Monday, February 3, 2025

Bufet Ramadan 2025 | Icip-Icip Desa di Micasa All Suite Hotel, Kuala Lumpur

Hi Korang,

Raikan bulan suci Ramadan bersama kami di MiCasa All Suite Hotel, di mana kami menjemput anda untuk menikmati hidangan makan malam untuk menyatukan keluarga dan rakan-rakan.
 

Rasai semangat bulan yang diberkati ini dengan bufet yang meriah menampilkan citarasa dan tradisi Ramadan, bertemakan "lcip Icip Desa," yang disediakan khas oleh Chef Adrian dan pasukannya.

lstimewa Buffet Makan Malam di Micasa All Suite Hotel








Resepi Asli dari Utara dan Selatan Tanah Air. Nikmati pelbagai hidangan tradisional, menampilkan hidangan klasik yang menyelerakan seperti Kera bu Kerisik Kulit Tmun, Nasi Ambeng, Nasi Ulam Ayam Percik, Asam Pedas Tetel & ltik Salai Masak Lemak Cili Api. Chef hanya menggunakan bahan-bahan terbaik untuk membawa citarasa keistimewaan tempatan kepada para tetamu.



Nikmati pilihan sup dan salad segar yang disediakan untuk berbuka puasa, termasuk Sup Ekor, Lautan Seafood (kembali atas permintaan ramai), Kambing Panggang dan pelbagai jenis sos yang menyelerakan.

Tiada makan malam yang lengkap tanpa pencuci mulut. Pilih dari pelbagai jenis kuih tradisional Melayu, 10 jenis Jeruk, Pengat Pisang dan Nangka, ABC & cendol, yang sempurna dilengkapi dengan pilihan buah segar, teh tarik, kopi, dan pelbagai pilihan minuman dalam balang.








Team Shiso menyediakan live station di mana chef akan memasak hidangan di hadapan para tetamunya. 



lni bukan sahaja memastikan hidangan disajikan segar dan penuh dengan rasa, tetapi juga memberi pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk makan malam korang, yang mana korang dapat melihat sendiri bagaimana hidangan disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar dan berkualiti tinggi.

MiCasa All Suite Hotel komited untuk menyediakan persekitaran yang mesra dan selesa. Ruang makannya yang luas sesuai untuk keluarga dan kumpulan, memudahkan korang berkongsi keberkatan makan malam dengan yang tersayang.


Tarikh: Mulai 7hb - 23hb Mac 2025

Masa: 6:30 petang - 10:00 ma lam

Harga: RM139 bersih bagi setiap dewasa, RM95 bersih bagi setiap warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak(5 - 12 tahun)

Harga Awai: lOhb Januari - 28hb Februari 2025: RM109 bersih bagi setiap dewasa, RM95 bersih bagi setiap warga emas (60 tahun ke atas) dan setiap kanak-kanak (5 -- 12 tahun)

Maklumat Tempahan:

Sila hubungi talian umum hotel di +603 2179 8000 Ext: 7088 atau WhatsApp ke Restoran Shiso Dining di +6017 219 6126 atau email ke fnbkul@micasahotel.com

Tempahan berkumpulan, perjumpaan besar dan pembelian voucer boleh berhubung dengan Jabatan Jualan kami di 03- 2179 8181 atau email ke infokul@micasahotel.com. Micasa menawarkan pakej yang boleh disesuaikan untuk memastikan pengalaman berbuka yang tidak dapat dilupakan mengikut keperluan korang.


Tempat duduk akan diatur dengan teliti untuk memastikan ruang yang mencukupi antara tetamu dan tempahan awal sangat digalakkan.

Kadar tetap tempat letak kereta RM8.00 bersih bagi setiap kemasukan dan kemudahan surau tersedia. Tempah meja korang hari ini dan sertailah untuk malam penuh kegembiraan sepanjang bulan istimewa ini.


Shiso Dining
MiCasa All Suite Kuala Lumpur 
368B Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Enquiry: +6017 2196126

No comments :