Saturday, August 17, 2024

Raikan Tradisi Pertengahan Musim Luruh dengan Kuih Bulan

Hi Korang,

Perayaan pertengahan musim luruh kali ini, Hotel Armada PJ juga meraikan tradisi pemberian kuih bulan yang dihormati dengan pilihan yang pelbagai. Dihasilkan oleh sendiri oleh barisan chef di Hotel Armada, kuih bulan ini sesuai untuk perjumpaan semula yang ikhlas dan dipersembahkan sebagai set hadiah elegan yang mendapat inspirasi daripada warisan tradisi yang tak luput di zaman.


Kalau beli untuk satu set dalam kotak tu ada dua jenis Kuih Bulan yang boleh pilih perisa apa yang nak. Perisa yang begitu sinonim dengan Kuih Bulan seperti Kacang Merah, Kuning Telur Masin dan Teratai, Teratai dan Jade Custard (Pandan). 

Harga pula hanya RM88nett setiap kotak. Boleh dah booking mulai sekarang dan boleh datang ambil di hotel sehingga 17 September 2024.

Pure Lotus

Jade Custard (Pandan)

Lotus Single Yolk

Pure Red Bean

Tapi kalau datang makan kat Restoran Utara atau juga menginap di Hotel Armada PJ boleh singgah terus ruangan yang disediakan di lobi hotel. 


Simple jer ruangan tu tapi cantik dihias dengan suasana musim luruh dan juga boleh bergambar di sana. Hadiahkan kepada orang tua atau juga keluarga mahupun rakan yang kita sentiasa harga mesti mereka akan gembira.


Untuk tempahan dan pertanyaan hubungi:

Restoran Utara: (03) 7954 6888 samb. 4557

No comments :