Wednesday, December 4, 2024

“SERLAHKAN PESONAMU. UTAMAKAN KESEJAHTERAANMU” guardian Menginspirasi Rakyat Malaysia dengan Visi dan Kempen Jenama Baharu lagi Berani

Hi Korang,

guardian Malaysia— peruncit farmasi, kesihatan, dan kecantikan terkemuka di Malaysia—memperkenalkan visi jenama dan kempen baharu yang lebih mantap, menyeru rakyat Malaysia untuk menghargai keunikan diri mereka dan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”


Bertemakan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, mesej penuh inspirasi guardian ini dekat di hati segenap masyarakat daripada pelbagai usia dan latar belakang, menghidupkan satu gerakan di mana semua orang boleh menghargai diri mereka dan berbangga dengan perjalanan kesejahteraan mereka.


Priscilla Wu, Pengarah Urusan guardian Malaysia, berkongsi:
"Nadi “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.” terletak pada perkataan 'Serlahkan'. Ia adalah tentang kuasa yang dimiliki oleh setiap daripada kita untuk mendefinisikan kecantikan kita sendiri, kesejahteraan kita, dan benar-benar menguasainya. Ini lebih daripada sekadar kempen; ia adalah kuasa pemerkasaan diri. Kami percaya bahawa setiap orang berhak untuk kelihatan, merasa, dan hidup dengan sebaik-baiknya pada setiap peringkat kehidupan.”

guardian, sebagai jenama tempatan yang tumbuh di Malaysia 57 tahun lalu, dengan bangganya telah berkhidmat untuk rakyat Malaysia, menjangkau lebih daripada satu perempat daripada populasi negara ini dan memenuhi pelbagai keperluan kesihatan dan kecantikan mereka. Misi baharu ini adalah janji guardian untuk menyokong usaha setiap pelanggan dalam mencapai kesejahteraan hidup mereka, mengingatkan mereka bahawa setiap langkah dalam perjalanan ini adalah penting.



Dengan pelancaran video jenama yang baharu, guardian menyentuh emosi rakyat Malaysia.

Ia lebih daripada wayang gambar - ia adalah seruan untuk bertindak, mencabar penonton untuk menghargai kesejahteraan mereka, bangkit mengatasi cabaran hidup, dan menerima kecantikan unik mereka. guardian sentiasa di sini, di setiap langkah perjalanan, seperti mana kami telah berada bersama datuk, nenek serta ibu bapa anda, dan kami akan terus menjadi sahabat yang dipercayai untuk anda dan seisi keluarga anda, membimbing rakyat Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat dan indah.


Video jenama ini merakam detik-detik biasa dalam kehidupan seharian yang membentuk keindahan dalam setiap cabaran dan kejayaan, memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengawal kesejahteraan mereka, satu detik pada satu masa.

Bukan itu sahaja. Kempen guardian baharu yang menarik ini turut memperkenalkan enam visual memukau yang mewakili kesemua kategori kesihatan dan kecantikan yang tersedia di stor kami - direka untuk memenuhi setiap keperluan penjagaan diri dan kecantikan, dan menginspirasi semua orang untuk “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.” dengan cara tersendiri.

Logo ‘g’ baharu guardian yang lebih elegan dan segar turut dilancarkan, menampilkan rekaan reben beralun yang mencitrakan hubungan mendalam dan saling terhubungkait antara guardian dan pelanggannya di setiap peringkat kehidupan.

Priscilla menambah, "Hubungan kami dengan pelanggan sangat erat - ia sangat peribadi, tulen, dan bermakna. Kami di sini untuk memberi impak dalam kehidupan masyarakat dan komuniti di mana kami berkhidmat. Dengan kempen “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, kami komited untuk menyokong perjalanan setiap individu untuk menjadi versi terbaik diri mereka, dengan cara mereka sendiri. Tiada peruncit lain yang boleh menandingi kami pada skala sebesar ini, dan kami bangga untuk menerajui jalan ini.”

Sertai guardian dalam perjalanan ini untuk kelihatan, merasa, dan menjalani kehidupan dengan lebih baik! guardian sentiasa di sisi korang untuk setiap detik kesihatan dan kecantikan dalam hidup anda. 

Jadi, mulai hari ini, ambil tanggungjawab dan “Serlahkan pesonamu. Utamakan kesejahteraanmu.”, kerana dirimu layak memilikinya!


No comments :