Tuesday, July 12, 2022

Antabax dan R.E.A.L Kids Berganding untuk Mengurangkan Penyebaran Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut

Hi Korang,

Sementera Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) mengalami penurunan di Malaysia dengan 106,477 kes dilaporkan sehingga 18 Jun 2022, ia masih meningkat kira-kira 39 kali ganda berbanding 2,710 kes[1] yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas, menurut laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia.

Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut (HFMD) adalah penyakit yang biasanya dijangkiti oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, namun orang dewasa dan kanak-kanak yang umur lebih tinggi juga akan menghadapi risiko.


HFMD amat mudah merebak, dan pusat penjagaan kanak-kanak adalah tempat yang paling mudah untuk menjangkiti HFMD disebabkan oleh latihan ke tandas, penukaran lampin serta kanak-kanak sering memasukkan tangan mereka ke dalam mulut.

Apakah yang boleh kita lakukan sebagai ibu bapa untuk melindungi si kecil?

Dalam memerangi HFMD bersama-sama ibu bapa Malaysia, Antabax, jenama penjagaan diri antibakteria Halal yang terkemuka di Malaysia bekerjasama dengan R.E.A.L Kids, rangkaian tadika yang dikendali oleh pemilik terbesar di negara ini dengan 45 pusat dan 3,600 pelajar di seluruh negara melengkapkan pelajar, guru dan kakitangan dengan set penjagaan Antabax bagi kelengkapan kebersihan diri , dan bahan pendidikan kreatif untuk meningkatkan kefahaman berkaitan hal yang boleh dan tidak boleh tentang HFMD.


“Sebagai jenama terkemuka dalam kebersihan dan sanitasi untuk pengguna, Antabax komited dalam menyediakan pendidikan dan akses berterusan untuk meningkatkan tabiat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan bersih. Penjagaan diri dan kebersihan yang baik terutamanya kebersihan tangan boleh membantu mencegah penularan HFMD. Melalui penyelesaian produk Antabax, kami percaya bahawa ibu bapa dan guru memainkan peranan penting dalam mendidik kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat permbersihan tangan sebelum dan selepas makan, serta sebelum dan selepas ke tandas, selepas aktiviti berkumpulan atau menyentuh permukaan yang kurang bersih, dan elakkan berkongsi atau menyentuh kanak-kanak lain, berkongsi botol air, makanan atau mainan[2]. Sediakan cecair pembasmi kuman dan tunjukkan cara penggunaan kepada anak anda, dan juga masa bila menggunakannya! Kami selamat dengan tangan yang bersih,” ujar Chua Su Fee, Pengurus Pemasaran dari Antabax. Beliau seterusnya berkata aktiviti ini hanyalah permulaan komitmen jangka panjang Antabax untuk terus menyumbang dan membawa impak positif kepada keluarga Malaysia.

Berkongsi pengalaman bekerjasama dengan Antabax, Ng Ming-yan, Pengurus Operasi di R.E.A.L Kids berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Antabax sekali lagi, kerana jenama ini terus mendidik dan memupuk kesedaran tentang penyakit berjangkit ini untuk kanak-kanak melalui idea kreatif dan pada masa yang sesuai. Kami juga akan mengingatkan ibu bapa untuk membina tingkah laku kebersihan yang baik di rumah, dan mengelap barang-barang anak kecil untuk mengurangkan penularan. Sentiasa mengingatkan anak anda untuk jauhi tangan mereka dari mulut, dan tidak perlu menghantar mereka ke sekolah jika tidak sihat tetapi bawa mereka ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan[3].”


Antabax akan berkongsi bahan pendidikan dan cara untuk mengurangkan penularan HFMD, yang bakal diedarkan kepada semua pelajar R.E.A.L Kids di seluruh negara. Kandungan termasuklah perbincangan kreatif dan helaian aktiviti yang disediakan oleh guru-guru dan penjaga-penjaga untuk para pelajar memahami cara-cara mengurangkan risiko HFMD. Jenama ini terus memainkan peranan sebagai pendorong untuk menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru untuk kembali ke kegiatan harian dengan menekankan amalan kebersihan diri yang baik, selaras dengan tema #BaxInAction.

Jenama ini akan menyumbang produk mereka termasuk semburan antibakteria sanitizer, sabun buku dan tisu lap antibakteria yang mampu membunuh 99.9% kuman dan memberi ketenangan fikiran kepada ibu bapa tentang kebersihan anak mereka.

Baucer promosi yang boleh digunakan untuk pembelian produk Antabax teleh disediakan bagi menyokong ibu bapa dalam pembelian seterusnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Antabax, sila layari http://www.lamsoon.com.my/ 


_________________________________________________________

[1]https://kpkesihatan.com/2022/06/21/kenyataan-akhbar-kpk-21-jun-2022-situasi-semasa-kejadian-penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-di-malaysia-me-24-2022/

[2] https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/about/prevention.html

[3] https://www.cdc.gov/hand-foot-mouth/about/prevention.html

No comments :