Hi Korang,
Umumnya ramai yang sudah tahu tentang pertelingkahan antara usahawan dan selebriti terkenal tanah air Datuk Ifa Raziah serta pengacara dan penyanyi asal Singapura Roslan Shah yang hampir tujuh tahun bersengketa. Kini mereka telah bersepakat mengakhiri segala sengketa yang berlaku dengan berdamai dan buka buku baru.
Satu majlis sidang media Kemaafan Dendam Yang Terindah: Ifa Raziah dan Roslan Shah telah diadakan di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Isnin baru-baru ini.
Menurut Ifa Raziah beliau ingin membuka lembaran baru dan menutup kisah lama.
"Perselisihan faham saya dan Roslan bermula di Malaysia pada awal Januari 2018. Bayangkan hampir tujuh tahun isu ini berlarutan. Saya saya bersyukur kepada Allah kerana telah meleraikan ego Roslan dan saya, hasilnya silaturahim kembali utuh seperti dulu"
Bagi Ifa sendiri, beliau dan Roslan pun sudah lama bersahabat sehinggakan Roslan dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Bahkan seluruh ahli keluarga Ifa Raziah cukup mengenali Roslan secara dekat. CEO StarVendors ini juga berharap isu persengketaannya dan Roslan dapat dijadikan iktibar serta teladan buat mereka di luar sana yang mengalami perkara sama.
"Jangan pernah dengan cerita daripada mulut orang lain. Jika ada masalah dengan sahabat, cubalah berjumpa berterus-terang. Jangan pernah melibatkan orang luar yang menambah garam dalam persengketaan. Sesungguhnya kita kena bersangka lebih baik dan positif berbanding menyimpan perasaan dendam yang akan merugikan diri sendiri"
Sementara itu Roslan Shah berkata, beliau sudah lama menyimpan hasrat untuk berbaik dengan Ifa Raziah sungguhpun menerima respon yang cukup dingin pada awal-awal ketika beliau ingin memohon kemaafan. Roslan juga bersyukur berkat kesungguhan beliau dengan sokongan suami Ifa sendiri membantu meleraikan persengketaan 7 tahun mereka.
"Saya sudah berbincang dengan Ifa, untuk tahun baru ini rancang nak buat kenduri (tahlil dan doa selamat) untuk ahli keluarga kami yang telah meninggal dunia. Insya-Allah kalau boleh, saya nak buat majlis tersebut di Singapura dan Kuala Lumpur serta turut disertai anak-anak yatim. Sambil mendoakan buat yang telah tiada, kita bersedekah dan bagi saya itu lagi afdal"
StarVendors KL Mega Raya Fest 2025
Didalam sidang media sama, Ifa turut mengumumkan festival anjurannya iaitu StarVendors KL Mega Raya Fest 2025 yang bakal di KLBEC KL BASE Exhibiton Centre, Kuala Lumpur. Festival yang bertemakan Nostalgia Raya bakal berlansung dari 20 hingga 24 Mac 2025.
Kepada usahawan dan peniaga yang berminat boleh dapatkan harga promo Early Bird bagi booth indoor bermula RM3,999 (Intermediate), Corner RM4,499 (Corner) dan RM 9,999 (VIP). Manakala harga promo Early Bird booth outdoor pula berharga RM2,699 (Corner), dan RM2,399 (Intermediate).
Harga Early Bird ini hanya ditawarkan sehingga 31 Januari 2025. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nombor 018-3722977.