Saturday, October 19, 2024

‘TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES’ 2024 Kini di MyTown Kuala Lumpur

Hi Korang,

Ok mana dia peminat Ultraman di senantero Malaysia nieh!!

Mari kak lily nak kongsikan info menarik mengenai karaktor yang sentiasa menjadi pujaan kak lily sejak dari kecik dulu hehehhehe...


TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 kini berada di Malaysia bersedia menemui peminatnya, dari 18 hingga 27 Oktober 2024 di Pusat Beli-Belah MyTown, Kuala Lumpur.

Seriously korang akan alami sendiri sorotan menarik yang dipersembahkan secara langsung yang pasti memikat hati peminat dan pengumpul figura dari siri aksi ikonik Jepun yang tidak lapuk ditelan zaman, ULTRAMAN! Oh ya korang akan jadi di antara peminat terawal bertemu dengan Ultra Hero terbaharu, Ultraman Arc, yang tampil di Malaysia menerusi persembahan pentas yang menarik.


Kemudiannya korang dapat bergambar dengan patung Ultraman Arc bersaiz manusia (setinggi 2 meter), yang diukir berdasarkan S.H.Figuarts! dan jika tahun lalu korang terlepas peluang bergambar dengan Ultraman Blazar, jangan bersedih kerana patung hero ini akan turut dipamerkan.




Selain daripada itu di roadshow ini juga akan ada pameran figura-figura Eksklusif Acara dan Tamashii Spot yang menjadi buruan ramai!

Semalam kak lily berpeluang untuk ke pameran TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 ini dapat menyaksikan sendiri

Persembahan Pentas Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed


Sebagaimana korang tau yang setiap tahun akan akan persembahan pentas dan tahun ini. ianya menjanjikan persembahan pentas yang lebih mendebarkan, penuh aksi hebat, mengasyikkan dan dekat berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan barisan pelakon yang lebih ramai serta tempoh pementasan yang lebih panjang.






Menampilkan Ultraman Arc, Ultraman Zero, Ultraman Belial dan Bemzeed, tempoh persembahan dipanjangkan daripada 5 minit ke 20 minit untuk mementaskan kelincahan aksi Ultra Hero kami beradu tenaga.

Jangan lupa tandakan tarikh ini di kalender anda supaya anda tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan pertama pada 19 Oktober, jam 1 petang. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu pada 19, 20, 26 dan 27 Oktober, jam 1 petang, 3.30 petang dan 6 petang untuk setiap tarikh. (Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal)

Meet & Greet Ultraman Arc dan Ultraman Zero





Sesi Ramah Mesra pula akan diadakan sejurus selepas setiap persembahan tamat. Hanya dengan berbelanja sebanyak RM200 di lokasi acara atau membeli figura S.H.Figuarts Ultraman Arc, akan melayakkan korang mendapat tiket Ramah Mesra untuk bersama Ultraman Arc dan Ultraman Zero untuk merakam gambar kenangan dengan hero kesayangan korang! Bagaimanapun, tiket adalah terhad dan diberi berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’


Pameran Tamashii Nations


Oleh itu rancang kunjungan korang ke sini, supaya korang boleh menjamu mata sepuasnya melihat keistimewaan yang dipaparkan pada figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations.


Ia bukan sekadar hero S.H.Figuarts siri Ultraman bahkan watak-watak popular lain daripada siri Jump seperti ‘DRAGONBALL’, ‘ONE PIECE’, ‘NARUTO’, ‘DEMON SLAYER: KIMETSU NO YAIBA’ dan ‘KAIJU NO.8’ turut dibawa ke acara in untuk menemui peminatnya.

Sekiranya anda berminat pada mana-mana figura berkualiti tinggi yang kami pamerkan, singgahlah di sudut jualan untuk menambah koleksi anda.



Semua pengumpul setia anime dan figura juga boleh mendapatkan figura acara Tamashii Nations yang eksklusif, S.H.Figuarts Ultraman Belial - Clear Color ver.!


Atas permintaan ramai, S.H.Figuarts Ultraman Zero - Clear Color ver., S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN), dan S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN) akan turut kembali ke sini untuk bertemu peminat di Malaysia.

Bersempena Ulang Tahun CHOGOKIN ke-50, figura eksklusif CHOGOKIN ke-50 iaitu METAL ROBOT SPIRITS WING GUNDAM ZERO dan METAL BUILD EVANGELION TEST TYPE-01 akan turut dijual sepanjang acara ini.

Menyusuli TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES di Malaysia, acara Tamashii Nations seterusnya dijadualkan akan berlangsung di beberapa negara lain di Asia Tenggara! Dapatkan makluman terkini mengenainya di halaman Facebook rasmi Tamashii Nations South Asia.

Jom ramai-ramai jangan lepaskan peluang ke:


Lokasi:
Central Town, Aras Bawah,
Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur.

Tarikh:
18 – 27 Oktober 2024

Masa:
10.00 Pagi – 10.00 Malam

Masuk adalah PERCUMA ke acara TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES.

Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke TAMASHII SPOT POP UP X ULTRA HEROES 2024 dan pasti korang gembira melihat aksi Ultraman di hadapan mata!


#Tamashiispotpopup2024
#Ultraheroes2024
#UltramanArc
#TamashiiNations
#Ultraman

No comments :