mulut yang sampai tak bertegur sapa, block nombor, tak angkat telefon, merajuk, kecik hati, menyampah dan memacam lagi

Apa-apa pun persahabatan ini,

Semoga kekal berpanjangan selama-lamanya, walaupun jauh di mana jua berada namun tetap dekat di hati

Dan sebab-sebab inilah kak lily sayang mereka-mereka ini seperti adik sendiri.




Wednesday, July 29, 2015

Beraya Di Nandos Sunway Putra Mall Bersama #BloggerKakiMakan

Hi Korang,

Raya-raya pun sibuk nak pi makan ayam lagi kan.

nampak Shakiddo menyelit kat belakang kan..

Eh ayam Nandos tuh, mana boleh jemu wei hehehehehhehe

menunggu diorang ni sampai sempat aku shopping beg laptop kan

kali ni sohoque banjer plak huahauhau

Ktorang dengan bebudak #BloggerKakiMakan ke outlet Nandos di Sunway Putra Mall, alah berhadapan dengan PWTC tuh. Dulu shopping tu nama The Mall, sekarang dah tukar lah maybe management baru kan. Senang nau nak pi, ikut sign PWTC so sampailah kat shopping mall ni.


Outlet yang baru ni terletak di level Ground Floor, turun je daripada ecsalator bahagian tengah tuh, tinjau ke kiri nampaklah restoran Nandos ni.






Not bad juga deco restoran ni, kemain unik lagi. Kira macam esklusif gituh. Tengok ni

Kan! cantik kan!

menu kecik yang ada semua gambar menu makanan kan

soft drinks, free refill ek

Sebab hari tuh ktorang dah cuba makan Ramadan Platter, now tukar selera lah sket. So memasing pun ikut tekak memasing time mengorder makanan. Yang best tuh, nama makanan kan ala-ala latin sket so blur-blur nasib baik adik waitress tuh tunjukkan gambar so barulah senang nak order.

Chicken Soup - roti macam butterfly kan

Grilled Chicken Wrap dengan 2 side dish

Angry Mango Wrap with 1 side dish

Espetada Carnival with 2 side dish

Grilled Chicken Burger with 2 side dish

Butterfly Burger with 1 side dish

Chicken Wings with 2 side dish

Grilled Chicken Cataplana



Tengoklah sekali makanan sampai, rasa cam juling bijik mata tak tau nak makan mane satu. Hehehehhe

semua sos mesti kena ada kan


Bila time makan tuh, kemain senyap memasing makan. Begitu tekun sekali tanpa pandang kiri kanan huahauhau. Dah kenyang tuh, barulah memasing buka mulut balik sambung bercakap.

sebelum makan, mesti kena amik gambo dulu huahauhau

Korang kalau tup-tup terpacul kat area PWTC ni then tak tau nak makan apa, mai la singgah ke sini ek.

Restoran Nando's
Lot LG 24, Sunway Putra Mall, 
Kuala Lumpur

Phone:03-4050 1852
Hours: 10:00 am – 10:00 pm

Just check it out di nandos.com.my untuk keterangan lanjut ek.

Monday, July 6, 2015

Buka Puasa Di NANDO’S Bukit Indah, JB

Hi Korang,

Weekend lepas aku tak balik KL pun sebab Mr Big cakap tak perlah tak yah balik sebab next weeknya nak balik untuk raya pulak kan. Kira dapatlah jimat sket untuk raya nanti, kang tak cukup duit nak berjalan raya nanti hehehhe.



So nak buka dengan sapa plak ni kan?

jadilah dikongsi bersama kan

Haruslah aku ajak adik aku dengan kawan aku Mariana sekeluarga buka sekali. Ktorang pilih untuk berbuka puasa di Nandos, sebab aku ada dapat voucher hari tuh masa makan di Nandos Alamanda. So why not di kongsikan bersama dengan mereka yang tersayang kan, murah rezeki ktorang sekeluarga nanti. 

Memang cabaran betul bila berbuka di luar time hujung minggu, merata tempat penuh. 

Nasib baik Nandos ada kira macam service ‘Chup Meja’.


Hah aku pun tak tau gak, ktorang sampai awal hari tuh dan terus ke restoran Nandos ni. Abang manager tu bagitau diorang ada service ‘Chup Meja’ ni. Alah bagitau je nak order makan, then bayar terus. Lepas tuh, bolehlah pi shopping dulu sampai tunggu waktu berbuka kan. 






update dulu sementara nak tunggu wak tu buka, laju tu WiFi kan


Tengoklah ramainya orang berbuka puasa di Nandos ni, yelah makanan sihat, memang eloklah berbuka di sini bersama keluarga kan.


Of courselah kitaorang makan Ramadan Platter

2 x 1/4 Chicken with 2 sides

1 x Large PERI Chips

2 x Bottomless soft drinks

2 x Orange Bolo Cake

pada harga RM59.00 dan bila di tambah dengan GST jadi RM62.54





Bolo Orange Cake, macam Bika Ambon pun ada gak 

Ktorang order 2 set sebab 5 orang dan tambah mushroom soup untuk si budak kecik Marissa ni, melayan budak dapat puasa kan, tunaikanlah hajat sikecik tuh. 

Dengar je azan terus baca doa dan makan. 


semua sos amik, tamak kan



erm makan tak henggat kan

Bila time makan tu senyap betul cuma dengar bunyi sudu garfu berlaga dengan pinggan kan. Ktorang pun gituh gak, laju je adik aku menyuapkan makan. Siap bertukar-tukar sos lagi untuk di makan sekali dengan ayam grill. Sudahnya sedap pulak sos-sos Nandos ni di campur-campur kan. Pedas, masam semua ada sekali gak.

happy semuanya dapat makan kan

lepas ni ko banjer aku plak makan ek dik!

Ok ok korang yang kat JB ni kalau dah teringin nau lepas baca entry aku ni nak makan Nandos, mehlah ke 

Nando’s Restaurant
Lot G03, Ground Floor,
AEON Bukit Indah Shopping Centre,
No.8, Jalan Indah 15/2, Bukit Indah, Johor Bahru

Tel : 07 - 234 6555

Kalau dah tak de seat nak berbuka kat restoran, why not korang takeaway je


Senang kan, tak yah nak pening-pening kepala. 

Apa lagi jom berbuka di Nandos ek..eh #BloggerKakiMakan pun korang dah buka puasa di Nandos ke belum ek....