Friday, April 25, 2025

Azarine Kukuhkan Jenama Kosmetik Indonesia di Pasaran Malaysia, Anjur “Azarine Take Over Kuala Lumpur” di Starhill Kuala Lumpur

Hi Korang,

Selepas mencuri tumpuan pada tahun 2024 dengan acara bertemu peminat yang memecahkan rekod bersama duta global Lee Minho, jenama kecantikan terkemuka Indonesia, Azarine Kosmetik, kembali dengan detik besar terbaharunya. 


Bulan April ini, Azarine dengan bangganya mempersembahkan “Azarine Take Over Kuala Lumpur”, satu aktiviti selama lima hari yang akan berlangsung di Piazza Starhill, Bukit Bintang – sebuah destinasi membeli-belah berprestij di tengah-tengah ibu kota.


Menariknya, Azarine menjadi jenama Indonesia pertama yang menganjurkan acara sebegini di Starhill, Kuala Lumpur – lokasi mewah yang terletak berhadapan dengan Pavilion Kuala Lumpur.





Acara ini akan berlangsung dari 23 hingga 27 April 2025, dari jam 11:00 pagi hingga 10:00 malam, dan akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik, pengalaman kecantikan eksklusif, serta hiburan istimewa untuk para pengunjung.

Azarine Malaysia memainkan peranan penting dalam penganjuran acara ini, dan yang lebih membanggakan, ia diadakan dengan kerjasama Watsons Malaysia. Kolaborasi ini bukan sahaja meningkatkan keterlihatan jenama di peringkat antarabangsa, malah membuktikan bahawa jenama kecantikan dari Indonesia mampu bersaing di pasaran global. Menerusi kerjasama ini juga, produk penjagaan kulit dan solekan Azarine yang telah memenangi pelbagai anugerah kini akan tersedia secara rasmi di Watsons di seluruh Malaysia, memudahkan para peminat kecantikan untuk mendapatkan produk jenama ini.

Sepanjang lima hari acara ini berlangsung, pengunjung akan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan dan membuka perspektif baru mengenai kecantikan serta gaya hidup sihat. Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk:

● RM20 untuk sesi Pound Fit bersama Pound Icon Malaysia, Hanis

● RM55 untuk Personal Color Analysis bersama Certified Image Consultant; Sufi Syazwani

● RM80 untuk Dance Workshop bersama Ling Zhang

Setiap peserta juga berpeluang menerima baucar diskaun dan produk Azarine sebagai cenderahati.


Selain itu, Azarine menawarkan pelbagai promosi dan hadiah menarik, antaranya:

● Pembelian 2 sunscreen melayakkan pengunjung membuat rantai kunci khas (DIY Keychain)

● Pembelian minimum RM50 untuk bermain permainan Spin & Wheel

● Pembelian minimum RM75 melayakkan pengunjung untuk mendapatkan Azarine Multi Acids Toner secara percuma


Pengunjung juga boleh menikmati aktiviti percuma seperti; penggunaan pelindung matahari tanpa had, permainan “ring toss”, ujian kelembapan kulit, serta percubaan produk terpilih Azarine secara percuma.

Selain itu, persembahan istimewa oleh Jemput Dengar turut diadakan bagi memeriahkan acara dan menghiburkan para pengunjung pada 24hb pukul 6 petang.




“Selepas kejayaan luar biasa acara peminat bersama Lee Minho, kami teruja untuk membawa semangat dan kreativiti yang sama ke Kuala Lumpur,” kata Dhita Algha Pratama, Pengurus Pemasaran Azarine Kosmetik. “Kehadiran kami di Starhill bukan sekadar untuk keterlihatan, tetapi ia adalah satu isyarat bahawa jenama kecantikan dari Indonesia sudah bersedia untuk mencipta trend, merentas sempadan, dan memimpin perbualan di seluruh Asia.”

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara yang penuh keterujaan ini! Datang dan alami dunia unik Azarine Cosmetic di Starhill, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari 23 hingga 27 April 2025!

Untuk maklumat lanjut, layari Instagram rasmi Azarine Malaysia: @azarinecosmetic.my dan TikTok: @azarinemalaysia.


No comments :