Thursday, November 9, 2023

Richiamo Coffee Gurney Mall - Cantik, Menarik dan Paling Penting Kopinya Enak

Hi Korang,

Biasa perasan tak Richiamo Coffee??

Itulah mesti ade kan, dah banyak outlet dah jenama Richiamo Coffee nieh.


Selalunya kak lily pi area Permaisuri dan Bangi tapi kali ni sesaje tukar angin so kak lily ke Richiamo Coffee Gurney Mall yang terletak bersebelahan dengan UTM KL. Kafe di outlet ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 malam.

Cantik betul cafenya, theme colournya warna hitam putih kehidupan gituew. Oh ya, rangkaiannya kopinya amat pelbagai namun di tawarkan pada harga yang amat amat murah.


Sebab itu kak lily suka ke Richiamo Coffee ini kerana kopinya yang begitu menyegarkan dan harum baunya, memang seronok lepak bersama-sama keluarga dan sahabat handai. Eh buat small discussion pun best jugak, sebab cozy betul lokasinya

Kopi yang sentiasa menjadi kegemaran kak lily haruslah Hot Cappuccino dan Hot Salted Caramello Cappucino.

Di Richiamo Coffee juga bukan sahaja ada menawarkan kopi bahkan terdapat pelbagai minuman lain, pastri seperti kek dan roti serta menu hidangan utama. Datang sini jangan lupa untuk mencuba Salted egg yolk croissant, ini kerana ramai yang sudah terpikat dengan rasanya.


Menariknya untuk hidangan utama ada ditawarkan masakan melayu tradisi lama (masakan kampung) seperti set nasi ikan patin tempoyak, set nasi daging asam pedas dan pelbagai lagi. Menu yang kebiasaannya menjadi kegemaran kanak-kanak iaitu pasta ada juga ditawarkan dengan pelbagai pilihan.

Sekiranya korang datang untuk minum petang jangan lupa untuk mencuba keropok lekor terengganu dan murtabak raja. Menu yang sangat serasi bersama kopi untuk minum petang. Apa yang penting ke semua hidangan ditawarkan di Richiamo Coffee adalah halal dari segi bahan-bahannya dan juga cara penyediaan adalah mengikut syariat Islam.


Pelbagai Hidangan Menarik di Richiamo Coffee

Meh sini kak lily show off hidangan menarik di Richiamo Coffee yang memang kak lily cadangkan pada korang untuk mencubanya bila datang ke kafe ini.


Salted Caramello Cappucino

Nasi Itik Salai

Beef Bolognese Spagethi

Rasberry Chocolate Cake

Rasberry Cheese Cake

Jika korang teringin nak merasai makanan fusion, di Kafe Richiamo Coffee ada menawarkannya sajian melayu tradisi yang cukup menambat hati. Antara hidangan yang boleh dicuba seperti masakan itik salai asap, lemak siput sedut, daging salai asap, nasi daging masak kicap dan pelbagai lagi.

Kak lily order makanan western jugak, lazat betul beef spagethinya.

Wajib untuk cuba minuman kopi dan kek dari Richiamo Coffee. Minuman signature seperti Salted Caramello Latte antara yang hot selling tau!

Air minuman premium ditawarkan pada harga bawah RM10. Memang berbaloi dan puas hati. Samada datang ke sini untuk bersarapan, makan tengahari, minum petang mahupun makan malam tidak ada masalah melihat pada kepelbagaian menu yang ditawarkan.

Jom lepak dan makan-makan di Kafe Richiamo Coffee. Ada lebih 100 outlet di seluruh negara

Meh check it out :






No comments :