Friday, November 1, 2024

Raikan Selera Organik bersama Alce Nero™ Sepanjang Bulan Pasta

Hi Korang,

Secara ideal, makanan seharusnya bukan sahaja mengenyangkan. Ia sepatutnya meraikan hasil tanah dan mencerminkan prinsip kepercayaan anda termasuk menjaga kesejahteraan diri, keluarga dan bumi. Raikan kehidupan organik bersama Alce Nero pada Bukan Organik ini, yang juga sejajar dengan Bulan Pasta Kebangsaan, dengan mengamalkan diet bersifat mesra alam yang sihat serta selari dengan diri serta matlamat anda.

Sejak tahun 1978, konsep dari ladang ke meja Alce Nero™ telah melibatkan kerjasama rangkaian petani-petani organik untuk menghasilkan makanan bermanfaat menerusi amalan pertanian yang menghormati tanah, memelihara keseimbangan sensitif antara bumi dan penduduknya, menghasilkan makanan yang bertujuan menjaga kesejahteraan kedua-dua.


Produk Alce Nero™ adalah lebih sihat kerana ia ditanam tanpa menggunakan pestisid atau bahan kimia sintetik, tidak mencemar alam dan tanpa organisma yang diubah suai secara genetik (GMO) untuk memenuhi standard pensijilan organik global. Senarai ramuan dalam setiap produk adalah ringkas dan hanya mempamerkan bahan-bahan penting, bebas kandungan bahan awet dan bahan tambah bagi rasa semula jadi. Kesemua produk Alce Nero™ menerima pensijilan organik dengan memaparkan Pensijilan Organik Eropah dan Pensijilan Organik Jepun.

Penyelidikan saintifik[1] menyokong manfaat kesihatan pasta. Memandangkan kita meraikan Bulan Organik dan Bulan Pasta Kebangsaan, terdapat pelbagai sebab untuk menikmati makanan versatil ini yang sihat, mesra dompet dan mudah dijadikan satu hidangan seimbang apabila digabungkan dengan pelbagai daging, sayuran atau protein berasaskan tumbuhan.

Menyediakan sajian organik sepenuhnya setiap kali waktu makan adalah satu komitmen yang amat besar. Untuk memudahkan peralihan ke  arah ini, anda boleh menambah pilihan organik sebanyak dua hingga tiga kali sehari secara perlahan-lahan. Pasta Alce Nero™ adalah cara yang amat baik bagi keluarga dan golongan bekerja untuk mengamalkan gaya hidup organik sihat kerana ia telah menerima pengiktirafan organik, bebas pestisid dan tidak mengandungi sebarang pewarna tiruan bagi menyediakan manfaat tulen dalam setiap hidangan.

Ambil langkah pertama anda ke arah diet yang lebih sihat, lebih mesra alam bersama produk organik Alce Nero™  termasuk pasta, sos pasta, cuka, minyak zaitun extra virgin, madu, jem dan sapuan. Rangkaian meluas produk Alce Nero™  menambah rasa semula jadi, kebaikan organik dan manfaat kesihatan yang terbukti dalam setiap sajian.


Pasta Alce Nero™

Terdapat pelbagai pasta yang mungkin menyebabkan anda keliru atau sukar membuat pilihan. Biar kami bantu anda dengan memperkenalkan pasta Alce Nero™.

Diperbuat daripada gandum durum, pasta Alce Nero™ kaya dengan asid folik, zat besi dan lutein, protein dan serat, pada masa sama, rendah indeks glisemik[2]. Pasta Alce Nero™ mengandungi sehingga 12g protein, 4.9g serat bagi setiap 100g serta 0mg kolesterol dan hanya 1.2g lemak bagi setiap 100g.


Tricolore Alce Nero™ bagi Individu yang Menggemari Sajian Menarik

Kita menikmati makanan dengan semua deria yang ada - rasa, hidu, sentuh, dengar dan penglihatan.  

Adakah anda seorang yang suka melihat makanan menarik dan menikmati sajian berwarna-warni yang menggunakan pewarna semula jadi? Jika ya, rangkaian pasta Tricolore Alce Nero™ pasti untuk anda. Tricolore bermakna tiga warna dan warna-warna pada pasta ini mencerminkan bendera Itali yang berwarna merah, hijau dan putih. 

Ditambah perisa dan pewarna semula jadi dengan menggunakan tomato organik bagi warna oren kemerahan, bayam organik untuk hijau segar dan warna sedia ada gandum durum, pasta Tricolore Alce Nero™ boleh didapati dalam bentuk Spageti klasik, Fusilli berpintal dan Pasta Kanak-kanak yang comel.


Spageti Klasik Alce Nero™

Bagi kebanyakan individu, kita mengenali pasta melalui bentuk spageti yang seumpama mi kering tempatan yang panjang. Rangkaian spageti Alce Nero™ merangkumi Spageti klasik, Spaghettini yang lebih nipis dan halus serta Tricolore yang pelbagai warna.

Pasta yang panjang adalah pilihan yang baik bagi sajian yang dihidang panas.

 

Penne dan Fusilli Alce Nero™

Fusilli Alce Nero™ yang berpintal adalah amat popilar bagi sajian salad pasta, sementara Penne Alce Nero (pasta tiub berbentuk pen) boleh memegang lebih baik sos menerusi tiub berongga. Oleh itu, ia adalah pilihan sempurna apabila anda mempunyai sos yang mempunyai isi atau tekstur yang lebih kasar. 

 

Pasta Kanak-kanak Alce Nero Kids Pasta – Segalanya berbentuk!

Kanak-kanak secara semula jadi merupakan pemakan visual dan amat menggemari pasta berbentuk comel. Alce Nero™ memenuhi kegemaran mereka menerusi pasta Alphabet yang didatangkan dalam semua abjad, pasta Vehicle yang berbentuk kereta dan pasta Sports yang merangkumi bentuk raket dan bola.

Pasta Alce Nero™ sesuai bagi kanak-kanak berusia 18 bulan ke atas.


Sos Pasta Alce Nero™

Anda tidak mempunyai masa tetapi masih menginginkan kehidupan organik yang terbaik? Dapatkan dan nikmati Sos Pasta Alce Nero™ yang merupakan padanan sempurna rangkaian pasta Alce Nero™.

Sos-sos pasta ini menggunakan tomato organik yang dimasak sehingga sempurna bagi menghasilkan kuah yang bukan sahaja menyelerakan tetapi juga enak. Tomato kaya dengan vitamin dan mineral termasuk Vitamin A,K, B1, B3, B5, B6 B7 dan Vitamin C[3]. Ia juga mengandungi zat kalium, folat, magnesium, kromium, kolin, zink dan fosforus. Vitamin A dalam tomato membantu meningkatkan daya penglihatan khasnya rabun malam dan degenerasi makular.

Nikmati sos pasta Itali yang asli menerusi Sos Pasta Organik bersama Daun Selasih Alce Nero™ (Alce Nero™ Organic Pasta Sauce with Basil), Sos Pasta Organik bersama Bawang dan Daun Selasih (Organic Pasta Sauce with Onion and Basil) atau Sos Pasta Organik bersama Sayur-Sayuran (Organic Pasta Sauce with Vegetables).

Penuhi selera anda dengan satu pek Pasta Organik Alce Nero™ bersama Sos Pasta Organik Alce Nero™. Bukan sahaja itu, anda juga berpeluang menikmati keenakan hidangan yang lebih sihat dan mersra alam dalam hanya 15 minit!

Jika anda membuat salad pasta, jangan lupa untuk menambahkan sedikit Minyak Zaitun Virgin Organik Alce Nero™  bagi rasa berlemak dan segar, menyerlahkan tarikan hidangan dan manfaat minyak zaitun kepada kesihatan jantung.

Rakyat Malaysia boleh menikmati produk-produk Alce Nero™ dengan yakin kerana ia telah menerima pengiktirafan Hala daripada badan-badan pensijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM.

 

Peraduan Beli dan Menang Organik Alce Nero

Bersempena Bulan Organik, sertai Peraduan Beli dan Menang Organik Alce Nero yang menawarkan pelbagai hadiah menarik berjumlah RM5,000. Anda hanya perlu memberi produk Alce Nero™ yang bernilai RM30 ke atas dari 1 hingga 31 Oktober 2024 dan DM resit pembelian ke laman Facebook Alce Nero Malaysia atau Instagram Alce Nero My. Dapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini di laman sosial Alce Nero Malaysia.

 

Ketersediaan 


Produk-produk Alce Nero™ boleh didapati di rangkaian AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value dan menerusi Ayam Brand Official di Shopee (https://shopee.com.my/ayambrandofficialstore) dan Ayam Brand Official di Lazada (https://www.lazada.com.my/shop/ayambrandofficialstore/)

Untuk mendapatkan resipi-resipi enak yang menjimatkan masa dan tenaga, sila layari https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook https://www.facebook.com/AlceNeroMalaysia/





[1] Sanders LM, Slavin J. Impact of Pasta Intake on Body Weight and Body Composition: A Technical Review. Nutrients. 2023; 15(12):2689. https://doi.org/10.3390/nu15122689

[2] https://bebodywise.com/blog/durum-wheat/

[3] https://www.healthyoptions.com.ph/articles/tomato-sauce-5-surprising-health-benefits

No comments :