Hi Korang,
Sesuatu yang cukup istimewa apabila kita dapat menyaksikan sendiri pementasan teater yang memperkenalkan keindahan lenggok bahasa dan budaya tradisi orang lama dan ternyata Teater Tanjong merupakan naskhah hebat yang menampilkan budaya nismilan (Negeri Sembilan) yang cukup popular dengan adat pepatihnya.
Tanjong merupakan karya teater terbitan Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan.
Tiada siapa menyangka, Teater ASAR Negeri Sembilan pada mulanya hanya dari sebuah kelab teater kecil di pekan Kuala Pilah dan digerakkan hanya oleh ibu bapa pelakon dan ahli keluarga yang terlibat, kini akan dipentaskan di pentas teater terbesar yang paling berprestij di Malaysia, iaitu di Istana Budaya.
Pementasan teater Tanjong akan berlansung dari 9-11 September 2022.
Dengan seramai 150 tenaga yang terlibat termasuklah pelakon, pemuzik, penari, pesilat petugas belakang takbir, penata cahaya dan pereka kostum, tatarias dan juga pengurus pentas. Teater ini juga disertai oleh 12 siswa dan 28 orang murid sekolah rendah dan menengah.
Pementasan teater Tanjong juga bersempena dengan Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia dengan wawasan untuk mendidik dan menerapkan elemen patriotism dan sejarah dalam bangsa Malaysia.
Tanjong adalah naskah sulong dan arahan Prof Dr. Ahmad Rashidi Hasan. Sebagai sutradara dan juga tulang belakang Tanjong, beliau berharap dan berbesar hati untuk melihat naskah ini diangkat untuk mendidik masyarakat mengenai budaya Adat Perpatih. Selain itu kehadiran teater Tanjong di Istana Budaya membatu dalam memartabatkan kembali seni teater yang kian pudar.
Pada masa yang sama pentas teater ini juga adalah platform terbaik buat komuniti anak-anak ASAR dan remaja di luar sana untuk melakukan aktiviti yang berfaedah, bermanfaat serta dapat membina keyakinan diri. Bahkan sebahagian keuntungan daripada teater ini juga akan disalurkan bagi membantu keluarga dan pendidikan anak-anak ASAR dan yang memerlukan.
Tanjong juga mendapat perhatian daripada pengarah muda Zamri Zakaria untuk membawa naskhah ini ke layar perak dan juga drama.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, MOTAC amat berpuas hati, menyokong dan begitu teruja dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat di dalam pementasan Tanjong. Justeru itu, Kelab Teater Asar Negeri Sembilan telah dianugerahkan Geran Padanan Seni Dan Budaya bagi menjayakan pementasan teater Tanjong di Istana Budaya.
Diharap dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi ini akan menyuntik semangat kepada barisanpelakon dan juga semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung bagi menjayakan pementasan Tanjong.
Pementasan teater ini juga telah mendapat kerjasama dari Dato Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri (Ekonomi), UPSI, UiTM, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri Sembilan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Yayasan Budi. Juga disokong oleh Mycreative, Cendana dan juga PRISMA.
Sinopsis Teater Tanjong
Tanjong menceritakan mengenai krisis yang dilalui Luak Tanjong apabila Bugis dan Belanda menyerang Johor mengakibatkan Datok Penghulu Luak Tanjong, Tok Nagho, terpaksa berlayar ke Tanah Minangkabau untuk memohon perlindungan Pagaruyung. Sementara ketiadaannya, Tok Nagho melantik anaknya Baroq untuk menjadi penghuludan meminta Anjang, rakan karib Baroq dan bakal menantunya, untuk menjaga kelakuan ketika bersama dengan anak perempuannya, Tanjong.
Namun, dalam perjalanan ke Minangkabau, Tok Nagho meninggal dunia dan mengakibatkan kekosongan tampuk pemerintahan.Mengikut adat perpatih, tampuk pemerintahan seterusnya perlu diserahkan kepada Tok Pedano namun Baroq tidak mahu mengikut aturan adat perpatih daningin terus memegang kuasa.
Ketidaktentuan tampuk kepimpinan ini mengakibatkan berlakunya perselisihan faham dan pertumpahan darah didalam luak Tanjong.
Apa konflik yang berlaku?
Dan apakah kesudahannya?
Teater Tanjong turut dibintangi oleh pelakon handalan, Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Dato’ Perdano Andika dan juga turut disertai oleh Kartunis Ujang dan penyanyi rakyat dan lagenda Negeri Sembilan Ulong Bakar.
Pembeli tiket awal akan diberikan diskaun sebanyak 10% untuk pembelian awal.
Tiket teater juga boleh di dapati terus melalui laman sesawang https://ilassotickets.com/event/tanjong/
atau
No comments :
Post a Comment