Hi Korang,
Bermulalah episod bufet ramadan bagi tahun 2025 di blog www.ciklilyputih.com.
Pelbagai jenis hotel, restoran, café yang menawarkan buffet ramadan untuk kita berbuka puasa nanti. Untuk kali ini kak lily ada sediakan info bagi mereka yang ingin berbuka puasa di Tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur iaitu World Trade Centre (WTCKL)
Lebih 300 juadah disediakan dalam bufet ramadan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) yang akan berlangsung bermula 7 hingga 28 Mac nanti.
Pengurus Komunikasi Pemasaran WTCKL, Hadi Wahab berkata, bufet istimewa bertemakan ‘Laman Tradisi’ tersebut ditawarkan pada harga RM148 bagi seorang dewasa dan RM85 bagi warga emas serta kanak-kanak (berumur tujuh hingga 12 tahun). Bagaimanapun katanya, orang ramai boleh merebut peluang mendapatkan harga awal iaitu RM118 seorang bagi dewasa.
“WTCKL menyediakan lebih 300 jenis hidangan istimewa tahun ini dengan lima rotasi menu berkonsepkan juadah tradisi kampung dengan keunikan kepelbagaian citarasa Malaysia,” katanya ketika majlis pelancaran bufet ramadan tersebut baru-baru ini.
Setiap hidangan yang disajikan diutamakan dengan kualiti dan cita rasa yang unggul, dengan itu WTCKL dengan bangga mempersembahkan kehebatan pasukan kulinari, yang diketuai oleh Chef Eksekutif Suzaini Mohamed Salih, bagi menyajikan hidangan istimewa yang pastinya akan membuka selera untuk berbuka puasa di sini.
Selain itu, terdapat 16 gerai yang menghidangkan aneka juadah berbuka puasa merangkumi aneka sup berempah, aneka kerabu, kambing panggang, masakan western, rojak, apam balik, kudapan dan pelbagai jenis minuman.
“Tidak dilupakan hidangan paling popular kami yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu bubur lambuk istimewa WTCKL.Kembali atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati menampilkan Nasi Kandar Saddam yang cukup popular di Kuala Lumpur,” katanya.
Baucar pembelian awal boleh dibeli secara langsung dari:
Restoran Riverside
Hubungi talian 03 2614 6701/6702
Program Infaq Kasih 2.0 x USIM Living Lab
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, sempena ramadan tahun ini, WTCKL berbesar hati meraikan Program Infaq Kasih 2.0 x USIM Living Lab yang mendapat kerjasama Food For Gelandangan (FFG), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Rumah Kebajikan Ronald McDonalds dan Creative 7 Legacy.
“Seperti yang kita semua sedia maklum, Infaq Kasih merupakan salah satu CSR projek yang dianjurkan bertujuan untuk membantu golongan gelandangan dan miskin bandar yang berada di sekitar bandar Kuala Lumpur. Program ini bukanlah hanya projek CSR semata tetapi adalah untuk kita menjalankan tanggungjawab sebagai masyarakat yang prihatin dengan nasib orang lain yang lebih memerlukan dari kita,” katanya.
Katanya, pengumpulan barang yang ingin diinfaqkan akan bermula di pertengahan bulan Februari di mana antara barangan atau keperluan asas yang boleh diinfaqkan adalah seperti pakaian atau mainan terpakai, keperluan asas seperti sabun dan juga makanan kering seperti beras.
“Aktiviti pengagihan akan berlangsung pada 21 Mac, di mana kita akan berkumpul di WTCKL dan bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan iaitu di beberapa kawasan gelandangan dan miskin bandar di Kuala Lumpur,” katanya.
Untuk info lanjut, layari :
Laman web https://riverside.wtckl.com/
No comments :
Post a Comment