Hi Korang,
Beribu-ribu rakyat Malaysia membanjiri Putrajaya untuk menyertai Hari Sarapan Malaysia MILO® 2025 yang amat dinanti-nantikan. Lebih 23,000 pelari dan 13,000 sahabat-handai, serta ahli keluarga dari semua peringkat usia bersemangat meraikan kembalinya hari yang amat bermakna ini dengan menyertai pelbagai aktiviti penuh bertenaga, terutamanya MILO® Breakfast Run yang menjadi tumpuan utama.
MILO MBD 2020 - 75th Anniversary Logo Unveil with Athletes
Sempena ulang tahunnya yang ke-75 di Malaysia, MILO® meneruskan misi untuk menyediakan khasiat pemakanan bagi membekalkan tenaga dan mencapai cita-cita negara, sambil membakar semangat rakyat Malaysia sepanjang kehadirannya di negara ini. Jenama ini juga terus memberi sokongan padu kepada pembangunan sukan negara – daripada menganjurkan program sukan peringkat akar umbi kepada usaha menggalakkan gaya hidup sihat menerusi khasiat pemakanan.
“MILO® berbangga untuk membekalkan khasiat kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia selama 75 tahun. Sempena ulang tahun ini, kami terus komited untuk memberi inspirasi kepada mereka untuk memulakan hari dengan penuh bertenaga dan bermatlamat, memandangkan MILO® sentiasa menggalakkan amalan dan gaya hidup sihat. Sejajar dengan tema ulang tahun MILO® 'Dulu, Kini dan Selamanya Demi Malaysia’, kami terus berpegang kepada nilai-nilai yang menjadikan MILO® sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia sejak turun-temurun,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO® Malaysia.
MILO® Malaysia Breakfast Day telah menyatukan lebih setengah juta rakyat Malaysia sejak dimulakan pada 2013 untuk mendorong mereka memulakan hari dengan sarapan berkhasiat. Acara ini bukan sahaja melibatkan kegiatan fizikal – tetapi juga berusaha membudayakan amalan pemakanan sihat, termasuk kepentingan menikmati sarapan berkhasiat sambil menggalakkan gaya hidup positif.
Majlis pembukaan acara lebih bermakna lagi dengan pelancaran Logo Sambutan Ulang Tahun ke-75 MILO® oleh Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad; Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Pengerusi Nestle (Malaysia) Berhad; Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO® Malaysia; Mohamad Sujairi bin Mohd Ishak, Ketua Penolong Pengarah Perbadanan Putrajaya; Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negara; ACP Aidi Sham Mohamed, Ketua Polis Daerah Putrajaya; dan 75 atlet Malaysia, termasuk bintang-bintang legenda seperti Datuk Marina Chin, dan Dato’ Mirnawan Nawawi. Sementara itu, sahabat MILO®, penerjun negara Bertrand Rhodict Lises, serta selebriti Nadhir Nasar dan Erysha Emyra, telah membuat penampilan istimewa untuk memeriahkan lagi acara.
MILO MBD 2020 - Breakfast Run 7.5km
MILO MBD 2020 - 75th Anniversary Logo Unveil with Athletes
Tumpuan utama acara ialah MILO® Breakfast Run yang menghimpunkan peserta untuk memulakan hari dengan berlari sejauh 3km atau 7.5km. Para peserta disambut di garisan penamat dengan pelbagai aktiviti bertenaga termasuk sesi MILO® Fitness Workout termasuk tarian aerobik Zumba dan senaman Strong Nation. Di samping itu, peserta boleh mengunjungi reruai rundingan pemakanan yang menawarkan pemeriksaan BMI percuma dan nasihat peribadi untuk mengamalkan diet seimbang dan kekal aktif.
MILO MBD 2020 - Perlumbaan Guni
MILO MBD 2020 - Konsultasi Diet & BMI
MILO MBD 2020 - Goodness Workout - Zumba
Turut diadakan ialah permainan sukan interaktif, aktiviti pendidikan menyeronokkan dan persampelan MILO® untuk mengisi masa pengunjung dan menghilangkan dahaga mereka dengan minuman penuh bertenaga sepanjang hari.
MILO® Goodness Truck kembali dengan pengalaman 360° mengasyikkan, membolehkan orang ramai melihat di sebalik tabir cara MILO® disediakan sambil memaparkan nilai-nilai jenama dan inisiatif-inisiatif kelestariannya. Trak bergerak ini juga menjadi titik hubungan interaktif pengunjung menyelami warisan jenama.
“Peluang menyertai MILO® Malaysia Breakfast Day buat kali pertama merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Saya teruja melihat begitu ramai orang berhimpun di sini, terutamanya golongan belia yang mengamalkan gaya hidup cergas seperti yang disokong oleh MILO®. Acara ini mendorong saya untuk terus memupuk gaya hidup sihat dan menggalakkan generasi muda untuk memulakan hari mereka dengan penuh bertenaga – iaitu dengan minum MILO®,” kata Nadhir Nasar, Sahabat MILO®.
Menjangkaui Acara: Komitmen kepada Kesihatan dan Komuniti
Acara MILO® Malaysia Breakfast Day memperlihatkan usaha berterusan MILO® untuk menggalakkan gaya hidup lebih sihat, mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan mengeratkan hubungan masyarakat. “Acara ini meraikan kesihatan, perpaduan dan minat berterusan rakyat Malaysia terhadap MILO® sambil kita memberi inspirasi kepada semua dengan khasiat kebaikan dalam setiap cawan yang disajikan. Kami gembira untuk melibatkan penyertaan begitu ramai orang di Putrajaya hari ini, dan kami berharap untuk membawa program yang menarik dan bermanfaat ini ke negeri-negeri lain,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MILO® Malaysia.
MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 bakal Menjelajah Johor, Pulau Pinang dan Pahang!
MILO® Malaysia Breakfast Day 2025 akan terus menyebarkan khasiat kebaikan ke beberapa lokasi di seluruh negara, dengan membawakan sambutan penuh bertenaga ke Johor pada 16 Februari 2025, Pulau Pinang pada 23 Februari 2025 dan Pahang pada 20 April 2025, dengan lebih 75,000 penggemar MILO® dijangka turut serta, menjadikannya antara acara paling bermakna sepertinya.
Untuk maklumat lanjut mengenai MILO® Malaysia Breakfast Day 2025, sila layari www.milo.com.my
No comments :
Post a Comment