Hi Korang,
Debaran semakin terasa apabila Ballet Nights mengumumkan bahawa Duta Muda Malaysia mereka, Sophia Ong, 14 tahun, akan turut menyertai barisan penari dalam persembahan Ballet Nights Kuala Lumpur.
Sophia dipilih daripada sesi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Universiti Taylor's. Lebih 40 penari berbakat daripada 19 sekolah tarian telah menyertai uji bakat Ballet Nights Young Ambassador Program bagi merebut penghormatan berprestij ini.
Penari muda dari Sri Wilayah Ballet Centre ini, yang juga pemenang pingat Emas Asian Grand Prix Kuala Lumpur 2022 & 2023, telah memukau dengan kebolehannya menggabungkan elemen tradisional dan moden, dan gaya tarian yang penuh ekspresi.
Berbekalkan bakat dan minat mendalam terhadap seni tari, Sophia menyerlah sebagai pilihan terbaik untuk program ini, yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada penari generasi muda Malaysia.
"Kami percaya bimbingan dan pendedahan yang bakal diberikan mampu membuka peluang, memberi impak positif, dan membentuk generasi baharu bakat tarian, sambil mentakrifkan semula pengalaman balet di peringkat global," kata Maria Sascha, Pengarah Pembangunan Artistik Asia Tenggara Ballet Nights.
Maria Sascha turut memperkenalkan barisan bintang Ballet Nights Kuala Lumpur, termasuk Musa Motha, pemenang Golden Buzzer dari America's Got Talent dan Britain's Got Talent yang berasal dari Afrika Selatan. Musa juga memenangi Critics' Circle UK National Dance Award 2023 sebagai Artis Baru Terbaik menerusi persembahannya dalam Peaky Blinders oleh Rambert.
"Ballet Nights KL juga menampilkan Constance Devernay-Laurence, bintang siri Netflix yang bakal ditayangkan berjudul 'Etoile', dan pemenang Critics' Circle UK National Dance Award 2023 untuk Persembahan Klasik Wanita Terbaik menerusi peranannya sebagai Swanilda dalam 'Coppelia' (Scottish Ballet); serta Jordan James Bridge, calon Artis Baru Critics' Circle UK National Dance Award yang namanya semakin meningkat sebagai seorang koreografer yang telah berkarya untuk English National Ballet. Kami turut teruja dengan kehadiran Mara Galeazzi, ikon The Royal Ballet, yang akan menyertai barisan persembahan nanti." tambahnya.
Ballet Nights juga akan mengumumkan sebuah kerjasama yang dengan sebuah Organisasi Pemuliharaan terkenal di peringkat global, dalam masa yang terdekat ini.
Nantikan butiran lanjut.
Tiket boleh didapati di ticket2U.com.my, dengan harga bermula dari RM199.00. Pemegang kad CIMB Bank akan menikmati diskaun 20% untuk semua kategori tiket (*T&S tertakluk).
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan produksi balet antarabangsa yang pertama kalinya dihoskan secara unik. Ballet Nights adalah sebuah produksi bertaraf antarabangsa yang menggabungkan balet klasik, neo-klasik, dan kontemporari membawakan pengalaman yang imersif yang tentunya sukar untuk dilupakan oleh para penonton.
Barisan Penari Ballet Nights Kuala Lumpur.
MARA GALEAZZI
ltali, Former Star Principal Ballerina of The Royal Ballet
MUSA MOTHA
Afrika Selatan, World Dance Star of America's Got Talent, Britain Got Talent and Rambert Dance Company
CONSTANCE DEVERNAY-LAURENCE
Perancis, Former Principal Ballerina of Scottish Ballet and Star of the upcoming Amazon Prime TV Show 'Etoile'
DENYS CHEREVYCHKO
Ukraine, Former Principal of Wienner StaatsBallet & International Guest Principal
SIENNA GOING
New Zealand, Ballet Nights Tutu Ballerina and graduate of the Academie de danse Princesse Grace in Monte Carlo.
JORDAN JAMES BRIDGE
Great Britain, Star dancer of Studio Wayne MacGregor and Critics Circle Nominated Emerging Artist
GUY SALIM
Great Britain, Internationally Touring Commercial Dance Star of STOMP Worldwide, Choir of Man, CA TS The Musical, and Dancer with_BTS, Black Eyed Peas, Coldplay, Tinie Tempah, Zara Larsson.
FELICITY CHADWICK
Great Britain, Ballet Nights Rising Star
VIKTOR ERIK EMANUEL
Sweden, Ballet Nights House Concert Pianist and Resident Photographer
JAMIEL DEVERNAY-LAURENCE
Great Britain, Ballet Nights Founder, Artistic Director and Compere
LONDON BALLET NIGHTS REVIEWS
"Fresh, Unique and Inspiring" -- The New Current
"Transformative" - Parliamentary Society
"Full marks for this electric and thoroughly enjoyable night out." - London Theatre
Ballet Nights Kuala Lumpur dibawakan dengan kerjasama British Council, British Malaysian Chamber of Commerce, Malaysia British Society, Melbourne Capital Group, World Trade Centre Kuala Lumpur, HOMME, dan CIMB Bank.
#balletnightskl
#balletnights
#britishcouncil