Saturday, October 1, 2022

Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia

Hi Korang,

Bagi yang mencari rumah mampu milik inilah masa yang dinantikan Satu pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga khas untuk bumiputera telah diadakan di Hall 3 Mid Valley Exhibition Centre Kuala Lumpur pada 1 dan 2 Oktober 2022. Pameran ini dibuka mulai jam 11 pagi dan berakhir pada jam 9 malam. Hampir sebanyak 8500 unit kediaman dan pejabat untuk kuota Bumiputera ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dengan kadar harga bermula dari RM200,000 dan ke atas.


Untuk info, program pemilikan kediaman BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia membawa pakej-pakej yang menarik terutama untuk golongan B40 dan M40 yang mana satu inisiatif Pembiayaan Perumahan iaitu I-biaya diperkenalkan. Apa yang menarik I-biaya ini memudahkan lagi golongan ini memiliki kediaman di Lembah Klang yang didorong bersama Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) yang merupakan inisiatif dari Kementerian Kewangan.

Selain itu ianya juga bertujuan untuk membantu golongan yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk memiliki rumah pertama mereka. Contihnya seperti seperti pemandu teksi, golongan petani dan perusahan kecil yang boleh memiliki rumah maksima berharga RM 400, 000

Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas

Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas sememangnya diperkenalkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan kolaborasi bersama pembiaya perumahan iaitu bank. Antara bank-bank yang terlibat seperti Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam dan Bank Rakyat yang bersetuju menawarkan pembiayaan sebanyak 110 peratus dengan tiada bayaran pendahuluan.

Selain itu, pembeli juga boleh membuat pilihan lain seperti Skim PRIMA Sewa Beli (RTO) yang mana mereka yang berpendapatan rendah berminat untuk menyewa dahulu dan kemudian baru membeli serta memilikinya. Berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat dan seharusnya masyarakat Bumiputera boleh merebut peluang ini selagi unit-unit masih ada bersama inisiatif-inisiatif ini masih dikekalkan.


Tujuan Pameran BPEX Satu Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia Diadakan

Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang hartanah sekaligus menggalakkan masyarakat Bumiputera khususnya orang Melayu lebih cakna dan celik mengenai hartanah. Seterusnya bersama menyahut aspirasi kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30 peratus hingga 60 peratus.

Pembeli Bumiputera dapat membuat pelbagai pilihan hartanah dan menikmati harga promosi kuota Bumiputera dan juga diskaun sehingga 20 peratus serta rebat-rebat diskaun yang tinggi bagi memudahkan pembeli.

Promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, baucar perabot dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju yang mengambil bahagian.

Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki)

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, di bawah program HOPE, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki) melibatkan pemberian inisiatif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut kadar harga rumah.
(Dipetik daripada kenyataan Utusan Malaysia beberapa hari yang lalu)

Rumah yang bernilai RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.

55 pemaju bakal mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 daripadanya dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor. Antara pemaju yang terlibat dengan pameran ini adalah S SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah Sing, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law dan Sky World Development.

Pameran BPEX ini mendapat perhatian dan sokongon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), yang mana majlis pembukaan pameran ini akan di rasmikan oleh YB Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 1hb Oktober 2022 jam 5.30 petang dan majlis penutupan akan dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022 jam 8.00 malam.

Jom cari rumah, jumpa anda di sana!


No comments :