Tuesday, December 10, 2024

THE CURVE Meraikan Musim Perayaan Krismas dan Ulangtahun Ke-20 Dengan Sambutan Berganda Yang Meriah

Hi Korang,

Musim perayaan Krismas bakal menjelang tiba, dan the Curve telah bersedia untuk meraikannya dengan penuh keajaiban bersama anda! Dari 30 November 2024 hingga 1 Januari 2025, the Curve mengalu-alukan para pengunjung untuk menyertai Kempen Krismas 'Gift of Joy'


Kempen tahun ini bukan sekadar meraikan musim perayaan ini - ia juga sempena Ulang Tahun ke-20 the Curve, sebuah sambutan untuk meraikan kegemilangan dua dekad yang dipenuhi dengan kenangan yang bermakna, ikatan komuniti dan pertumbuhan yang cemerlang.


Dengan tema 'Gift of Joy' sambutan ini menggabungkan keceriaan musim perayaan Krismas dengan imbauan nostalgia warisan the Curve. Menampilkan hiasan Krismas yang mempesonakan dan juga pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, the Curve muncul sebagai sebuah destinasi yang ideal untuk keluarga, rakan dan juga komuniti untuk mencipta kenangan perayaan Krismas yang tidak dapat dilupakan serta meraikan kegemilangan selama dua dekad pusat beli-belah ini.

"Sejak 20 tahun yang lalu, the Curve telah menjadi tempat di mana persahabatan terjalin mesra, keluarga mencipta kenangan bersama, dan juga komuniti berkumpul," kongsi Cik Elaine, Pengurus Pusat the Curve. 


“Kempen ‘Gift of Joy’ tahun ini mempunyai makna yang lebih istimewa kerana ia bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-20 kami. Ia adalah cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami, dan pada masa yang sama turut memeriahkan sambutan Krismas dan juga mencipta kenangan baharu bersama para pengunjung.”

Krismas ini, Centre Court the Curve di transformasi menjadi sebuah ruang keajaiban Krismas yang mempesonakan dengan hiasan bungkusan hadiah gergasi serta lampu-lampu yang berkerlipan. Setiap sudut direka untuk membangkitkan keriangan dan juga keterujaan membuka bungkusan hadiah, yang mencerminkan erti sebenar perayaan Krismas iaitu memberi dengan ikhlas dan murah hati.

Para pengunjung boleh menantikan pengalaman “Jingle Snow” yang mempesona di Western Courtyard. Pada hujung minggu tertentu sepanjang Disember dan pada Hari Krismas, para pengunjung boleh merasai keajaiban musim sejuk yang indah dalam sesi salji selama 15 minit bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.


Kempen 'Gift of Joy' the Curve menawarkan pelbagai aktiviti yang menyemarakkan lagi semangat Krismas bagi para pengunjung dari semua peringkat umur. Hujung minggu bakal dimeriahkan dengan persembahan yang menarik, termasuk persembahan muzikal yang menampilkan penari dalam kostum berupa kotak hadiah gergasi. Para pengunjung juga akan dihiburkan oleh nyanyian lagu Krismas, persembahan koir, persembahan saksofon dan juga persembahan pancaragam yang hebat dan pastinya memeriahkan lagi sambutan perayaan di pusat beli-belah tersebut.

Untuk pengunjung berkeluarga, Sudut Kraf Kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyerlahkan kreativiti mereka dengan aktiviti seperti menghias hiasan Krismas dan biskut, membuat topi Santa, dan sudut bercerita yang selesa yang dipenuhi dengan kisah perayaan. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan anak-anak mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan sambil mencipta kenangan yang ceria bersama the Curve.



Menjelang sambutan Ulang Tahunnya yang ke-20, the Curve juga mengadakan peraduan media sosial 'Dulu & Sekarang' dengan mengalu-alukan para pengunjung untuk mengimbau nostalgia, berkongsi foto dari kunjungan lalu mereka dan mencipta semula detik istimewa tersebut secara kreatif di the Curve. Inisiatif ini bukan sahaja meraikan warisan pusat beli-belah tersebut tetapi juga mengukuhkan komitmen the Curve untuk menjadi sebuah destinasi kegemaran ramai yang penuh dengan kenangan lama yang bermakna dan juga kenangan baharu yang bakal dicipta.

Bagi menyemarakkan lagi keterujaan, the Curve bakal menganjurkan sesi Cabutan Bertuah Utama dalam talian melalui Facebook dan Instagram LIVE pada 14 Disember 2024. Hadiah utama termasuk sebuah Honda WR-V, pakej pelancongan berdua ke London, ihsan Boustead Travel dan Royale Chulan Hyde Park, dan TV Pintar Sony 65-inci oleh Mutiara Spaces. Hadiah saguhati lain termasuk sofa mewah dan set makan oleh Maju Home, Sony PlayStation 5, baucar petrol BHP dan banyak lagi.

Untuk menyemarakkan lagi semangat perayaan, the Curve telah memperkenalkan inisiatif CSR, ‘Spread Joy, Share Love’ untuk Rumah Hope. Pada 19 Disember 2024, pihak the Curve akan melawat kanak-kanak di Rumah Hope dan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk meraikan perayaan Krismas bersama mereka. Inisiatif ini juga termasuk Tempat Pengumpulan Sumbangan Makanan & Hadiah yang disediakan di pusat beli-belah, di mana pengunjung boleh menderma makanan kering, barangan keperluan dan juga hadiah kepada mereka yang memerlukan. Semua sumbangan akan disampaikan kepada Rumah Hope agar kanak-kanak tersebut turut dapat merasai kegembiraan di musim perayaan ini.

Para pengunjung boleh menikmati program Hadiah dengan Pembelian (GWP), di mana mereka berpeluang untuk memenangi hadiah misteri dari paparan Kalendar Advent Gergasi dengan berbelanja RM350 dan ke atas. Setiap hari bakal hadir dengan kejutan baharu yang menampilkan pelbagai hadiah serta baucar tunai untuk dimenangi.

Bagi mereka yang inginkan keseronokan interaktif, the Curve telah menyediakan ruang kreatif di mana pengunjung boleh menulis mesej perayaan, menyebarkan semangat positif, mengeratkan hubungan, dan menggunakan ‘Good Deeds Board’ untuk berbuat baik bagi memberi lebih makna kepada musim perayaan ini.


Dalam meraikan Ulang Tahun ke-20, seiring dengan kempen 'Gift of Joy' the Curve bukanlah sekadar sebuah pusat membeli-belah. Ia kekal sebagai sebuah destinasi yang meriah di mana kenangan dicipta bersama, hubungan saling dieratkan, dan keindahan musim perayaan dikongsi dengan semua.
 
Untuk maklumat lanjut tentang kempen 'Gift of Joy' dan sambutan Ulang Tahun ke-20, serta acara-acara lain yang akan datang di the Curve, sila layari laman web kami di www.thecurve.my,  atau ikuti kami di Facebook dan Instagram.


No comments :