Hi Korang,
Hari tuh masa kak lily dan kengkawan ke Pengerang, Johor untuk menonton perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, ktorang bermalam di Hotel Singgah Pengerang.
Perasankan kak lily ada kongsikan mengenai Parti Bola Kaw di Singgah Pengerang hah yang tuh lah.
Kak lily dan rakan-rakan keSinggah Pengerang dengan menaiki bas yang dibawa juga oleh KOPETRO Travel & Tours. Kalau korang yang nak pergi mana-mana destinasi luar atau dalam negara boleh melalui KOPETRO Travel & Tours ni mereka ada perkhidmatan seperti pakej percutian dalam dan luar negara, pakej menunaikan Umrah dan juga ada service logistik. Siap ada tour guide yang berpengalaman disediakan.
Terpanggil plak kak lily nak citer pasal Hotel Singgah Pengerang ni.
Terletak di Kawasan bandar baru Pengerang yang berhampiran dengan bandar Pengerang, Singgah Pengerang ini merupakan business hotel yang sesuai bagi mereka yang datang bekerja mahupun urusan-urusan lain di Pengerang. Maklumlah Pengerang terkenal dengan bandar minyaknya, banyak power plant kalua korang lalu di bandar ini. Oh ya, Pengerang adalah satu pekan kecil di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Pengerang berdekatan dengan Tanjung Kapal, Sungai Rengit, Teluk Ramunia di Johor.
Bagi kak lily hotel butik ini amat selesa, bersih dan juga kemas. Layanan daripada staff mereka juga mesra walaupun hotel masih baru ternyata mereka amat berpengalaman dalam menguruskan para tetamu yang datang menginap di sini. Kalau tanya rate harga hotel sini bermula dari RM150 untuk semalam.
Keindahan pada bilik yang terdapat di hotel ini adalah mural kepada lukisan pelbagai tempat yang menjadi sejarah dan tempat pelancongan di Johor. Hari tu kak lily dapat bilik Standard Room ada dua katil single dan juga mural belakang tu adalah Masjid Sultan Abu Bakar 1900.
Juga ada bilik dihias dengan mural Istana Besar Johor 1866, mural Istana Bukit Serene 1933, juga bahagian lorong laluan dihias dengan mural Sungai Segget 1920, serta JB Bus Station 1960.
Kemudahan yang ada dalam bilik hotel pun sangat banyak.
Kat dalam bilik mereka sediakan kemudahan seperti peti sejuk mini, televisyen LCD, internet berkelajuan tinggi, kelengkapan peralatan peribadi seperti sabun mandi, syampu. Juga ada mini pantri yang menyediakan cerek elektrik untuk masak air panas, kopi atau teh, bahan teh dan kopi 3in1, serta mineral water. Bagi yang beragama Islam jangan bimbang hotel ni sediakan arah kiblat dan juga sejadah khas untuk solat dalam bilik.
Itu yang menjadi identiti kepada hotel ini selain daripada warna yang warna-warni menaikkan mood seseorang. Singgah Pengerang adalah hotel kedua selepas Singgah Kertih, diuruskan sepenuhnya oleh KOPETRO Hotel & Resorts. Selain itu, turut menawarkan perkhidmatan nasihat bagi pengusaha hotel lain yang mahu mendapatkan khidmat pengurusan hotel.
Rangkaian hotel Singgah menampilkan konsep butik yang mensasarkan golongan eksekutif yang bekerja dalam sektor minyak dan gas selain pemilik-pemilik perniagaan dan pelancong-pelancong tempatan.
Hotel ni tiga tingkat sahaja tak tinggi dimana bawah ada bahagian lobby hotel dan juga Singgah Cafe yang menyediakan makanan untuk sarapan pagi serta juga pelbagai makanan lain untuk tempahan. Walaupun tiga tingkat ada lift untuk naik ke setiap bilik serta tangga keselamatan.
Bilik kat sini ada tiga jenis iaitu Standard Room seperti yang Maha duduk, kemudian ada bilik Superior Room, bilik Deluxe Room with Balcony dan Deluxe Room without Balcony. Satu lagi istimewa kat Singgah Pengerang ini mereka sediakan bilik khas untuk orang kelainan upaya atau OKU.
Bilik tu sangat luas dan selesa untuk mereka yang berkerusi roda serta dalam bilik air lengkap kemudahan untuk golongan ini.
Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian hotel Singgah dan pelbagai pakej penginapan yang ditawarkan, boleh layari:
Laman web : www.singgah.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/Singgahpengerang
Instagram : https://www.instagram.com/singgahpengerang
Email : rsv.singgahpengerang@kopetro.com.my
Tel : 607-824 6011
No comments :
Post a Comment