Friday, January 31, 2025

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Yalo Yalo Yumm, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur

Hi Korang,

Seriously siapa yang tak suka dengan nasi lemak kan!!


Hidangan no. 1 pilihan rakyat Malaysia untuk bersarapan pagi tak kiralah masak sendiri, beli di tepi jalan mahupun makan di kedai-kedai makan ataupun fancy restaurant. Sekarang nasi lemak boleh di nikmati pada bila-bila masa sahaja asalkan teringin.

Namun pabila dah banyak gerai ataupun kedai yang menjual nasi lemak tumbuh bagai cendawan, yang mana majoritinya telah mempelbagaikan cara masakannya sampai kita sendiri tidak tahu bagaimana rasa keaslian nasi lemak itu sendiri.

Tapi tidak dengan yang satu ini.


Pemilik restoran Yalo Yalo Yumm yang terletak di Jalan Klang Lama Kuala Lumpur ini berkata chef di sini berusaha mengekalkan rasa sebenar Nasi Lemak itu seperti mana yang dinikmati dari zaman dulu lagi. Bukan sahaja rasa nasi yang cukup dengan santan dan rempahnya, malah yang paling penting dalam satu hidangan Nasi Lemak adalah sambalnya.

Tapi macam tak sangka kan ada kedai nasi lemak di Jalan Klang Lama yang pesat membangun ini.

Nasi Lemak Pelbagai Menu Lauk


Akhirnya kak lily dapat rasa sebenar nasi lemak itu.


Di sini korang boleh memilih samada mahukan sambal yang kering atau yang sedikit basah. Cukup dengan rasa pedas dan juga tidak terlalu berminyak dan ianya membuatkan Nasi Lemak lebih enak dan lazat. Nasi Lemak yang dihidangkan juga boleh dipadankan dengan pelbagai jenis lauk pauk istimewa seperti Ayam Goreng Berempah, Ayam Rendang, Daging Rendang, Sambal Kerang, Sambal Manis Udang, Sambal Petai dan Tempe Kicap Manis.


Kak lily suka hidangan menu lauk Ayam Rendang atau Daging Rendang, Rasa rendang cukup seperti dimasak dikampung-kampung dan daging cukup empuk. Kalau tak raya pun boleh datang makan rendang kat sini memang betul-betul puas. Bagi yang suka pedas-pedas manja boleh makan bersama Sambal Udang, Sambal Kerang dan juga Sambal Petai.



Bagi memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati masakan Nasi Lemak kat sini mereka juga sediakan lauk yang tidak pedas langsung iaitu Ayam Goreng Sos Laici dan juga Ayam Goreng Sos Siam Mayo. Kedua-dua ini manis yang begitu pekat sosnya. Memang puas hati makan semua kat lauk dan juga Nasi Lemaknya.

Hidangan Lain Juga Ada



Kalau tak nak makan nasi lemak atau nasi putih boleh juga pilih hidangan Mee Goreng Bodo. Tapi bagi sesetengah orang mee goreng ni agak pedas tapi still ok for me. 




Juadah sampingan lain yang ada untuk kudap-kudapan kat sini sepeti Popia Mayo Udang Berjaring atau Popia Ayam Berjaring. Rengup dan lembut di dalamnya.

Minuman Istimewa Di Hidangkan








Minum pula special kat sini ada Thai Tea atau Thai Green Tea yang pekat tapi tidak terlalu manis. Minuman kopi vietnam juga ada, samada mahu yang panas mahupun yang sejuk, kesemuanya boleh di pelbagaikan. 


Pencuci mulut pula ada satu yang istimewa dibawa khas dari Philipina iaitu Yalo Halo. Dessert ini ada pelbagai rasa dalamnya korang boleh nampak ada puding jagung, ada cendol, dan macam-macam lagi. Kena makan setiap bahagian cawan tu baru dapat rasa nikmatinya.

Waktu Operasi Restoran Yalo Yalo Yumm



Restoran Yalo Yalo Yumm ni buka hari Selasa sampai Ahad dan Isnin mereka tutup. Operasi dari jam 12.00 tengah hari hingga 10.00 malam. Jadi boleh datang cuba makan tengahari atau makan malam. Restoran pun cantik kemas dan dekorasi yang menarik. Kalau korang dah datang cuba makan sini boleh tinggal komen kat sini. Nak tahu juga apa pendapat korangkan. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

Lokasi : 

Yalo Yalo Yumm
G-09, Residensi Platinum Arena,
Jalan Klang Lama, Taman Sentosa,
Kuala Lumpur


Maklumat lanjut layai sosial media:



No comments :